Cerpen Rindu Ummi New Version



Sebelum tu, pasti ada soalan kan dalam diri korang 
Kenapa up lagi? Kan ke dah pernah up.
Apa beza yg lama dengan yg baru?
Hah, jawaban dia.. Yang ini aku dah edit, walau tak la cantik sangat dan still, banyak typo rsanya...
So, saja je nak isi kekosongan pada belog aku nih, hahaha #ketawa setan haha



Perlahan aku ikat reben untuk mempercantik kotak hadiah yang seketika tadi aku balut dengan kertas bercorak. Senyum aku ukir, biarlah tak cantik mana ikatan reben ini, janji ianya aku beri pada dia yang aku rindui dan dia yang selalu aka nada dalam hati dan ingatan ini.
Tok! Tok! Tok!
Tangan terhenti dari gerakan. Ketukan di pintu menyapa telinga. Seketika, kepala ditoleh pada pintu dihujung bilik yang tertutup rapat. Abah kut. 
Masuk aje Bah, adik tak kunci pintu.” Suara aku sedikit melaung, berharap agar abah mendengar suaraku dari dalam.
Pintu terkuak dari luar. Muncul kelibat Abah memasuki bilik aku. Abah senyum, manis! Itu yang selalu aku doa dalam setiap sujudku. Senyum yang sentiasa menghiasi wajah tua Abah. Senyum yang menyejukkan hati aku dan setiap anak Abah yang lain. 
Abah mendekat lalu duduk  dilabuhkan dibirai katil, tepat dihadapan aku yang sedang elok memegang reben. Senyum aku berikan pada Abah sebelum tangan kembali melakukan kerja menghias kotak hadiah ini. Sikit lagi.. Sikit lagi aje.. Dan kegiatan menghias kotak hadiah ini akan selesai.
”Cantik tak Abah?” Aku tunjukkan hadiah itu di depan Abah. 
Abah pamerkan senyum. “Cantik sangat sayang,” Abah membelai kepala aku sebelum menyambung kata yang seketika tadi tersangkut. “Apapun yang anak Abah buat pasti akan cantik dimata Abah, Nuha kan anak kesayangan Abah.” Dan senyum dibirku semakin merekah bak bunga mawar di siram air. 
And you, akan selalu jadi Abah paling Nuha sayang, selamanya.” Dan dan gelak Abah menghambur dengan kerasnya sebelum tangan mencapai kotak hadiah yang sudah siap aku bungkus diatas tilam tak berapa jauh dariku. 

Prosedur aku dan abah. 
Aku buat, abah cek!
Abah puas hati, aku senang hati! 
Abah tak puas hati? 
Oh! Abah pasti akan paksa diri untuk selalu berpuas hati. Dan itulah Abah aku. Abah aku yang akan selalu cool dalam apa jua.
Aku ambil kotak hadiah itu dari tangan Abah sebelum aku bawa dan aku letakkan di atas meja solek. Biar dekat situ ajela, senang sikit nanti aku nak ambil. Kenapa tak letak dalam almari? Heh, memang akan terlupa nantinya. Tahap ‘lost memori’ dalam otak aku ni memang dah masuk kategori tinggi teramat dah. Dan itu selalu memeningkan hati aku.
Along dengan Angah dah siap ke Bah? Ke, belum datang lagi?” Aku menghampiri Abah yang masih duduk di birai katil. Duduk aku labuhkan di sebelah Abah. Tangan sebelah kiri abah aku gapai sebelum aku bawa dalam pelukan. Nak bermanja lah katakan!
Angah dah sampai dah, tapi Along aje yang tak sampai lagi. Dalam perjalanan gamaknya.”  Abah tegakkan badan. “Jom la turun, kesian kak Hani dengan Angah tunggu my princess ni bersolek. Lama sangat diorang kata.”
Aku muncungkan bibir. “Eee... mana ada adik bersolek, Adik kan tengah ‘solek’kan hadiah itu aje."
Abah cuit hidung aku yang tak berapa nak mancung ini sebelum melangkah keluar menuju pintu bilik. Aku tengok wajah dalam dada cermin sebelum mengikut jejak Abah untuk turun kebawah. Menghadap si Angah dan kak ngah Hani, isteri dia.
”Hah tu... dia tengah bersolek. Tadi kata tak!” Sakat abah. Kus semangat betul, macam nak terlompat aku dibuat Abah ni. Aku jeling manja abah yang sedang elok sengih di hadapan pintu.
“Abah!!”
Dan hanya gelak Abah yang mula menjauh dari bilik yang tersapa di pendengaran aku. 

***

Hujung lengan baju kurung aku singsing. Jam di pergelangan tangan aku lihat. Dah masuk  pukul sebelas pagitapi, kelibat orang yang di tunggu asih tak kunjung tiba. Memang janji melayu sangat diorang ni kan, hish! Kaki aku langkahkan menghampiri meja makan. Mendekat pada si Angah dan kak Hani yang sedang elok mengisi perut.
“ Elok-elok sikit makan tu ngah, gelojoh sangat. Takkan lari kemananya ayam goreng tu, kaki pun dah kena potong kan!?” Aku lebarkan senyum. Saja menyakat.
Angah terhenti dari menyuap nasi kedalam mulut. Mata dijeling. Mak oii! Tajam jelingan nok! Cucuk karang. Jadilah macam kassim selamat. Terhilang satu nikmat yang Allah bagi. Hish, aku merapu lagi!
Dan aku balas dengan jeliran lidah bila jelingan Angah masih tajam menusuk kalbu. Alaaa, jeling manja aje tu.
Sudah-sudah la tu, betul apa kata Nuha tu, awak tu makan gelojoh sangat. Tercekik karang. Sapa susah? Isteri awak ni jugak tau?” tambah kak Hani menyakat si suami.
Mata angah menjeling si isteri “Siapa suruh dia tu masak sedap sangat. Kecur air liur Abang tengok masakan semua ini.Macam nak bagi habis satu periuk ni. ” Angah larikkan senyum hingga tersembul lesung pipit cenonet dia tu. Handsome.
Aku tergelak kecil sebelum melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan Angah. Angah aku ni memang masuk dalam kategori sengal bin senget tapi, beruntunglah dia dapat isteri yang memang penyabar dengan kerenah mengada dia itu. Alhamdulillah, walaupun baru seumur jagung usia perkahwinan mereka tapi, bibit kebahagiaan itu selalu Nampak diantara mereka. Kimia kuat kata Along. Hish! Mentanglah abang aku sorang tu cikgu kimia, semua benda nak disangkut-pautkan dengan kerja dia. Heh!
Gelak kecil terkeluar dari bibir ini. “sedap ek? Bertuah badan dapat sifu yang handal kan ngah?” Aku jungkit kening, tiru gaya Ziana Zain tu.
Masak itu kegemaranku. Bila tengah tension fikir fasal kerja atau sekolah tika dahulu, aku selalu curahkan pada dapur, kuali, sudip dan masak. Yang jadi sifu paling penyabar dengan kerenah aku adalah Umm. Masa dulu-dulu, aku ni tak reti pun bab-bab masak-memasak semua ini. Jangankan masak, nak sebut nama benda buat masak pun hampeh, banyak yang aku tak tahu. Masa aku kecil dulu ni memang nakal tahap apa entah, tomboy pulak tu. Secara dua saudara aku tu lelaki, memangla perangai aku pun jadi terikut diorang tu. Diorang main bola! Aku ikut. Diorang memancing! Aku pun ikut. Diorang pergi dating aje yang aku tak boleh dan memang dilarang keras untuk ikut. Kacau daun nak tumbuh kata diorang. Tapi aku merengek, tetap nak ikutjugak tapi, di halaunya aku awal-awal. Tapi okey la, habuan dia ais krim dengan coklat sebagai ganti. Fuhh... memang best masa tu, dan memang setiap diorang nak berdating. Aku pau diorang cukup-cukup. Heh!
Bau wangi masakan yang terhidang di atas meja membawa kerinduan yang terpendam untuk Ummi. Ya, semua ini adalah masakan yang Ummi ajarkan padaku selepas aku mula berjinak-jinak dengan dapur dan masakan. Ummi, Nuha rindu.
Aku melangkah ke dapur yang sedang riuh dengan suara berbagai rentak yang terbit dari alat masak yang sedang Ummi guna. Klentang-klentung.
Peti sejuk aku buka. Sebotol air mineral aku ambil lalu aku teguk dari botol tanpa perlu menuangnya kedalam gelas. Tak sopan! Oh, itu memang kata-kata yang selalu Ummi ungkap bila aku buat begitu. Dan semua itu hanya seperti angin lalu yang menembusi telingaku.
Setelah rasa dahaga itu hilang, aku berlalu dari ruang yang sangat Ummi sayangi. Dapur. Ummi dengan dapur, memang tak akan pernah lepas. Bak kata Abah, Ummi dengan dapur tu bagai tilam dan bantal. Hish.
“Ha, Nak pergi mana tu?” Sergah Ummi mematikan langkahBadan aku kalih sebelum aku bawa kehadapan Ummi dan senyum ini terlorek lebar bersamanya.
Nak keluar Ummi. Ikut Angah dengan Along main bola kat padang depan tadika.”
“Tak boleh! Hish, adik tu kan perempuan sayang. Jangan ikut apa yang Angah dan Along tu main. Diaorang tu lelaki, main benda macam tu tak mengapa. Adik tu ha... kan ke lagi bagus kalau tolong Ummi kat sini. Hmm?” Nasihat ummi lembut.
“Ala Ummi... selalunya okey aje bila Adik ikut Alongdengan Angah tu. ”  Jawab aku sambil muncung itik aku pasang. Ummi senyum dan mendekat, digamit tangan aku dan dipimpin menuju ke tepi dapur gas.
Perempuan, tugas dia dekat dapur sayang. Nanti-nantikalau Adik dah kahwin macam mana? takkan nak bagi suami makan kat kedai aje, Adik pun kena masak juga tau. Belajar dari sekarang ya sayang.” Dan dan senyum Ummi menghiasi bibir. Dan senyum Ummi ni buat aku rasa berat hati. Nak tolak? Aku takut dan tak nak buat hati Ummi terguris. Nak ikut? Alahai.. Aku ni paling alah dengan yang namanya dapur dan masak. Tak suka dapur.
“masa sekarang Adik cuma tolong-tolong Ummi aje dulu. Esok-esok kita mula dari masak yang mudah dulu, lepas tu nanti lama-lama kita buat la masak yang berat sikit ek?” Senyum lagi. Alahai.. Senyum Ummi dengan Abah itu pemikat hati aku. Pengubat lara hati aku. Cair terus aku dibuatnya. Dan hanya anggukan kepalayang aku beri saat mendengar penjelasan Ummi.

Nuha, tolong Ummi ambilkan penapis sayang.” Aku buka laci kabinet. Aku berfikir seketika. Mana satu penapis ni? Dan tangnpun dengan cepatnya menggaru pelipis. Aduh! Aku mana tahu mana satu yang namanya penapis. Seeloknya saja tangan aku main hentam ambil benda dalam laci itu. Entah betul ke bukan yang aku ambil ni kan? Teruk dah engkau ni Nuha.
Nah Ummi.” Senyum sampai telinga aku pamerkan. Cover line, fasalnya, aku pasti silap ni.
Aik. Ummi nak penapis sayang. Nak tapis santan ni ha, yang Nuha ambik tu sudip la sayang. Penapis tu yang kaler merah pada pemegang, dan ada jaring-jaring kaler putih kat tengah. Bentuk dia bulat tu sayang. ”  Jelas Ummi lembut. Ummi aku ni memang lemah lembut orangnya, tak macam aku yang ganas sikit ni. Entah ikut genetik sapa la aku ni kan. Abah? Hah! Abah aku tu, dia lagi la penyabar, pendiam aje orangnya. Tapi jangan salah! Sekali Abah marah, mak oiii!Tak berkutik terus engkau dibuatnya. 

Aku letakkan kembali sudip kedalam laci, dan mencari benda seperti yang Ummi cakapkan padaku tadi “Yang ini ke Ummi?” Tanyaku sambil menunjukkan benda bulat ini.
“hah, betul la tu. Pandai anak Ummi ni kan.” Serentak itu Ummi mencium ubun-ubunku. Serasa begitu damai terasa jika Ummi berbuat begitu. Seakan hilang penat hati tika itu juga.
Nuha!!”
“Nuha Afina!!”
“Hah!” Terangkat kedua bahun aku dek jerkahan itu. Kepala aku toleh pada Angah dihadapan. Kenangan bersama Ummi, masih segar dalam ingatan walau kejadian itu dah bertahun dulu. Kenangan tika usia masih diangka belasan dahulu.
Melamun ek? Orang duk panggil dari tadi tapi diam aje. Menungkan siapa tu?” smirk smile tersapa dibibir Angah. Pasti ada saja benda yang dia hendak sakat tu. Menung sikit aje, pasti dia berfikir yang aku menungkan ‘si dia’ yang jauh berkilo batu. Ish.. angah ni memang. Sengal tak sudah.
Manade… Adik tengah berfikir ni.” Dalihku.
Tu ha! Along dengan kak Alin dan hero dia tu dah sampai dah. Ajak mereka tu makan dulu sebelum bertolak okey.” Dan hanya kerdipan mataku menggantikan jawaban dari bibirku.
***
Ummi… Adik terhingin nak makan nasi kukus. Esok Ummi buatkan boleh? Untuk Nuha bawak bekal ke sekolah.”
Ummi membelai rambut kepalaku yang sedang berbaringdi riba Ummi dengan lembut. Mata aku kalih menatap Ummi, menanti jawaban.
Senyum “Nuha mana pernah makan nasi kukus sayang. Tetiba aje nak makan ni ada apa-apa yang Ummi perlu tahu ke?” dan kening Ummi berjingkit naik menatapku.
Ummi ni memang pandai baca fikiran aku. Nak cakap ke tak? Nanti Ummi marah macam mana? Hish, Nuha, tawakal aje la.
Adik nak cakap dekat Ummi ni tapijanji Ummi jangan marah tau.” Aku tunjukkan jari tanda pinky promise pada Ummi seperti yang biasa aku lakukan pada Angah dan Along.
Ummi senyum dan menggenggam jari kecilku lalu di kucupnya lembut.
Tak baik janji-janji macam itu sayang. Lebih baik ucapkan Inshaa-Allah. Faham sayang? Lain kali jangan ucap janji-janji macam gini lagi tau.
Aku lebarkan senyum “Hmm.. Okey Ummi.”
“Haa... Tadi Nuha nak cakap apa dekat Ummi?”
“Ehem... macam gini cerita dia Ummi,” badan yang tadi berbaring aku tegakkan, duduk bersila ditepi Ummi. “Hari itu kawan Nuha ada bawak bekal nasi kukus, Nuha rasa la sikit. Sedap. Tak perasan makan punya makan, habis dia punya bekal. Nuha nak ganti balik nasi dia tu Ummi. Memang la Nuha dah ganti dengan bekal yang Nuha bawa tu, tapi tak sedap hati la Ummi Jadi, Nuha nak ganti nasi kukus dia tu. boleh kan Ummi?”
Ummi hanya menggangguk sambil tersenyum. ‘Esok Ummi masakkan untuk Nuha dan kawan Nuha tu ya sayang.” Aku memeluk Ummi. Erat. Terima kasih Ummi.
Tepukan pada bahu  membawa aku ke dunia nyata. Air jernih yang terkesan dihujung mata aku kesat dengan belakang tapak tangan sebelum badan aku kalih menghadap Along. Kenangan ketika aku darjah satu itu masih segar dalam ingatan. Kenangan pada setiap kasih sayang yang Ummi curahkan.
Aku kerut kening “Kenapa Long?”
“Nuha nangis?” Aku kesat lagi juring mata yang dah mongering.
Tak ade lah Long, Habuk masuk mata aje gamaknya ni.” Aku hendak bangkit dari buaian ini, tapi Aku terduduk kembali bila Along menahan aku. Tatapan tajam dia beri padaku. Kepala aku tundukkan. Pasti Along tak percaya dengan alasan yang aku berikan tadi. Cikgu kimia, prasangka dia ni memang selalu kuat pada aku.
Nuha rindu Ummi?” Mata menyorot pada dia sebelum kepala aku jatuhkan. Mengangguk . Ya! Aku rindukan Ummi, terlalu rindu pada dia. Amat sangat merindu.
Nuha ingat kenangan bersama Ummi lagi?” Aku menggangguk kembali.
Seketika Along membawa aku dalam dakapan dia. Membawa aku kedalam pelukan hangat seorang abang. Aku membalas pelukan Along dengan erat. Terasa usapan pada kepala aku yang di baluti tudung sebelum satu kucupan kasih itu mendarat di ubun-ubun aku.
Along pun rindukan Ummi. Adik Along ni kan kuat, jangan nangis eh. Sekejap sahaja lagi kita bertolak ‘jumpa’ Ummi okey.
***
Tudung yang mulai senget-benget aku betulkan dengan teliti. Aku pandang wajah aku di dada cermin. Cantik ke aku ni? Senyum terbias dibibir bila mengingat soalan yang aku ajukan pada diri sendiri. Sengal! boleh pulak aku tanya macam gitu pada diri sendiri. Dah jelas jawaban dari hati aku. Aku tak cantik, dan hodoh pun tak. Tapi, aku bersyukur dengan apa kejadian yang Allah berikan pada wajah ini. Alaa, macam yg abah selalu cakap. Aku ni, manis. Sweet macam gula-gula. Haha.😜
“Dah cantik sangat dah anak Abah ni.” Dan seperti selalu, senyum tua itu tak pernah lekang dari bibir Abah.
Ternaik bahu aku dek terkejut mendengar suara Abah yang tiba-tiba muncul di tepi pintu bilik. Senyum aku beri.
Of course la Abah, baka siapa ni? Ummi dengan Abah jugak! senyum kecil aku hias dibibir.
Abah menggelengkan kepala mendengar telatahku yang agak manja dan nakal ini. Dengan siapa aku nak bermanja kalau bukan dengan Abah. Nak bermanja dengan ‘si dia’ ?gamaknya, memang harus tunggu berbulan lamanya baru boleh bermanja. ‘Si dia’ tu bukannya ada kat sisi aku selalu. Dua hari sekali nampak batang hidung pun belum tentu. Tuntutan kerja yang selalu dia cakap. Hmm... apa yang dia buat sekarang ni eh gamaknya? Masih diawan biru nun jauh diatas sana ke? 
Tahu takpe. ” Abah turut tertawa walau sekejap cuma. “Nuha siap dah ke ni? Kita dah nak bertolak dah ni, takut petang karang hujan turun pulak, susah.” Suara Abah sambil menutup tingkap dibilik aku.
“Dah.” Jawab aku singkat sambil menepek sedikit bedak pada wajah dan secalit lipgloss pada bibir. Sekadar menghilangkan kesan pucat pada wajah. 
“Jom la kita turun dulu Abah.” Aku menggamit Abah keluar dari bilik sambil membawa bungkusan hadiah yang siap aku bungkus pagi tadi.
Sampai di ruang tamu, Angah and the geng, dan Along and the geng pun sudah siap menunggu di sana. Senyum aku carik. Gembira hati melihat kebahagiaan yang ada. 
“Dah pukul dua belas lebih dah ni, nak gerak sekarang ke nanti?” Along bersuara. Aku menatap jam di pergelangan tangan aku. Dah lewat sangat ni. Batinku.
Jom la gerak sekarang Bah. Hujan turun nanti, kita yang tak menang tangan nak teduhkan diri.” Jelas Angah sambil bangun dari kerusi dan bersiap hendak keluar rumah.
Jom la, tapi... ”
Suara Abah terhenti bila terdengar ada suara kereta yang memasuki halaman rumah. Semua orang menoleh ke arah pintu utama. Menanti siapa gerangan yang datang ke rumah ini. Tak kan la ‘si dia’ kut? Baru semalam dia called kata penerbangan delay, fasal cuaca buruk kat atas sana..
“Cuba Nuha tengok siapa, mungkin baby-boo adik dah balik.” Erkk.. Abah ni, buat aku malu aje bila semua dah pandang aku lain macam. Angah pulak dengan senyuman sengal dia tu.
“Ehh, takkan dia pulak bah, semalam lagi Abang telefon kata tak...”
Belum sempat aku habiskan kata, suara seseorang yang cukup aku kenal menyapa telinga.
Assalamuallaikum.”
Walaikumussalam.” Jawab semua orang serentak kecuali aku. Lidah rasa kelu untuk bersuara. Aku hanya mampu menjawab salam dalam hati. Semerbak bau yang selama ini aku rindukan singgah di deria bau aku. Biarpun bau ini tak sewangi wangian rose, tak sewangi wangian Hugo Boss yang selalu disemburkan di tubuh Angah, biarpun tak sewangi wangian DnG yang menjadi igauan Along. Tapi inilah bau yang selalu aku rindu. Bau peluh ‘si dia’ yang wangi bak bunga melur. Oitss... berjiwang pulak aku ni. Hish. 
Aku tersedar dari lamunan ketika ada kucupan hangat singgah di dahi aku. Aku tergamam. Aku mendongak. Aku perhatikan ‘si dia’ yang sedang tersenyum manis bak gula-gula kapas kegemaran aku itu.
“I miss you so much sayang. aku bagai terpukau terus dengan bisikan kata yang dia lontarkan padaku. Membahang pipi ini aku rasakan.
Ehem.. Kalau nak berasmara-dana. Sila tunggu malam karang ye Cik-Encik-pengantin-baru-yang-tak-baru.” Terasa semakin membahang aku rasa pipi ini bila adegan itu dipertontonkan pada semua ahli keluargaku. Ya Allah, malunya.
‘Si dia’ menggaru leher yang aku rasa memang tidak gatal itu. Malu la tu. dia menjeling aku. Sengih. Bahagia terasa bila dia ada disisiku saat ini. Saat ketika aku sedang merindu Ummi. Saat ketika aku sedang sedih dan gembira. Dia sahabat, dia lawan, dia suami, dia imamku, dia Rayyan ku.
Yan pergilah mandi dulu. Kita semua tunggu Yan kat sini.” Selamat. Kata-kata Abah itu menyelamatkan aku dan si dia dari bahan gurauan Along dan Angah aku.
Aku bersyukur pada ALLAH kerana memberikan aku jodoh yang cukup sempurna dimata ini, kerana dapat memahami keadaan aku. Dapat memahami segalanya tentangku.
Dia si driver jalan raya nan biru, si encik pilot yang disayang. Kerjaya dia, sentiasa menuntut kesabaran kami. Mengurangi kebersamaan kami. Tapi disitulah racun dan pengubat rindu kami. Berjauhan dalam jangka masa tak tertentu, semakin menambah rindu dan ubatnya, tika perjumpaan menyapa. 
***
Abah, Ummi kat mana Abah?” Tanyaku pada Abah yang sedang duduk membaca surat kabar dekat beranda rumah. Beg sandang aku letak atas meja. Penat ya amat. Tadi kat sekolah banyak sangat tugas yang cikgu bagi. Nak exam la katakan. Balik sekolah pula terus pergi ke library sekolah nak ulang kaji pelajaran dengan si Eda. Fuhh, lengkap sudah kepenatan diri.
Ummi ada kat bilik. Nuha pergi lah tengok Ummi tengah buat apa.” Aku tatap wajah Abah sebelum duduk aku rebahkan dikerusi sisi abah.
Abah dah makan?” Sayu. Perut aku lapar, tapi mulut seakan enggan untuk disuap. Aku rindu masakan Ummi.
Abah melipat surat kabar sebelum diletakkannya di atas meja. Abah pandang wajah aku. Senyum. Abah menggamit aku supaya duduk berdekatan dengannya.
Nuha rindukan masakan Ummi ye sayang?”  Kepala aku angguk. Abah menggamit aku ke dalam pelukan dia. Ingin rasanya aku hamburkan tangis ini, tapi biarlah tangis itu aku saja yang rasa. Kerana aku tahu Abah lebih rasa kesedihan itu berbanding kesedihan yang aku rasa ini.
Nuha makan la dulu, tadi mak Ina dah masak tu. ” Ayah memandang langit. Aku tahu ayah tengah mencuba menahan air mata yang hendak gugur itu.
Sejak Ummi di sahkan sakit oleh doktor beberapa bulan sudah, Abah terpaksa mengambil orang gaji untuk menolong mengemas rumah dan menjaga makan pakai kami sekeluarga.
Ya Allah puan, jangan la macam gini.”
Aku dan Abah terdiam. Sayup-sayup terdengar suara Mak Ina bersuara. Allah, kuatkan hati yang satu ini.
Abah, jom tengok Ummi. Pasti Ummi buat ‘benda’ tu lagi. Kasian dekat mak Ina. Pasti penat jaga Ummi.” Aku bangkit sambil menggamit Abah memasuki rumah.
Sampai dibilik Ummi, aku mendapati mak Ina sedang berada di dalam bilik air sambil membawa mop lantai.
Badan aku bawa mendekat ke arah Ummi yang sedang berdiri kaku dihujung katil. Aku belai tangan Ummi yang memintal-mintal hujung baju itu. Setitik air mata menitis dari kelopak mata. ‘Ummi. Seruku dalam hati.
Kenapa engan Ummi mak Ina? Dia buat ‘benda’ itu lagi ke?” Ummi menggeleng laju-laju demi mendengar persoalan yang aku ajukan pada mak Ina.
“Ye Nuha, puan kencing lagi ni. Tapi bila mak Ina nak bawa pergi tandas dia tak nak. Puan tak nak pakai pampers jugak. ” Jelas mak Ina padaku. Aku pandang Abah. Wajah sedih Abah sudah tertayang di raut muka. Allah.
Ummi kencing kat seluar ek?” Ummi menganggukbeberapa kali, sungguh bagaikan anak kecil. “Nuha pakaikan pampers untuk Ummi ek? Lepas tu Ummi makan lalu tidur,okey.” Ummi mengangguk lagi. Setitik air mata kembali menjengah dari kelopak mata. Sungguh! Aku rindukan Ummi aku yang sebenar. Ummi aku yang penuh kasih sayang.
Sejak doctor mendiagnosa Ummi dengan penyakit Al Zeimer beberapa bulan sudah, tahap memori Ummi sedikit demi sedikit mula menghilang. Berlarutan dengan keadaan Ummi yang semakin teruk dalam dua bulan kebelakangan ini. Dia mula tak ingat siapa aku, dia tak ingat siapa Abah, dia tak ingat siapa-siapa, dan bahkan terkadang dia tak ingat siapa diri dia sendiri. Tingkah dia bagaikan seorang anak kecil. Kencing merata tempat, buang air besar pun seperti budak umur dua tahun. Ya Allah, besarnya dugaanMu.
Aku tak kisah merawat Ummi sepanjang hari walaupun Ummi dah tak kenal siapa aku. Walaupun Mak Ina hanya merawat IUmmi ketika aku pergi sekolah saja, dan selepas itu aku yang akan merawat dan menemani tidur Ummi.
Selesai memakaikan pampers dan menukar baju Ummi, aku bawa dia ke balkoni bilik untuk menghirup udara petang ini. Aku duduk mencangkung di depan Ummi untuk memotong kuku Ummi yang dah agak panjang itu.
“Kakak… Tadi kan, saya nampak ada bidadari dekat bilik. Dia cantik sangat. Pakai dress putih yang kembang. Esok saya nak pakai baju macam itu boleh tak kakak?” Ringan mulut Ummi berceloteh ini itu padaku. Aku gariskan secebis senyum untuknya dan mengerdipkan kelopak mata.
Kakak? Ya! Itu panggilan yang selalu Ummi guna padaku selepas sakit yang diderita semakin mudarat dan teruk macam gini. Sedih? Siapa cakap aku tak sedih dengan keadaan yang Ummi alami sekarang. Hendak di kira berapa banyak airmata kami sekeluarga tumpah bila melihat Ummi seperti ini? rasanya sudah tak terkira berapa banyak mutiara jernih ini jatuh.
Abah? Abah nampak tabah bila berhadapan dengan kami anak beranak. Tapi aku tahu, setiap malam Abah akan menangis tersedu selepas membaca doa untuk Ummi di akhir sujudnya. Terkadang aku pun nampak Abah tertidur sambil memeluk bingkai gambar pernikahan mereka. Ayah rindukan Ummi.
Kakak, esok nak pergi jalan-jalan lagi boleh?” Aku mengangguk cuma. Ya! Doktor selalu pes, walau memori Ummi dah tak dapat pulih ke sedia kala, tapi selalu biasakan bawa Ummi untuk berjalan-jalan atau hanya sekedar menikmati angin pagi dan petang.
Ummi.. Nuha rindukan Ummi. Nuha rindukan pelukan Ummi.’ Dan dan aku peluk tubuh Ummi seeratnya.
***

“Sayang, Bangun sayang.. Sayang ada nak beli apa-apa tak? ” aku buka mata perlahan. Aku toleh ke sisi sebelum kepala aku menggelang sekali dua.
‘Ya ALLAH. Ternyata kenangan lalu itu hanya mampu aku rasai dalam mimpi saja.’ Perlahan aku kesat sisa airmata yang merembes ke pipi sebelum wajah aku alihkan pada suami disisi. Tatapan dia penuh kasih saying, dan itu seperti mengingatkan aku pada sorot mata yang ada pada diri Ummi. Allah.
Sayang mimpikan Ummi lagi?” kepala aku jatuhkan dua kali. Mengangguk.
“Jangan sedih okeySekejap lagi kita ‘lawat’ Ummi.” Dan sebuah kucupan itu singgah pada dahi aku sebelum dia berlalu keluar dari kereta.
***

Aku tersentak bila tiba-tiba ada tangan lembut yang memegang kedua belah tapak tanganku ini. Aku mendongak. Ummi berdiri di samping aku dan Abah sambil mencuba menggamit tangan kami.
Aku dan Abah saling berpandangan sama sendiri sebelum menatap wajah polos Ummi. Senyuman Ummi bagaikan senyuman budak-budak yang tiada dosa ketika kantoi menconteng tembok rumah sang ayah. Oh Ummu...
“Kenapa Ummi?” Aku kerut kening, terasa pelik dengan tingkah Ummi seperti ini. Tanpa suara, dan tiba-tiba dia menggamit tangan aku dan Abah untuk mengikuti dia.
Saya nak tidur tapi, macam takut. Saya nak tidur dengan kakak dan Uncle boleh?” Uncle? Itu panggilan baru untuk Abah dari Ummi selama beberapa bulan ini. Saat pertama panggilan itu meluncur dari bibir Ummi, bibir seakan tak kuasa menahan tawa. Oh Ummi, dalam kesedihan kami, satu hal itu yang membuat aku merasa lucu padanya.
Kepala aku jatuhkan beberapa kali sebagai jawaban ya untuk soalan yang Ummi ajukan tadi. Aku pimpin perlahan tangan Ummi menuju ke bilik tidur. Abah hanya mengikut dari arah belakang kami dengan riak tenang dan bersahaja.
Aku baringkan tubuh Ummi diatas katil. Abah pula berbaring disebelah kiri Ummi sambil tangan kanan dia di peluk kejab oleh Ummi. Tangan yang sedari tadi tak lepas dari dipegang Ummi aku leraikan. Mencerlung mata Ummi dengan perbuatanku itu. Kenapa?
Kakak nak pergi mana? Saya nak tidur dengan kakak jugak.” Ada nada kecil hati pada soalan itu. Senyum aku beri.
Saya nak matikan lampu saja Ummi. Saya janji temankan Ummi tidur ek.” Ummi mengangguk, dan senyum dibibir Ummi semakin merekah menghias wajah tua itu.
Setelah lampu aku padamkan, aku berbaring di sisi Ummi yang masih terkebil memandang aku. Aku lingkarkan tangan memeluk tubuh Ummi.
I love you Uncle.” Ucap Ummi di iringi sebuah kucupan pada tapak tangan dan pada dahi Abah. Abah tergamam sebelum sebuah senyuman tersungging di bibir, dan... butiran air jernih itu tampak bertenggek dijurung mata tua Abah.
I love you more sayang.” Abah membalas lirih tapi masih dapat ditangkap oleh pendengaranku ini.
Ummi beralih menatap aku disisi kanan.
I love you too kakak. Sayang sangat kat kakak!” Ucapan yang sama diberikan padaku juga sebelum kucupan-kucupan kasih singgah di dahi dan dipipi kanan kiri aku. Ya Allah. Inikah masanya?
Nuha pun sayangkan Ummi sangat-sangat. Terima kasih kerana lahirkan Nuha, mengajar Nuha tentang erti kehidupan, mengajar Nuha tentang banyak hal. Kasih Ummi dengan Abah tiada ganti. ” Sayu! Terasa berat tubir mata ini ketika mengungkap kata-kata itu. Sebuah kucupan aku beri pada wajah Ummi. Lama.
Dan benar telahan hati ini, malam itu menjadi malam terakhir kenangan kami bersama Ummi bila keesokan pagi kami tersedar yang ternyata Ummi telah kembali kepada-NYA.
Selamat jalan Ummi. Kenangan bersamamu takkan pernah aku lupakan. You are the best woman in my life. Ummi adalah ibu. Ummi adalah kawan. Ummi adalah lawan. Ummi adalah cikgu. Ummi adalah segalanya bagiku.
***
Hembusan angin yang menerpa wajahku menjadi semakin besar. Bau wangian Acqua Di Gio-Giordano Amaniyang sangat aku kenali seperti menari-nari di hadapan hidungku. ‘Angin? Parfume? Macam kenal aje bau itu.’
Aku buka mata perlahan. Pemandangan pertama yang aku nampak adalah dia. Dia tebarkan senyum. Manis. Senyuman pemikat hati.
Sayang abang ni macam penat terlebih aje. Abang yang drive ke dia yang drive ni, hmm? Kesian abang drive sensorang tak ada kawan berbual.” Muncung itik sudah tertera diwajah dia. Aku betulkan duduk sebelum mencapai tangan dia. Memujuk time lah katakan.
Alolo kesiannya baby-boo sayang ni kan. Sorry ek, ni semua kan ‘sakit’ yang abang buat jugak. Lately ni rasa penat aje, rasa nak tidur aje hari-hari.” Eh? Ni memujuk ke bukan ni? Tengok gaya macam bukan memujuk. Tapi lebih kepada meluah rasa aje.
Dia masih diam. Aku garu kepala. Cari idea please.Dan...
Cup!
Satu kucupan aku beri pada dia. Dia tergamam sebelum menoleh kepadaku. Senyum aku beri. Senyum selebar padang bola bak kata angah.
Abang ni mengada betul. Jangan merajuk okey. Nanti baby dalam perut ni pun kuat merajuk macam papa dia. ”
Alaa… Papa baby nak bermanja aje dengan mama baby. Tiga hari tak jumpa rasa macam tiga tahun. Rinduuu… Baby-moo abang yang satu ini.” Ungkap dia seraya mencuit hidung aku. Ishh! Mentang la hidung aku kemek, dok cuit-cuit aje. Nak bagi mancung macam dia gamaknya.
“.Alahai..” Dia tepuk dahi. Apa pasal pulak tu. Aku jungkit kening pada dia tanda kenapa. Jangan dibuatnya suami aku ni kena sampuk kang. Oh! Seramnye.
Abang kejut sayang pasal nak cakap yang kita dah sampai. Ni dah jadi lain pulak, Jom la turun, nanti Along, Angah and the geng bebel pula. Hehe” Dan aku hanya mampu menggeleng dengan tingkah dia. My sweet husband.
Kami keluar dari kereta lalu melangkah kearah Abah dan semua yang sudah menunggu kami di depan sana.
Lambat! Ni pasti kes berasmaradana dulu kan?” Dush! Tepat sungguh tembakan Angah pada kami. Hanya sengih bak kerang setengah busuk saja yang kami balas untuk pernyataan Angah itu.
Sengih. Betul la tu tembakan kau Ngah.”
Dah.. Dah, jom kita gerak. ” Abah penyelamat aku. Aku menggamit tangan Abah menuju ke pusara Ummi.
Yang peluk lengan Abah ni kenapa? Tak nak peluk lengan baby-boo Nuha ke?” Abah berbisik di tepi telinga aku. Alahai Abah, orang nak bermanja dengan dia, disuruhya aku bermanja dengan my-baby-boo pulak. Itu malam karang la Bah. Upss!
Senyum. Hanya itu yang aku tunjuk pada Abah.
Orang nak bermanja dengan Abah la.” Aku pun berbisik lirih. Abah senyum seraya mengusap kepala aku.
Sesampainya di pusara Ummi. Kami membaca surah yaasin untuk di sedekahkan kepada Ummi di atas sana. Berdoa untuk kebahagiaan Ummi disana.
“Sesungguhnya segala sesuatu memiliki hati (qalb), dan hati Al-Qur’an adalah (surah) Yaasin.” -( HR.Tirmidzi)

“Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya”- Hadis sahih riwayat Abu Daud.

Tangan aku tadahkan. Aku ingin berdoa kepada ALLAH untuk Ummi aku.
Ya ALLAH, Ya Tuhanku. Ampunilah aku, kedua orang tuaku, suamiku, semua orang yang masuk kedalam rumahku dengan beriman, dan semua orang yang beriman baik laki-laki mahupun perempuan.’ Aku meraup tapak tangan ke raut muka.
Badan aku dekatkan sedikit kearah batu nisan Ummi. Nama yang melekat di batu nisan itu akan sentiasa melekat di lubuk hati aku.
Ummi... Nuha rindukan Ummi. Kami semua pun rindukan Ummi. Tapi ternyata ALLAH lebih rindu dan sayangkan Ummi sehingga DIA menjemput Ummi lebih cepat. Ummi, esok dah masuk bulan Ramadan. Itu bermakna, tahun ini adalah Ramadan ke tujuh tanpa Ummi disisi kami sekeluarga. Nuha rindukan bebelan Ummi saat kejutkan Nuha untuk bangun sahur, Nuha rindukan semua tentang Ummi. Ummi, Nuha berterima kasih kerana Ummi banyak mengajar Nuha tentang kehidupan, kesabaran, dan kasih sayang. Terima kasih kerana kandungkan Nuha dalam perut Ummi, terima kasih untuk perjuangan Ummi saat lahirkan Nuha dulu. Terima kasih untuk semua yang Ummi bagi pada Nuha.’ Aku usap perut yang masih belum nampak bentuk ini. ‘Ummi, Nuha dah mengandung. Sekarang dah masuk empat bulan. Doakan Nuha dapat mendidik anak ini sebaik Ummi didik Nuha dan abang-abang dulu. Itu permintaan Ummi dulu kan. Nuha masih ingat lagi, masa tu Nuha masih dalam form 1 lagi. Terasa lucu bila masa tu Ummi cakap pasal anak-anak Nuha kelak. Ya la! Masa tu kan Nuha kecik lagi. Tapi Ummi dah pesan agar Nuha mendidik anak-anak Nuha kelak dengan didikan yang penuh dengan agama. In-Shaa ALLAH, Nuha akan ingat pesanan Ummi itu sampai bila-bila. Ummi, Nuha balik dulu iya. Jika ALLAH masih memberi Nuha waktu, In Shaa ALLAH raya nanti Nuha akan jenguk pusara Ummi kembali. Nuha sayang Ummi sangat-sangat-sangat. You know what Ummi? You are the best woman in my life.”

Tetesan airmata yang membasahi pipi aku kesat dengan hujung tudung. Pelik kan? Aku bercakap dengan batu nisan. Tapi biarlah, aku hanya ingin meluah rasa rindu ini untuk dia. Terasa ada usapan di bahu aku. Aku mendongak. Abah. Tangan tua itu mengusap airmata ini. Aku peluk dia. Kejap. abah pun membalas pelukan ini.
“Abah, Nuha rindukan Ummi.”
“Kami semua pun rindukan Ummi.” Suara Along dan Angah menyapa pendengaran. Dan seketika, tubuh aku dipeluk oleh kedua orang itu juga. Suami aku? Tangisan itu turut menitis di pipi dia. Dia senyum. Terima kasih my-baby-boo, sudi menjadi sebahgian dari hidupku ini. Sudi menjadi imam dalam sujudku.

TAMAT


#leave your comment please hihihi.... 









DIY Banana Icecream


Assalamuallaikum kengkorang...
Ehhh, tetiba hapdet lagi. Selalu tu bersawang je kan 😜 #tepuk dahi... 


#gamba tu belas kasih dari Mr.Google je.. Den lupa nak snap2 kalau dh heaven baking ke cooking haha

Semalam punya cite. Try to make simple banana icecream yg nampak recipe tu dekat facebook.
Hahaha, buat punya buat.. Keep kat fridge. Perang masa nak amik makan tu. Whattt???? Tergamam kejap bila nampak bekas icecream tuh baki suku je. Walaweiii... Rupa-rupanya, kerjaanak buah yang berabeh hadeshhh...
Sedap sangat gamaknya kan hahah. #sedapkan hati haha..

Korang takyah risau, ingredients nak wat DiY banana icecream ni ringkas n senang je, 

Ingredients:
~ Banana # keraskan, letak dalam fridge dalam 5/6hours
~ Susu pekat 
~ Sides #buah lain ke, choc chip ke, anything yg korang suka

How to make DIY Banana Icecream...

* potong banana yang dah keras. Masukkan dalam blender.
 Add sikit susu pekat. Lepastu blend sampai lembut.
* Kalau rasa banana tuh masam , letak banyak sikit susu pekat sampai rasa tuh sesuai lidah korang.
*last.. Letak la sides yang korang nak tu..  #aku letak choc chip+choc sirap + kacang, rasa dia BOMs haha
#macam gamba kat bawah ni, ada step dia... Tapi step kat gamba tu letak almond tau. 


Hah.. Acaner?? Senang je kan? Takkan taknak try buat, rugi la... Beli kat kedai je mahal tau eskim dah siap tu. Hahaha...

#next, try buat another fruits la... 💭 macam sedap je kan 💋

Bebs, suka baca cerita mengarut? Ahakz, jangan lupa dapatkan cerpen saya ya. Adadlm kompilasi buku2 mcm kat sidebar tu #tunjuk sebelah 💋💋💄💞