Cerpen : Rindu Ummi





" Dia kawan, dia lawan, dia cikgu, dialah Ibu."





Perlahan aku ikat reben untuk mempercantik kotak hadiah yang seketika tadi aku balut dengan kertas bercorak dengan cermat. Biarlah tak cantik mana ikatan reben ini, janji ianya aku beri pada dia yang aku rindui. 

Tok

Tok

Tok

Tangan terhenti dari melakukan gerakan. Ketukan di pintu kedengaran. Mungkin abah la tu.

" Masuk je Bah, adik tak kunci pintu." Suara aku sedikit melaung.

Pintu dibuka dari luar. Muncul kelibat Abah memasuki bilik aku. Abah senyum. Manis! Itu yang selalu aku doa dalam setiap sujudku. Senyum yang sentiasa menghiasi wajah tua Abah.

Abah mendekat lalu duduk di birai katil berhadapan aku. Aku senyum menatap Abah sebelum kembali melakukan kerja menghias kotak hadiah ini. Sikit lagi.. Sikit lagi.. Okey done! Siap la juga hadiah aku kan.

" Cantik tak Bah?" Aku tunjukkan hadiah itu di depan Abah. Senyum.

" Cantik sangat. Apapun yang anak Abah buat pasti cantik."

" Siapa dulu yang ajar kan. Abah juga, hehe."

" Pandai pun."

Aku ambil kotak hadiah itu dari tangan Abah dan aku bawa keatas meja solek. Biar dekat situ saja, senang nanti aku nak ambil. Jika letak dalam almari, memang boleh terlupa nanti. Tahap 'lost memori' dalam otak aku ni memang agak high teramat. Hehe.

" Along dengan Angah dah siap ke Bah? Ke belum datang lagi?" Aku menghampiri Abah yang masih duduk di birai katil. Duduk aku labuhkan di sebelah Abah. Tangan sebelah kiri abah aku peluk. Nak bermanja. 

" Angah dah sampai sejak tadi lagi. Along aje yang tak sampai lagi. On the way agaknya. Jom la turun, kesian kak Hani dengan Angah tunggu my princess ni bersolek. Lama sangat diorang kata tadi." 

" Ee, mana ada adik bersolek. Adik 'solek'kan hadiah itu aje la. Hehe"

Abah mencuit hidung aku yang tak berapa nak mancung ini sebelum melangkah keluar menuju pintu bilik. Aku tengok wajah dalam dada cermin sebelum mengikut jejak Abah untuk turun kebawah jumpa Angah dan isteri dia.

" Ha tu, dia tengah bersolek. Tadi cakap tak!" Sakat abah. Aku jeling manja abah yang sedang elok sengih di hadapan pintu.

" Abah."






........






Hujung lengan baju kurung aku singkap. Jam di pergelangan tangan aku lihat. Dah pukul 11 pagi, tapi kelibat orang yang di tunggu tak kunjung tiba. Aku melangkah menuju ke meja makan yang sedang menempatkan Angah dan Kak Hani aka isteri Angah aku.

" Elok-elok sikit makan tu Angah. Gelojoh sangat. Tak lari kemananya ayam goreng itu la. hehe" 

Angah terhenti dari menyuap nasi kedalam mulut. Mata menjeling aku. Mak oii! Tajam jelingan nok! Cucuk karang. Jadilah macam kasim selamat. Hehe

Aku jelirkan lidah bila jelingan Angah masih tajam menusuk kalbu. Alaaa, jeling manja aje tu.

" Sudah-sudah la tu. betul apa kata Adik, awak tu makan gelojoh sangat. Tercekik karang. Sapa susah? Isteri awak ni jugak tau?" Sakat kak Hani membela aku sambil menepuk lembut tangan Angah.

" Siapa suruh dia tu masak sedap sangat. Kecur air liur Abang tengok masakan semua ini. Hehe" sengih. 

Aku tergelak kecil sebelum melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan Angah. Angah aku ni agak sengal sikit, tapi beruntunglah dia. Dapat isteri yang memang penyabar dengan kerenah mengada dia tu. dia orang baru aje mendirikan rumah tangga dua tahun lepas, belum ada anak lagi. Belum rezki kata kak Hani.

" Haha.." Aku tergelak kecil " sedap kan? Siapa dulu yang jadi sifunya kan?" Aku jungkit kening, tiru gaya Ziana Zain tu.

Masak itu kegemaranku. Bila tengah tension fikir pasal kerja atau sekolah tika dulu, aku selalu curahkan pada dapur, masak. Yang jadi sifu paling penyabar dengan kerenahku adalah Ummi. Dulu aku tak lah suka masak-memasak semua ini. Jangankan masak, apa nama benda buat masak pun aku banyak yang tak tahu. Zaman remaja dulu. Memang aku ni nakal tahap apa entah. Tomboy pulak tu. since dua saudara aku lelaki, of course aku jadi terikut perangai diorang tu. Diorang main bola! Aku ikut. Diorang memancing! Aku pun ikut. Diorang pergi dating je yang aku tak boleh ikut. Aku merengek nak ikut, tapi di halaunya aku awal-awal. Tapi oke lah juga, habuan dia ais krim dengan coklat sebagai ganti. Haha

Bau haruman masakan yang terhidang di atas meja membawa kerinduan yang terpendam untuk Ummi. Ya, semua ini adalah masakan yang Ummi ajarkan padaku selepas aku mula berjinak-jinak merpati dengan dapur dan masakan. 


Aku melangkah ke dapur yang sedang riuh dengan suara berbagai rentak yang terbit   dari alat masak yang sedang Ummi guna.

Aku berjalan perlahan menuju ke peti sejuk. Sebotol air mineral aku ambil lalu aku teguk dari botol tanpa perlu menuangnya kedalam gelas. Tak sopan! Itu kata-kata yang selalu Ummi bilang bila aku buat begitu. Setelah rasa dahaga itu hilang, aku berlalu dari ruang yang sangat Ummi sayangi. Dapur. Ummi dengan dapur, memang tak akan pernah lepas. Hehe..

" Ha! Nak kemana tu?" Sergah Ummi mematikan langkahku. Badan aku bawa menghadap ummi. 

" Nak keluar Ummi. Ikut Angah main bola kat padang depan rumah tu." 

" No no no. Adik tu perempuan sayang. Jangan ikut jadi macam Angah. Dia tu lelaki, main benda macam tu tak mengapa." Nasihat ummi lembut.

" Ala Ummi, selalunya tu okey aje bila Adik ikut Along dengan Angah tu. " jawab aku sambil tarik muncung itik. Ummi mendekat, di tariknya tangan aku menuju ke tepi dapur gas.

" Perempuan, tugas dia dekat dapur sayang. Nanti kalau Adik dah kahwin macam mana? Adik pun kena masak juga tau. Belajar dari sekarang ya sayang."

Ummi ni buat aku berat hati aje. Nak tolak? Aku takut hati Ummi terguris. Nak ikut? Alahai.. Aku ni paling alah dengan yang namanya dapur dan masak. Huhu

" Adik just tolong Ummi je dulu. Esok-esok kita start dari masak yang mudah dulu, lepas tu nanti lama-lama kita buat la masak yang berat sikit oke." Senyum. Alahai.. Senyum Ummi dengan Abah itu pemikat hati aku. Cair terus aku dibuatnya. 

Aku hanya menggangguk mendengar penjelasan Ummi. 

" Nuha, tolong Ummi ambilkan penapis sayang." Aku buka laci kabinet, segala macam sudu dan sudip ada di situ. Aku berfikir seketika. Mana satu penapis ni? Aku mana tahu mana satu yang namanya penapis.

Tangan aku main hentam saja ambil benda dalam laci itu. Entah betul ke bukan yang aku ambil ni kan.

" Nah Ummi." 

" Aik. Ummi nak penapis sayang. Nak tapis santan ni ha! Yang Nuha ambik tu sudip la sayang. Penapis tu yang kaler merah pada pemegang, dan ada jaring-jaring kaler putih kat tengah. Bentuk dia bulat tu sayang. " jelas Ummi lembut. Ummi aku memang lemah lembut orangnya, tak macam aku yang ganas sikit ni. Entah ikut genetik sapa la aku ni kan. Abah? Hah! Abah aku tu, dia lagi la penyabar, pendiam aje orangnya. Tapi jangan salah! Sekali Abah marah, mak oiii! Tak berkutik terus engkau! Haha

" Yang ini ke Ummi?" Tanyaku sambil menunjukkan benda yang aku fikir itu adalah penapis seperti yang Ummi jelaskan tadi.

" Aah, betul la tu. Pandai anak Ummi kan." Serentak itu Ummi mencium ubun-ubunku. Serasa begitu damai terasa jika Ummi berbuat begitu.


" Nuha!!" 

" Hah!" Terperanjat aku dek jerkahan itu. Kenangan bersama Ummi, masih segar dalam ingatan walau kejadian itu dah bertahun dulu. Masa tu aku masih umur 11 tahun lagi. 

" Melamun ek? Orang duk panggil dari tadi tapi diam aje. Menungkan siapa tu?" Agah senyum padaku. Ada saja benda yang dia hendak sakat tu. Menung sikit aje, pasti dia berfikir yang aku menungkan 'si dia' yang jauh berkilo batu. Apa la Mr.Nib ni.

" Manade... Adik tengah berfikir aje la." 

" Tu ha! Along dengan kak Alin dan hero dia tu dah sampai dah. Ajak mereka tu makan dulu sebelum bertolak." 






.........






" Ummi... Adik terhingin nak makan nasi kukus. Esok Ummi buatkan boleh? Untuk bekal ke sekolah." 

Ummi mengelus kepalaku yang sedang berbaring di riba Ummi dengan lembut. Aku menatap Ummi, menanti jawaban dari Ummi. 

" Nuha mana pernah makan nasi kukus sayang. Tetiba aje nak makan ni ada apa-apa yang Ummi perlu tahu ke?" 

Ummi ni memang pandai baca fikiran aku. Nak cakap ke tak? Nanti Ummi marah macam mana? Huhu

" Adik nak cakap kat Ummi, tapi janji Ummi jangan marah tau." Aku menunjukkan jari tanda 'promise' pada Ummi seperti yang biasa aku lakukan pada Angah dan Along.

Ummi senyum dan menggenggam jari kecilku lalu di kucupnya lembut.

" Tak baik janji-janji macam itu sayang. Lebih baik ucapkan In Shaa Allah. Faham sayang? Lain kali jangan ucap janji-janji mcam ini lagi tau. " 

" Hmm.. Oke Ummi." 

" Ha! Tadi Nuha nak cakap apa dekat Ummi?"

" Hari itu kawan Nuha ada bawa bekal nasi kukus, Nuha rasa la sikit. Sedap. Tak perasan makan punya makan, habis dia punya bekal. Nuha nak ganti balik nasi dia tu Ummi. Memang la Nuha dah ganti dengan bekal yang Nuha bawa tu, tapi tak sedap hati la Ummi. Jadi, Nuha nak ganti nasi kukus dia tu. boleh kan Ummi?"

Ummi hanya menggangguk sambil tersenyum. " Besok Ummi masakkan untuk Nuha dan kawan Nuha tu ya sayang." Aku memeluk Ummi. Erat.

Tepukan di bahu ku membawa kau ke dunia nyata. Airmata di kelopak mata aku kesat dengan belakang tapak tangan sebelum badan aku kalih menghadap Along. Kenangan ketika aku darjah satu itu masih segar dalam ingatan.

" Kenapa Long?"

" Nuha nangis iya?" 

" Tak lah Long, Habuk masuk mata agaknya." Aku hendak bangkit dari buaian ini, tapi  Aku terduduk kembali bila Along aku, Muhammad Nadim a.k.a Along Nim menghalang aku. Dia menatap aku dengan tajam. Aku menunduk. Pasti Along tak percaya dengan alasan yang aku berikan tadi.

" Nuha rindu Ummi?" Aku mengangguk

Aku mendongak pada dia. Ya! Aku rindukan Ummi, terlalu rindu pada dia. 

" Nuha ingat kenangan bersama Ummi lagi?" Aku menggangguk kembali. 

Seketika Along membawa aku dalam dekapan dia. Aku membalas pelukan Along dengan erat. Terasa usapan pada kepala aku yang di baluti tudung sebelum satu kucupan kasih itu mendarat di ubun-ubun aku.

" Along pun rindukan Ummi. Adik Along ni kan kuat, jangan nangis iya. Sekejap lagi kita bertolak 'jumpa' Ummi oke. " 






................






Tudung yang mulai senget aku betulkan dengan teliti. Aku pandang wajah aku di dada cermin. Cantik ke aku ni? Senyum terbias dibibir bila mengingat soalan yang aku ajukan tadi. Sengal juga aku ni, boleh aku tanya macam itu pada diri sendiri. Dah jelas, pasti jawaban dari hati aku. Aku tak cantik, juga tak jelek. Ahakz

" Dah cantik sangat dah anak Abah ni." 

Ternaik bahu aku dek terkejut mendengar suara Abah yang tiba-tiba muncul di tepi pintu bilik. Senyum aku beri. 

" Of course la Abah, baka siapa ni? Ummi dengan Abah juga! Haha.." 

Abah menggelengkan kepala mendengar telatahku yang agak manja dan nakal ini. Dengan siapa aku nak bermanja kalau bukan dengan Abah. Nak bermanja dengan 'si dia' , alamatnya tunggu berbulan lamanya baru boleh bermanja. Dia tu bukannya ada kat sisi aku selalu. Dua hari sekali nampak batang hidung pun belum tentu. Tuntutan kerja yang selalu dia cakap. Hermm.. Jadi terasa rindu la pulak.

" Tau takpe. " Abah turut tertawa walau sekejap cuma. " Ni dah siap ke belum ni? Kita dah nak bertolak dah ni, takut nanti petang hujan turun pula." Suara Abah sambil menutup tingkap dibilik aku. 

Aku calitkan sedikit lipstik dibibir biar tak nampak pucat sangat seperti yang Abah cakap. Akhir-akhir ini aku kelihatan pucat dan tidak bermaya.

" Dah. Jom la kita turun dulu abah." Aku menggamit Abah keluar dari bilik sebelum sambil membawa bungkusan hadiah yang siap aku bungkus pagi tadi.

Sampai di ruang tamu, Abang Nim a.k.a Along and the geng dan Abang Nib a.k.a Najib a.k.a Angah and the geng pun sudah siap menunggu di sana. 

" Dah pukul 12 lebih dah ni, nak gerak sekarang ke nanti?" Along bersuara. Aku menatap jam di pergelangan tangan aku. Dah lewat sangat ni. Batinku.

" Jom la gerak sekarang Bah. Nanti takut hujan turun pula. Dah beberapa hari ini hujan asyik turun bila petang tiba." Jelas Angah sambil bangun dari kerusi dan bersiap hendak keluar rumah.

" Jom la, tapi.. "

Suara Abah terhenti bila kedengaran ada suara kereta yang memasuki halaman rumah. Semua orang menoleh ke arah pintu utama. Menanti siapa gerangan yang datang ke rumah ini. Dah pasti la 'si dia'.

" Cuba Nuha tengok siapa! Mungkin baby-boo adik dah balik." Erkk.. Abah ni, buat aku malu aje bila semua dah pandang aku lain macam. Angah pulak dengan senyuman sengal dia tu. 

Belum sempat aku sampai di pintu utama, kedengaran suara seseorang memberi salam. 

" Assalamuallaikum." 

" Walaikumussalam." Jawab semua orang serentak kecuali aku. Lidah rasa kelu untuk bersuara. Aku hanya mampu menjawab salam dalam hati. Semerbak bau yang  selama ini aku rindukan singgah di hidung aku. Biarpun bau ini tak sewangi wangian rose, tak sewangi wangian Hugo Boss yang selalu disemburkan di tubuh Angah, biarpun tak sewangi wangian DnG yang menjadi igauan Along. Tapi inilah bau yang selalu aku rindu. Bau peluh 'si dia' yang wangi bak bunga melur. Ahakz, jiwang karat jugak aku ni ya.

Aku tersedar dari lamunan ketika ada kucupan hangat singgah di dahi aku. Aku tergamam. Aku mendongak. Aku perhatikan 'si dia' yang sedang tersenyum manis bak gula-gula kapas kegemaran aku itu.

"I miss You so much sayang. " aku bagai terpukau terus dengan bisikan kata ang dia lontarkan padaku. Membahang pipi ini aku rasakan. 

" Ehem.. Kalau nak berasmara dana. Sila tunggu malam karang ye Cik-Encik-pengantin-baru. " Terasa semakin membahang aku rasa pipi ini bila adegan itu dipertontonkan pada semua ahli keluargaku.

'Si dia' menggaru leher yang aku rasa memang tidak gatal itu. Malu la tu. dia menjeling aku sedikit. Sengih. Bahagia terasa bila dia ada disisiku saat ini. Saat ketika aku sedang merindu Ummi. Saat ketika aku sedang sedih dan gembira. Dia sahabat, dia lawan, dia suami, dia imamku, dia Rayyan ku.

" Yan pergilah mandi dulu. Kita semua tunggu Yan kat sini. " Selamat. Kata-kata Abah itu menyelamatkan aku dan si dia dari bahan gurauan Along dan Angah aku.

Aku bersyukur pada ALLAH kerana memberikan aku jodoh yang cukup sempurna kerana dapat memahami keadaan aku. 

Kerjaya sebagai juruterbang yang suami aku sandang membatasi aku untuk menatap wajah dia hari-hari. Tugas dia itu terkadang sampai dua tiga hari, bahkan lebih dari itu tak balik rumah. 





........






" Abah, Ummi mana Abah?" Tanyaku pada Abah yangs edang duduk membaca surat kabar dekat beranda rumah. Beg sandang aku letak atas meja. Penat ya amat. Tadi kat sekolah banyak sangat tugas yang cikgu bagi. Nak exam la katakan. Balik sekolah pula terus pergi ke library sekolah nak ulang kaji pelajaran dengan si Eda.

" Ummi ada kat bilik. Nuha pergi lah tengok Ummi tengah buat apa." Aku tatap wajah Abah.

" Abah dah makan?" Aku bertanya sayu. Perut aku lapar, tapi aku rindu masakan Ummi.

Abah melipat surat kabar lalu diletakkannya di atas meja. Abah pandang wajah aku. Senyum. Abah menggamit aku supaya duduk berdekatan dengannya.

" Nuha rindukan masakan Ummi ye sayang?" Angguk. Abah menarik aku ke dalam pelukan dia. Ingin rasanya aku hamburkan tangis ini, tapi biarlah tangis itu aku saja yang rasa. Kerana aku tahu Abah lebih sedih berbanding kesedihan yang aku rasa ini.

" Nuha makan lah dulu. Tadi mak Ina dah masak. " Ayah memandang langit. Aku tahu ayah tengah mencuba menahan airmata yang hendak gugur itu. 

Sejak Ummi di sahkan sakit oleh doktor beberapa bulan sudah, Abah terpaksa mengambil orang gaji untuk menolong mengemas rumah dan menjaga makan pakai kami sekeluarga. 

" Ya ALLAH puan, jangan la macam ini." 

Aku dan Abah terdiam. Sayup-sayup terdengar suara Mak Ina bersuara.

" Abah, jom tengok Ummi. Pasti Ummi buat 'benda' tu lagi. Kasian dekat mak Ina. Pasti penat jaga Ummi." Aku bangkit sambil menggamit Abah memasuki rumah.

Sampai dibilik Ummi, aku mendapati mak Ina sedang berada di dalam bilik air sambil membawa sebuah mop lantai.

Badan aku dekati ke arah Ummi yang sedang berdiri kaku dihujung katil. Aku belai tangan Ummi yang sedang memintal-mintal hujung baju itu. Setitik airmata menitis dari kelopak mata. 'Ummi.'

" Ummi kenapa mak Ina? Dia buat 'benda' itu lagi ke?" Ummi menggeleng laju-laju demi mendengar persoalan yang akuajukan pada mak Ina.

" Ya Nuha, puan kencing lagi. Tapi bila mak Ina nak bawa pergi toilet dia tak nak. Puan tak nak pakai pampers juga. " jelas mak Ina padaku. Aku pandang Abah. Wajah sedih Abah sudah tertayang di raut muka. 

" Ummi kencing kat seluar ek?" Ummi mengangguk. Persis bagaikan anak kecil. " Nuha pakaikan pampers untuk Ummi iya? Leas tu Ummi makan lalu tidur oke." Ummi mengangguk lagi. Setitik airmata kembali menitik dari kelopak mata. Sungguh! Aku rindukan Ummi aku yang sebenar. Ummi aku yang penyayang.

Sejak di diagnosa dengan penyakit Al Zeimer beberapa bulan lalu. Tahap memori Ummi sedikit demi sedikit hilang. keadaan umi semakin teruk since dua bulan kebelakangan ini. Dia tak ingat siapa aku. Dia tak ingat siapa Abah. Bahkan terkadang dia tak ingat siapa dirinya sendiri. Tingkah dia bagaikan seorang bayi. Kencing merata tempat, buang air besar pun seperti budak umur dua tahun. 

Aku tak kisah merawat Ummi sepanjang hari walaupun Ummi dah tak kenal siapa aku. Mak Ina hanya merawat Ibu ketika aku pergi sekolah saja, dan selepas itu aku yang akan merawat dan menemani tidur Ummi. 

Selepas selesai memakaikan pampers dan menyalin baju Ummi, aku bawa dia ke balkoni bilik untuk menghirup udara petang ini. Aku duduk mencangkung di depan Ummi untuk memotong kuku Mmi yang dah agak panjang itu. 

" Kakak... Tadi kan. Saya nampak ada bidadari dekat bilik. Dia cantik sangat. Pakai baju putih. Esok saya nak pakai baju macam itu boleh tak kakak?" Ringan mulut Ummi berceloteh ini itu padaku. Aku gariskan secebis senyum untuknya.

Kakak? Ya! Itu panggilan yang selalu Ummi guna padaku selepas sakit yang diderita semakin mudarat dan teruk macam ini. Sedih? Siapa cakap aku tak sedih dengan keadaan yang Ummi alami sekarang. Hendak di kira berapa banyak airmata kami sekeluarga tumpah bila melihat Ummi seperti ini, rasanya tak terkira berapa banyak mutiara jernih ini jatuh. 

Abah? Abah nampak tabah bila berhadapan dengan kami anak beranak. Tapi aku tahu, setiap malam Abah akan menangis tersedu selepas membaca doa untuk Ummi di akhir solatnya. Terkadang aku pun nampak Abah tertidur sambil memeluk bingkai gambar pernikahan mereka. 

" Kakak, esok nak pergi jalan-jalan lagi boleh?" Aku mengangguk cuma. Ya! Doktor selalu cakap. Walau memori Ummi dah tak dapat pulih ke sedia kala, tapi selalu biasakan bawa Ummi untuk berjalan-jalan atau hanya sekedar menikmati angin pagi dan petang. 

' Ummi.. Nuha rindukan Ummi. Nuha rindukan pelukan Ummi.' 

" Sayang. Bangun sayang.. Sayang ada nak beli apa-apa tak? " aku buka mata perlahan. Aku toleh ke sisi. Abang Yan. Aku menggeleng.

'Ya ALLaH. Ternyata kenangan lalu itu hanya aku rasai dalam mimpi saja.' Perlahan aku kesat sisa airmata di pipi. 

" Sayang mimpikan Ummi lagi?" Angguk.

" Dont worry okey. Sekejap lagi kita 'lawat' Ummi." Dia mengucup dahi aku sebelum berlalu keluar dari kereta.






..........





Aku tersentak bila tiba-tiba ada tangan lembut yang memegang kedua belah tapak tanganku ini. Aku mendongak. Ummi berdiri di samping aku dan Abah sambil mencuba menarik tangan kami. 

Aku dan Abah saling berpandangan sama sendiri sebelum menatap wajah polos Ummi. Senyuman Ummi bagaikan senyuman budak-budak yang tak berdosa itu.

" Kenapa Ummi?" Aku bertanya bila terasa pelik dengan tingkah Ummi. Tanpa suara, tiba-tiba dia menggamit tangan aku dan Abah untuk mengikuti dia.

" Saya nak tidur, tapi macam takut. Saya nak tidur dengan kakak dan Uncle boleh?" Uncle? Itu panggilan baru untuk Abah dari Ummi selama beberapa bulan ini. 

Kepala aku jatuhkan beberapa kali sebagai jawaban iya untuk soalan yang Ummi ajukan tadi. Aku pimpin perlahan tangan Ummi menuju ke bilik tidur. Abah hanya mengikut dari arah belakang kami dengan riak tenang dan bersahaja.

Aku baringkan tubuh Ummi diatas katil. Abah pula berbaring disebelah kiri Ummi sambil tangan kanan dia di peluk mejab oleh Ummi. Tangan yang sedari tadi tak lepas dari dipegang Ummi aku leraikan. Mencerlung mata Ummi dengan perbuatanku itu. Kenapa?

" Kakak nak pergi mana? Saya nak tidur dengan kakak juga." Ada nada kecil hati pada soalan itu. Senyum aku beri.

" Saya nak matikan lampu saja Ummi. Saya janji temankan Ummi tidur iya." Ummi mengangguk.

Setelah lampu aku padamkan, aku berbaring di sisi Ummi yang masih terkebil memandang aku. Aku lingkarkan tangan memeluk tubuh Ummi. 

" I love you Uncle." Ucap Ummi di iringi sebuah kucupan pada tapak tangan dan pada dahi Abah. Abah tergamam sebelum sebuah senyuman tersungging di bibir. 

" I love you more sayang." Abah membalas lirih tapi masih dapat ditangkap oleh pendengaranku ini.

Ummi beralih menatap aku disisi kanan. 

" I love you too kakak. Sayang sangat!" Ucapan yang sama diberikan padaku juga sebelum kucupan-kucupan kasih singgah di dahi dan dipipi kanan kiri aku. 

" Nuha pun sayangkan Ummi sangat-sangat. Terima kasih kerana lahirkan Nuha, mengajar Nuha tentang erti kehidupan, mengajar Nuha tentang banyak hal. Kasih Ummi dengan Abah tiada ganti. " sayu! Terasa berat tubir mata ini ketika mengungkap kata-kata itu. Sebuah kucupan aku beri pada wajah Ummi.

Dan malam itu, adalah malam terakhir kenangan kami bersama Ummi bila keesokan pagi kami tersedar yang ternyata Ummi telah kembali kepada-NYA. 

Selamat jalan Ummi. Kenangan bersamamu takkan pernah aku lupakan. You are the best woman in my life. Ummi adalah ibu. Ummi adalah kawan. Ummi adalah lawan. Ummi adalah cikgu. Ummi adalah segalanya bagiku. 


Hembusan angin yang menerpa wajahku menjadi semakin besar. Bau wangian Acqua Di Gio-Giordano Amani yang sangat aku kenali seperti  menari-nari di hadapan hidungku. ' angin? Parfume? Macam kenal aje bau itu.'

Aku buka mata perlahan. Pemandangan pertama yang aku nampak adalah dia. Dia senyum. Manis. Senyuman pemikat hati. 

" Sayang abang ni macam penat terlebih aje. Abang yang drive ke dia yang drive ni? Kesian abang drive sensorang tak ada kawan berbual." Muncung itik sudah tertera diwajah dia. Aku betulkan duduk sebelum mencapai tangan dia. Memujuk time lah katakan.

" Alolo kesiannya baby-boo sayang ni kan. Sorry ek, ni semua kan 'sakit' yang abang buat jugak. Lately ni rasa penat aje. Rasa nak tidur aje hari-hari." Eh? Ni memujuk ke bukan ni. Tengok gaya macam bukan memujuk. Tapi lebih kepada meluah rasa aje. 

Dia masih diam. Aku garu kepala. Cari idea please

Cup!


Satu kucupan aku beri pada dia. Dia tergamam. Dia menoleh kepadaku. Senyum aku beri. 

" Abang ni mengada betul. Jangan merajuk oke. Nanti baby dalam perut ni pun kuat merajuk macam papa dia. "

" Alaa... Papa baby nak bermanja aje dengan mama baby. Tiga hari tak jumpa rasa macam tiga tahun. Rinduuu... Baby-moo abang yang satu ini." Ungkap dia seraya mencuit hidung aku. 

" Alahai.." Dia tepuk dahi. Apa pasal pulak tu. Aku jungkit kening pada dia tanda kenapa.

" Abang kejut sayang pasal nak cakap yang kita dah sampai. Ni jadi lain pulak. Jom cepat turun, nanti Along, Angah and the geng bebel pula. Hehe"

Kami keluar dari kereta lalu melangkah kearah Abah dan semua yang dah menunggu kami di depan sana.

" Lambat! Ni pasti kes berasmaradana dulu kan?" Dush! Tepat sungguh tembakan Angah pada kami. Hanya sengih bak kerang setengah busuk saja yang kami balas untuk pernyataan Angah itu.

" Sengih. Betul la tu tembakan kau Ngah."

" Dah.. Dah, jom kita gerak. " Abah penyelamat aku. Aku menggamit tangan Abah menuju ke pusara Ummi. 

" Yang peluk lengan Abah ni kenapa? Tak nak peluk lengan baby-boo Nuha ke?" Abah berbisik di tepi telinga aku. Alahai Abah. Orang nak bermanja dengan dia. Dia suruh aku bermanja dengan my-baby-boo pula. Itu malam karang la Bah. Upss!

Senyum. Hanya itu yang aku tunjuk pada Abah.

" Orang nak bermanja dengan Abah la." Aku pun berbisik lirih. Abah senyum seraya mengusap kepala aku.

Sesampainya di pusara Ummi. Kami membaca surah yasin untuk di sedekahkan kepada Ummi di atas sana. Berdoa untuk kebahagiaan Ummi disana.


"Sesungguhnya segala sesuatu memiliki hati (qalb), dan hati Al-Qur'an adalah (surah) Yaasin." -( HR.Tirmidzi)


"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud

Tangan aku tadahkan. Aku ingin berdoa kepada ALLAH untuk Ummi aku. 

' Ya ALLAH, Ya Tuhanku. Ampunilah aku, kedua orang tuaku,suamiku, semua orang yang masuk kedalam rumahku dengan beriman, dan semua orang yang beriman baik laki-laki mahupun perempuan.' Aku meraup tapak tangan ke raut muka.


Badan aku dekatkan sedikit kearah batu nisan Ummi. Nama yang melekat di batu nisan itu akan sentiasa melekat di lubuk hati aku. 


' Ummi.. Nuha rindukan Ummi. Kami semua pun rindukan Ummi. Tapi ternyata ALLAH lebih rindu dan sayangkan Ummi sehingga DIA menjemput Ummi lebih cepat. Ummi, esok dah masuk bulan Ramadan. Itu bermakna, tahun ini adalah Ramadan ke tujuh tanpa Ummi disisi kami sekeluarga. Nuha rindukan bebelan Ummi saat kejutkan Nuha untuk bangun sahur, Nuha rindukan semua tentang Ummi. Ummi, Nuha berterima kasih kerana Ummi banyak mengajar Nuha tentang kehidupan, kesabaran, dan kasih sayang. Terima kasih kerana kandungkan Nuha dalam perut Ummi, terima kasih untuk perjuangan Ummi saat lahirkan Nuha dulu. Terima kasih untuk semua yang Ummi bagi pada Nuha.' Aku usap perut yang masih belum nampak bentuk ini.  ' Ummi, Nuha dah mengandung. Sekarang dah masuk empat bulan. Doakan Nuha dapat mendidik anak ini sebaik Ummi didik Nuha dan abang-abang dulu. Itu permintaan Ummi dulu kan. Nuha masih ingat lagi, masa tu Nuha masih dalam form 1 lagi. Terasa lucu bila masa tu Ummi cakap pasal anak-anak Nuha kelak. Ya la! Masa tu kan Nuha kecik lagi. Tapi Ummi dah pesan agar Nuha mendidik anak-anak Nuha kelak dengan didikan yang penuh dengan agama. In Shaa ALLAH, Nuha akan ingat pesanan Ummi itu sampai bila-bila. Ummi, Nuha balik dulu iya. Jika ALLAH masih memberi Nuha waktu, In Shaa ALLAH raya nanti Nuha akan jenguk pusara Ummi kembali. Nuha sayang Ummi sangat-sangat-sangat. You know what Ummi? You are the best woman in my life."

Tetesan airmata yang membasahi pipi aku kesat dengan hujung tudung. Pelik kan? Aku bercakap dengan batu nisan. Tapi biarlah, aku hanya ingin meluah rasa rindu ini untuk dia. Terasa ada usapan di bahu aku. Aku mendongak. Abah. Tangan tua itu mengusap airmata ini. Aku peluk dia. Kejap. abah pun membalas pelukan ini.

" Abah. Nuha rindukan Ummi."

" Kami semua pun rindukan Ummi." Suara Along dan Angah menyapa pendengaran. Dan seketika, tubuh aku rasa dipeluk oleh kedua orang itu juga. Suami aku? Tangisan itu turut menitis di pipi dia. Dia senyum. Terima kasih my-baby-boo, sudi menjadi sebahgian dari hidupku ini.









------ TAMAT ------






Sedikit Nota :  sayangilah Ibu Bapa anda selagi mereka masih ada disisi kita. 


  • Rasulullah SAW  bersabda “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :
  • 1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
  • 2. Ilmu yang di menfaatkan dan
  • 3. Anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kedua ibu bapanya.”











 Sudi baca, sudi singgah, sudi-sudi lah tinggal jejak awak-awak semua ye.. Hehe.
Sorry bila cerita ini mengarut, merapu, meraban ... Kiss , luv , hug U..