MR.CUPCAKE 2





"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"

Dengan sekali lafas, kini status diriku sudah bertukar menjadi Puan Khairil Nazmie. Oh malangnya diriku bersuamikan Pak Cik kerek itu!

Semua ini dia punya pasal! Eiii...
Kalau lah malam itu dia tidak datang di acara makan malam yang ibu aku rayakan itu, pasti sekarang aku masih bernafas dengan lega tanpa gelaran 'PUAN' yang aku sandang kini. Dia menapak ke arahku, Acara pembatalan air sembahyang akan di lakukan sekejap sahaja lagi. Sikit pun aku tak pandang wajah dia walau ibu disebelah sudah berbisik menyuruh aku senyum dan hadap kehandsoman dia yang kini sudah ada di hadapanku.Dia menghulurkan tangan kanannya untuk aku salam. Nak salam ke tak ni? Kalau salam, Pasti kepala dia tu bertambah besar. Tapi kalau tak salam? Eii...seram woo, ibu sudah menjeling aku macam 'singa lapar'. Tau tau aje ibu ni kalau aku berniat tak hendak salam tangan pakcik kerek ni, lalu aku salam tangan dia yang sejak tadi tak bersambut dan aku labuhkan bibir ini ke belakang tapak tangan dia. Saat aku tunduk mencium tangan dia, aku sempat mendengar bisikan suara dia di telingaku."Awak nampak sangat cantik dengan baju ini, tapi sayang... Muka masam macam cuka basi! Dan rasanya sekarang muka cantik itu dah terbang jauh dah.hihi..!" Bulat mataku demi mendengar bisikan dia tadi. Boleh tak, kalau aku ketuk-ketuk kepala dia yang senget ini dengan kipas yang Puan Sri Mariam pegang itu??.

Aku dongakkan kepala selepas aku rasa cukup lama aku mencium tangan dia. Dan Pak Cik itu mencium keningku dengan lembut. Terkejut! Itu yang aku rasa tika ini, dan reflek tanganku terbang ke pipi dia. Opss!!

Para tetamu di jemput untuk acara makan-makan yang tak berapa mewah ini. Jangan harap aku hendak buat kenduri gilang gemilang bila Pak Cik itu yang jadi pasanganku. Rasa Bengang masih bersarang di hatiku walau tak seteruk beberapa hari sudah. Aku tatap bingkai kayu yang di dalamnya tersusun cantik hantaran mas kahwin yang dia beri padaku. Dua ribu dua belas ringgit Malaysia (RM 2012), Unik. Pandai pulak dia bagi hantaran mas kahwin dengan tarik tahun ini. Terimbas kembali dalam fikiran, macamana aku boleh berkahwin dengan Pak Cik itu.

Jom imbas balik...

Malam itu ibu menjemput Puan Sri Mariam sekeluarga untuk jamuan makan malam di rumahku.Mulanya memang aku tak syak apa-apa bila ibu menjemput mereka datang ke acara malam ini, yaitu hari lahir aku yang ke 22 tahun. Selalunya tak pernah ibu meraikan hari lahir aku dengan menjemput tetamu ramai. Tahun-tahun yang sudah selalunya ibu hanya membuat doa selamat dengan sedikit jamuan makan kami sekeluarga yaitu aku,ibu, along and the 'geng', juga angah dengan isteri dia.

Tahun ini macam sedikit kurang bagiku walau sebenarnya ramai dengan tetamu ibu. Kurang dan teramat kurang tanpa kehadiran angah menyambut hari lahirku." Selamat hari lahir adik angah yang paling cute.Present untuk Mak Cik latah esok angah pos kan ye. Sorry, angah dengan kak ngah tak dapat datang. Angah ada outstation di Singapura. Apapun, the best wishes untuk Mak Cik latah yang paling cute dalam hati angah.Ingat! Cute aje tau. Pangkat paling cantik itu sudah jatuh ke tangan kak ngah, haha..!" Haaa... Tu dia alasan angah padaku. Aku boleh aje terima alasan angah itu. Takkan aku nak halang angah dari pergi outstation demi acara makan malam yang tak seberapa penting ini kan? Huhu.. Tapi sedih jugak. Sedih pasal angah panggil aku MAK CIK LATAH! Dan jatuhkan carta 'paling cantik' itu dekat kak ngah... Huwaaa. Angah ni memang! Memang nak kena hukum belikan aku baju tiap-tiap bulan!! Hohoho.

Selepas mengemas meja makan yang kami gunakan tadi aku duduk di sofa ruang menonton televisyen, ibu dengan family Puan Sri Mariam duduk bersembang di ruang tamu. Sekilas aku memandang ke arah Encik Khairil Nazmie aka Pak Cik kerek aka si HANTU CUPCAKE. Saat mataku melihat ke arah dia, dia pun tengah menoleh ke arah aku dan cepat-cepat aku larikan pandangan ke arah Wawa yang sedang berjalan keluar rumah. Aku menjengah sekejap ke laman rumah, kak Long and the 'geng'. Aizul dengan Azura juga si Fussy Wawa yang sedang bermain bunga api di laman rumah. Selalunya aku join sama main bunga api dengan mereka, tapi malam ini rasa malas pulak hendak join dan membuli dua 'toyol' Along itu.hehe...

Kaki aku silangkan naik ke atas sofa yang sedang aku duduki. Bantal kecil aku capai dan aku peluk dengan kemas. Remote control aku capai dan nyalakan televisyen, hilangkan kebosanan yang tiba-tiba melanda diri.

Jam di dinding aku pandang. 10.15 pm, tapi keluarga Puan Sri Mariam nampak masih rancak bersembang dengan ibu dan Along. Tak rasa hendak pulang ke? Dah malam ni. Hish...
'Menghalau nampak Cik Arissa?'

Sedang aku ralit tengok drama dalam televisyen, tiba-tiba Wawa datang dan duduk di sampingku.Aku pandang dia yang nampak cute dengan dress barbie doll warna pink dan rambut di tocang dua. Dia pandang aku sambil senyum-senyum. Apa pasal Miss Fussy kecik ni macam lain je senyum dia! Jangan-jangan nak buli aku kut? Batinku dalam hati.

Dia menarik tanganku yang memeluk bantal lalu dia memasukan sebuah cincin platinum yang bertahtakan satu permata di atasnya. Cantik! Komenku. Tapi kenapa tiba-tiba dia pakaikan ke jari aku? Ini cincin siapa? Darimana budak ini dapat cincin cantik macam ini? Muat pulak di jari aku yang agak montel, hehe... Ke cincin Puan Sri Mariam dia ambil! Tak boleh jadi ini, aku mesti tanggalkan cincin ini dari jariku sekarang juga, nanti dia orang fikir aku pencuri pulak! Aku pusing-pusingkan cincin itu agar dapat lepas dari melingkari jariku yang montel tapi cantik ini. Tapi kenapa susah sangat hendak lepas. Macam kecil. Padahal tadi pas-pas saja saat masuk dan sekarang tak boleh lepas! Ibu... Macam mana ini!!! Aku dah macam nak menangis bila cincin ini tak mahu lepas juga dari jariku.

"Kenapa ni Icah?" Tanya ibu padaku.

" Cincin ini tak mahu lepas dari jari Icah!" Jawabku sendu. Aci tak, kalau aku nak nangis sekarang ini??

"Kenapa pulak nak tanggalkan cincin ini dari jari Icah. Jari Icah nampak lawa pakai cincin ini." Luahan hati ibu itu membuat hatiku tiba-tiba di landa resah.Macam ada makna yang tersirat dalam bicara ibu sekejap tadi. Aku pandang wajah ibu, dia senyum kepadaku. 'Lain macam je senyuman ibu ni?'

" Ibu, macam mana nak tanggalkan cincin ini? Susah sangat."

" Kalau susah, tak payah tanggalkan Arissa." Suara Puan Sri Mariam. Aku kalih wajah ke sisi kanan. Rupanya Puan Sri Mariam sudah duduk di sofa sebelah kananku." Tapi ini bukan cincin Icah Aunty. Wawa yang tetiba sarungkan ke jari Icah." sekarang memang airmata dah betul-betul keluar dari bendungan mataku.

" Ini cincin siapa sayang?" Tanya Puan Sri Mariam kepada Wawa. Wawa tengok muka aku dan senyum. Kenapa lah malam ini semua orang asyik senyum je. Hari senyum satu Malaysia ke?.

" Cincin Daddy." whatt?? Cincin Pak Cik itu? Bala..bala..

Daddy cakap. Cincin itu Daddy beli untuk Mummy baru Wawa. Tadi Daddy letak cincin itu di atas meja lalu Wawa ambil je cincin itu dan Wawa masukkan ke jari Kakak Mummy. Kan kakak Mummy ni Mummy baru Wawa." Sepantas kilat aku langsung memandang muka Wawa. Takkan budak kecik ni nak buli aku pulak!."Haa tengok! Muat sangat kat jari Mummy kan Nenek kan?" Wawa menyambung bicara dia. Ya Allah... Sekarang aku memang betul-betul nak nangis guling-guling.

Aku pandang wajah ibu. Senyum dan mengangguk. Lalu aku pandang ke wajah Puan Sri Mariam juga. Senyun dan mengangguk juga. Apa maksut semua ini?? Sesiapa yang baca. Boleh tolong jelaskan padaku!!.

Ibu labuhkan duduk di sisi kananku." Keluarga Aunty Yam datang sini bukan saja-saja makan malam raikan hari lahir Icah, tapi mereka datang nak merisik sekaligus bagi cincin dekat anak Ibu yang comel ini. Itu cincin tanda, tanda bahwa sekarang Icah dah jadi tunang abang Nazmie. Bahagianya ibu sekarang. Permintaan arwah ayah dulu sedikit sebanyak sudah ibu tunaikan." Ibu memeluk aku. Aku? Blurr and confuse. Bahagia? Gila la kalau aku cakap aku bahagia jadi tunang Pak Cik kerek itu. Ibu meleraikan pelukan, dan tiba-tiba Puan Sri Mariam memeluku. Kejap sungguh pelukan dia. " Mama bahagia sangat bila dengar hasrat Nazmie hendak berumah tangga kembali.Dan mama semakin gembira bila dapat tahu Nazmie minta Mama pinangkan Arissa untuk dia, untuk jadi mummy Wawa. Mama bersyukur kepada Allah,turunkan Arisa untuk buka kembali pintu hati Nazmie yang lama tertutup setelah ketiadaan arwah Wahida."Puan Sri Mariam meluah rasa. Aku bagai kaku mendengar luahan hati Ibu dan Puan Sri Mariam sekejap tadi.'Aku tidak silap dengar ke? Pak Cik kerek yang asyik perang mulut denganku itu meminta mama dia pinang aku! Musuh dia! Memang aku kena siasat apa muslihat dia yang sebenarnya!'

Ingin sekali aku cakap dekat mereka bahwa aku TAK NAK KAHWIN dengan Pak Cik kerek itu, tapi kenapa lidahku seakan kelu. Suaraku seakan mati tak dapat bersuara. Dan hatiku seakan berkata, Sanggupkah aku hancurkan harapan ibu dan Puan Sri Mariam yang inginkan aku menjadi pendamping anak dia, Khairil Nazmie Khairul Hussin sebagai suri hidupnya.

------------------





Dup dap dup dap...

Aku pegang dada. Rasa macam nak lepas sahaja jantung aku ini. Nak lompat keluar dari tangkai, lepas itu golek-golek atas lantai bilik aku ini. Oh aduyai... Apa yang aku merepek ni! Nervous,takut,gelisah,gundah gulana.Semua yang seangkatan dengannya tengah bersarang dalam diriku.Sudah tentu otak aku ini agak mereng sikit sampai merepek ape-ape entah. Aku betulkan dudukku. Duduk bersila,macam tak selesa. Duduk berlunjur,macam tak kena pulak. Rebah?Oh tidak!! Gaya ter'dahsyat' yang boleh dia anggap menggoda iman.Macam gaya sudah siap kena 'baham' dengan Rimau.Pening..pening.. Baik aku pergi bilik Wawa,main dengan Wawa. Lepas tu boleh aku tidurkan dia sekali. Bak kata pepatah.Sambil menyelam minum air. Eeh, tak kembung ke?

Aku membuang pandang kesegenap bilik. Rapi. Nampak garang dengan padu padan warna Black and Red pada tembok.Lalu Black and Red juga pada kebanyakan barangan dalam bilik ini. Sikit je warna lain dalam bilik yang cukup besar ini. Bagiku memang besar la bila dibandingkan dengan bilikku di rumah Ibu. Separuh je kot! Aku kalih pandangan ke arah pintu.Semoga dia lama lagi.Dan sebelum Pak Cik itu masuk bilik, baik aku cepat-cepat keluar dari bilik ini. Good idea Icah!!

Aku mengengsot ketepi hendak turun dari katil yang lumayan tinggi dan besar ini. Aku turunkan kaki. Eerkk!! Kaki aku tak cecah lantai! Rasa macam pendek tersangat sahaja aku ketika ini. Ke, aku memang pendek! Tehee...

Krekk!!

Belum sempat kaki mencecah lantai, aku terdengar suara pintu dibuka dari arah luar. Dan aku yakin dan teramat pasti siapa yang masuk dalam bilik ini. Aku pandang pintu yang sedikit terbuka lalu beberapa saat kemudian aku nampak susuk tubuh dia masuk ke dalam bilik.

Dup dap..dup dap..

Degup jantungku semakin kuat menggila aku rasakan. Apa aku nak buat sekarang ini? Ya Allah.. Siapkah aku? Dia suamiku. Dia imamku. Walau hubungam ini tak pernah aku kehendaki dan tak ada rasa kasih untuk dia saat ini.Tapi jika dia meminta, adakah aku akan memberi? Aku teringat kata-kata nasihat Ibu petang tadi sebelum Ibu pulang.

"Berdosa besar bagi seorang isteri yang tidak melayan kehendak suaminya. Seandainya suami menginginkan agar pada malam tersebut isterinya melayannya sedangkan si isterinya menolak permintaan suami itu, maka semalaman para malaikat akan mengutuk atas perbuatan isteri tersebut jika sang suami tidak memaafkan isterinya. Ibu taknak anak ibu jadi macam itu. Ibu tahu tiada rasa sayang dihati Icah untuk dia. Tapi, Icah harus patuh atas kehendak dia selagi kehendak dia tidak menyimpang dari sisi agama. Icah pasti akan jadi isteri dan ibu yang baik untuk mereka." Itu hanya sebahagian sahaja dari taklimat ibu.Entah berapa panjang taklimat yang ibu sampaikan padaku.Tapi, yang masuk otak aku sekedar itu sahaja. Tehee.. Teruknya aku kan?

"Arissa!!"

Panggilan dari dia menerbangkan semua nasihat Ibu yang sedang aku ingat. Seketika aku menoleh ke arah empunya suara. Terasa begitu dekat sangat suara itu memanggilku.Dari arah kanan telingaku. Lalu aku kalih wajahku ke kanan. Alahai... Dekat bebenor Pak Cik ni dari kedudukanku sekarang. Degup jantungku semakin tak seirama.Aku sedikit mengengsot menjauh dari dia. Tapi dia semakin mendekat.Dia senyum.Manis macam madu. MENAKUTKAN!!

Senyum herot dia itu semakin membuat aku kecut perut. Hati rasa tak menentu. Nak pitam sekejap boleh??? Eh, mana boleh! Nanti senang-senang je dia buat 'projek' dekat diriku.

"Eeh, ab..ab..abbang tak mandi lagi kan? Busuk la!" Aku membuat alasan. Alasan agar dia sedikit menjauhkan tubuh sasa dia dari semakin dekat denganku.
"Abang dah mandi la sayang. Kan tadi Arissa yang siapkan pakaian ganti abang." Jawab abang Nazmie sambil senyum yang tetap kukuh terukir di bibir sexy dia. Eh, sexy?? Seram nye mokk!

"Eh, ye ke? Terlupa pulak! Ermm... Abang tak sholat lagi la!" Aku membuat alasan lagi.Semakin keras degup jantungku berdetak pabila dia mulai menapak semakin dekat kepadaku.

"Abang dah sholat,abang dah mandi,abang dah makan,abang dah tidurkan Wawa.Dan abang..." Dia berhenti berkata.Dia menjeling dan tersenyum padaku.Seram betul senyum dia ni.'Waspada Icah! Kucing sedang mengintai ikan tu.'

"Dan abang dah..dah apa?" Polos je jawabanku. Hati tertanya, apa yang sebenarnya dia hendak cakapkan nie? Dia semakin mendekat. Senyum!Tak penat ke Pak Cik sorang ni asyik senyum je.Merinding bulu hidung aku dibuatnya."Abang dah siap nak 'baham' Arissa!!" Huaaa...

Dusshhh!!

Mendengar kata-kata abang Nazmie seketika tadi. Reflek kakiku langsung terbang bebas menendang 'benda pusaka' dia.Oh my!!

Gedebukk!!!

"Oh Pak Cik engkau jatuh tergolek atas lantai benjol anak makk... la la la la.. Dush..dush..och.." Secepat mungkin aku tekup mulut aku dengan belakang tapak tangan ku. Ya Tuhan... Aku melatah lagi! Dia terjatuh. Tergolek diatas lantai sambil mengerang kesakitan.

'Abang, Sorry. Icah comel tak sengaja'

Bersambung



TQ sesangat sangat sangat... Sudi baca en3 yg tak seberapa nak mantobb ini. ㄴㅇ ν ㅌ η' Η υ G ㅌ U . WC


--

MR.CUPCAKE 1



"Oh mak kau jatuh tergolek tepi pokok pisang..oh la la la bum..bum..! Ya Allah..Astagfirullah"
Aku pegang dada yang terasa macam nak luruh jantung aku.

"Eerrkk...Cik adik ok tak? Sorry.. I tak sengaja, tadi nak cepat sampai terlanggar adik." Orang yang langgar aku itu bersuara.Tapi sikit pun aku tak tengok. Malu la katakan.

Ya Allah...malunya aku.Boleh pulak aku melatah sampai bum bum semua terkeluar.macam nak meraung kat sini sekarang juga. Ibu!!! sobs..sobs...

Aku tengok barang-barang aku yang dah landing atas lantai.Sampai baju-baju aku semua terburai atas lantai,dahsyat juga rempuhan orang yang langgar aku ini kan! Hiishh... Sampai ter'melatah' aku dibuatnya.

Aku tundukkan badan sedikit mencangkung,lalu aku masukkan semua barang yang terkeluar dari dalam paper bag.setelah semua berhasil masuk kedalamnya lalu aku menoleh ke arah makhluk TAK budiman itu.So pasti lah tak budiman! Ada ke patut, dia langgar aku hingga terburai semua barang-barang belanjaan aku. Tapi sikitpun dia tak tolong. Huuhh!!

Aku menoleh ke arah orang itu. Errrkk!! Macam kenal saja aku dengan orang ini,tapi dekat mana ya? Ah..pikir mende tu nanti-nanti je. Sekarang tengah bengang macam hendak makan orang. Ggrrr!!

Lelaki itu menatap ke arahku lalu tersenyum.Tangan menggaru kepala. Dah gaya orang bersalah la tu.Spoil!

"Hehe... So sory miss, I tak sengaja.Nak cepat punya fasal, lari sampai terlanggar cik adik yang melatah ini... Opss!" dia tutup mulut, terlajak kata ke nak ajak gaduh ni!

Eiii... Perli ke?macam nak ketuk-ketuk je mulut dia itu.Dah la tak tolong aku kemas barang yang bersepah ini, boleh pulak dia perli aku.Tapi kan..kan.. Malu juga bila dia sebut pasal 'melatah' tu beb. Itu memang kelemahan aku.Pantang dikejut,dijerkah dan yang seangkatan dengannya.Bila siapa saja lakukan itu padaku,memang sah-sah aku akan melatah detik itu juga.Dan yang teruknya,semua family dan rakan aku malah selalu buli kelemahanku yang satu ini.sob..sob... Bukan nak tolong aku,bagaimana cara hentikan aku dari kemelatahanku ini.Oh malangnya Diriku! *buat muka sedih ok.haha*

"apa sorry sorry... Soryy naik lori la!"hambek ko.Marah aku dah nak tahap dewa ni.Tanpa pedulikan lelaki yang masih mencuba menahan senyum dan masih berdiri di depanku itu, aku hayun langkah menjauh dari dia.Dengan tangan yang penuh dengan paper bag yang berisi hasil window shopingku hujung bulan ini aku terus berjalan menuju kearah pintu keluar mall alamanda ini.Balik rumah.Mandi.Tidur.Oh my tilam...sedap sungguh bila aku dapat landing di atasmu.hehe...




"Siapa la pagi-pagi begini dah bising. Aku nak sambung tidur pun susah" Aku paksa juga badan yang rasa malas hendak bangun ini untuk tetap bangun.Kalau tak bangun juga! Siap-siap je dengar syarahan ibu sepanjang hari sampai meleleh tahi telinga.

Aku tenyeh-tenyeh mata yang masih separuh tertutup.Aku pandang jam pada sisi katil,baru pukul 7 pagi tapi aku rasa rumah aku sudah bagai dekat pasar ramainya.Aku pasang telinga.Tajamkan pendengaran."Kenapa aku macam dengar suara budak-budak tengah bermain ya?ke.. Along dengan kak long datang rumah? Yeeaa, sukanya aku, boleh buli Azura dengan Aizul sampai nangis ni,hehe.. " Umur sahaja tua,tapi sifat aku ini mengalahkan budak-budak. Almaklum, aku ini anak bongsu yang sangatlah disayang. Iya! Disayang lah sangat kan cik Arissa oii !!

Aku turun dari katil.Kemas sikit apa yang patut lalu aku ambil tuala di penyidai ditepi pintu bilik air. Aku tolak pintu bilik air perlahan.Sejuknya pagi ni, macam tak nak mandi je. hehe


Sebelum keluar dari bilik aku belek penampilanku dalam dada cermin.T-shirt warna unggu muda dipadankan traksuit sampai lutut.Simple! Macam budak belasan tahun sahaja aku tengok penampilanku.hehe. Kan Tak nak pergi mana-mana,duduk rumah goyang kaki je, buat apa nak pakai yang mewah-mewah bagai.
Goyang kaki?perghh... Best kan kalau dengan goyang kaki sahaja aku boleh dapat gaji.hehe..mimpi je la jawabnya.

Sampai di tingkat bawah aku atur langkah menuju ke meja makan.Disitu suara riuh yang aku dengar dari atas tadi.Tadi macam pasar,sekarang sunyi pulak! Takkan suara hantu kut yang tadi aku dengar! Merinding bulu tengkuk.Pagi-pagi macam ini hantu masih berkeliaran ke?

Aku semakin mendekat ke meja makan.Kosong. Hanya ada pinggan mangkuk dan semangkuk besar mie siam goreng.Mana pulak ibu ni? Tadi aku dengar suara ibu ada kat sini pun.

"Chaaaaaaaaakkk"

"Oh mak engkau hilang jatuh tergolek atas lantai sakit ya ampun bum..bum..oh la la la la bum..bum.. Wa wa wa wa! " Laju-laju aku tekup mulut aku. Astagfirullah Ya Allah terkejutnya aku disergah macam itu sampai terjelopok aku diatas lantai.Aku pegang dada yang macam nak gugur jantung aku.Nasib tak ada lemah jantung.Kalau ada? Dah Wassalam lah jawabnya.

Ibu dengan seorang budak perempuan dalam lingkungan lima tahun itu sedang mentertawakan aku sampai tekan perut.Suka sangat la tu buat aku melatah macam ni.

Ceh.. Aku mencebik.

*

"Pelan-pelan makan pancake tu sayang, nanti tercekik karang." kataku pada Wawa yang sedang makan pancake dengan gelojoh.Satu minggu tak jumpa budak Fussy ni rasa rindu meluap-luap sampai rasa macam nak lari ikut dia balik kampung dia.Tapi bila sudah jumpa sahaja rasa macam nak pergi tempat jauh-jauh biar tak dengar mulut Fussy dia tu.Budak wawa ni cerewet ya ampun. Ikut siapa la perangai cerewet dia ini.Bapak dia kut? Ke emak dia? Eh... Apa yang aku melalut ni, hish!

Nama dia Najwa Alysa binti Ahmad Nasmie, tapi semua orang selalu panggil dia Wawa, biar comel nenek dia cakap. Comel ke? Umur 5 tahun. Isshh... Umur je 5 tahun tu. Tapi, gaya dia tu dah macam umur lebih dari 10 tahun. Masya Allah... Fussy,super duper aktif,cerewet dan nakal giler. Siapa la agaknya yang turunkan hormon sifat macam itu dekat budak Wawa ni. Sampai nak pitam aku di kerjakan dia. Mana tak pitam, bila hari-hari minta di buatkan cupcake.Kalau tak cupcake mesti ada je makanan yang dia nak. Nasib baik aku boleh masak semua tu, kalau tak? Memang naya la aku kena dengar pot-pet budak kecil itu.

Ehh... Dia tu bukan anak aku la, tapi anak asuhan aku a.k.a aku ni pengasuh dia. Haa.. Macam itu lah. Secara aku ini kan penanam anggur terhormat. Kehkeh... Terhormat la sangat kan! Ada kawan ibu tu minta tolong dicarikan pengasuh untuk cucu perempuan dia dan apalagi, Ibu langsung offer aku yang cute miyut ini untuk jadi pengasuh si fussy Wawa. Sebenarnya bapak budak Wawa ni bekas anak didik arwah ayah saat sekolah dulu. Ibu cakap, bapak Wawa anak murid kesayangan Ayah. Dulu zaman kecik-kecik dia sering jugak datang rumah ibu ni, tapi zaman itu aku masih baby lagi kut. Hehe... Tu ibu yang cerita pada aku hampir dua bulan sudah.

Dua bulan. Eh..tak terasa sudah hampir dua bulan aku jadi pengasuh bergaji tinggi si Wawa ni. Iya la tinggi! gaji aku dah macam orang kerja dekat office tau! Entah kerja apa bapak Wawa ni sampai boleh bagi aku gaji tinggi macam itu. Bila aku tanya si Wawa, dia cakap daddy dia kerja office. Office kan banyak jawatan, mana satu ye? Eish... Apa la aku fikir benda-benda merepek ni. Daddy dia nak kerja apapun, itu biar jadi urusan dia la, kenapa aku jadi busy body sekarang ni! Tapi kan, hujung bulan ini aku sudah masuk dua bulan jadi pengasuh Wawa. Tapi tak pernah sekali pun aku jumpa Daddy Wawa.Pukul 7 pagi driver dia yang hantar dia datang rumah aku, dan malamnya driver dia juga yang ambil Wawa. Pernah juga sekali dua Puan Sri Mariam nenek Wawa yang datang ambil dia. Sibuk sangat agaknya Daddy budak kecil ni, sampai tak ada waktu betul dengan dia. Kasihan Wawa, dari kecil sudah kena tinggal Mummy dia. Ibu cakap, Mummy dia kemalangan jalan raya selepas setahun wawa di lahirkan. Berlanggar dengan lori. Dan selama ini Daddy dia yang jaga dia.

"Kakak... Nak pancake lagi." Wawa bersuara. Hilang, terbang semua lamunanku seketika tadi. Aku menoleh kearah Wawa yang sedang menghulurkan pinggan yang sudah kosong kepada aku. Aku senyum.





'Tepung naik sendiri,Telur,Mentega,esen vanila,soda bikarbonat,gula ising... Eh, pergi mana pulak gula ising aku!' Aku keheranan.Seingat aku, tadi aku memang sudah siapkan semua bahan nak buat cupcake.Tapi kenapa tiba-tiba gula ising ni boleh hilang pulak. Benda itu mana ada kaki! kalau ada kaki tu lain cerita la, tu dah kira gula ising ajaib.

Aku tengok bawah meja dapur?Tak ada!Almari atas?tak ada!dalam peti sejuk?tak ada jugak! Ish... Mana lah benda itu! Aku menundukkan kepala sedikit melihat ke arah Wawa yang sedari tadi diam tanpa suara di tepi meja makan dapur.Pelik juga dengan budak kecil ini.Tak biasa-biasanya bila aku tengah 'perang' di dapur dia diam tanpa pot pet pot pet dia yang mengalahkan burung kakatua uncle Yong jiran sebelah itu.
Aku panjangkan leher hendak melihat apa yang sedang dia lakukan di bawah tepi meja itu.
'Oh my Najwa Alysa! Apa Wawa buat dengan Gula ising kakak shumell??'erk..sempat pula aku masuk kotak angkat sendiri. Hehe

Wawa tengah duk main dengan gula ising aku yang dah berterabur atas lantai.tepek pipi kanan-kiri macam bedak baby johnson yang selalu dia pakai selepas mandi.Mulut pun comot, penuh dengan gula ising.Tak rasa manis tersangat ke budak kecil ini? Kejap lagi kena kencing manis karang. Aku yang naya di soal jawab oleh bapak dia yang kerek semacam itu.Ishh... Biasanya pepatah selalu cakap.Bapak borek,anak rintik! Tapi yang ini tak sama pun.Anak dia tu aku tengok cute je walau terkadang mulut itu pot pet macam speaker rosak.Tapi bapak dia itu? Eh, buat apa aku cakap pasal Pak Cik kerek itu. Menyakitkan hati je.
Betul ke menyakitkaan hati? Bukannya menawan hati kau ke Icah?ngee~~~

Baik semalam aku tak payah ikut ibu ke rumah Puan Sri Mariam untuk merayaan hari ulang tahun perkahwinan dia. Memangla tak meriah mana pun acara itu, sekedar makan malam antara keluarga dia yang di selitkan aku dan ibu sahaja. Tapi aku rasa semalam itu adalah hari paling sial yang pernah aku rasai. Macam mana tak sial dan tak bengang bila dekat sana aku terjumpa Pak Cik kerek dan TAK budiman yang langgar aku beberapa bulan sudah di mall dan juga Pak Cik kerek,perasan handsome dan macho yang berebut tempat parking di Tesco beberapa minggu lepas. Yang membuat aku melatah di tengah-tengah orang ramai sampai macam nak jadi halimunan je waktu itu bila semua orang asik pandang aku dengan senyum menyenget yang menjengkelkan biji mataku ini. Dan ternyata dia itu bapak si Wawa. Dan secara tak langsung... Dia itu majikan aku lah kut. Eiii... Bencinya aku!

"Wawa buat apa tu sayang?" Aku bertanya pada si kecil Wawa yang masih ralit dengan 'bedak' dia itu.

"Kakak Mummy, kenapa powder ni rasanya sweet? Kat rumah Wawa tak rasa macam ini pun? Yang ini sedap.Manis macam gula-gula!" Ucap Wawa dengan petahnya.

"Ini bukan powder sayang.Ini gula,Sugar! Kakak nak masukkan kedalam cupcake. Tadi Wawa cakap kan nak mam cupcake yang kakak buat. Hhmm?" Aku senyum ke arah dia.Lalu dia pun tersenyum hingga menampakan lesung pipit di bahagian kiri pipi dia.Comel! Dan aku masih kekalkan panggilan kakak itu walau dia sering memanggilku kakak mummy.Mungkin dia rindu sosok ibu dalam hidup dia.

"Nak..nak! Cupcake yang kakak mummy buat tu sedap, Daddy pun suka. Tak macam yang Daddy selalu beli dekat kedai. Yang itu tak sedap. Blueekk" Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan dia yang diselitkan gaya orang muntah juga.Budak kecil tak pandai tipu kan? So, sedaplah cupcake buatan aku itu sampai Daddy budak kecik ni pun puji sedap. Hehe... Bangganya diriku.


Dapur ini sudah macam kapal pecah aku tengok.Sudu berterabur dimana-mana, tepung pun sama je.Ini dah tak macam buat cupcake,tapi pecahkan rumah pun ada. Aku nak kacau adunan cupcake tapi mati-matian Wawa nak tolong.Dia nak kacau jugak,hasilnya? Tengok je dapur ibu ini. Adunan tepung ada tertempek dimerata tempat.Aduyaii... Nak kemas ini yang leceh.Tapi hatiku rasa seronok pula tengok budak kecil ni bersungguh-sungguh hendak buat cupcake.Seronok walau terkadang Wawa ni degil dan cerewet.Macamana aku tak cakap dia ni cerewet kalau banyak sangat pot pet dia.Kakak mummy ini lah,kakak mummy itu lah.Aish... Dah nama budak-budak,sabar je la cik Arissa oii !

Aku pandang dia.Lama.Comel!! Aku bangkit dari katil yang Wawa tiduri.Sebuah kucupan aku berikan pada kening dia.Penat sangat agaknya.Selepas selesai membuat cupcake tadi, kami kemas apa yang patut.Lalu aku mandikan dia yang dah rupa macam tepung.Baju,wajah,rambut semua terkena tepung.Selepas mandi sebotol susu aku bancuh untuk dia lalu dia tertidur di dalam bilik aku.Pukul dua petang dia tidur dan kebiasaannya pukul tiga tiga puluh petang dia dah bangun.Tidur macam kucing, sekejap saja.

Aku melangkah turun dari anak tangga.Penat tapi seronok jaga budak macam Wawa.Penat pasal dia asik nak ini nak itu,tapi seronok juga bila aku kenangkan semua itu.Dulu selalunya aku buli anak buah aku si Aizul dengan Azura, tapi sekarang aku pulak yang kena buli dengan budak Wawa.

"Wawa dah tidur Icah?" Aku menoleh ke arah sofa di ruang televisyen.Suara Ibu.Lalu aku pusingkan badan hendak menuju ke tempat dimana ibu sedang duduk.Sofa disamping kanan ibu aku labuhkan dudukku.Aku pandang ibu lalu Senyum.Ibu pun turut senyum"Dah, Penat agaknya budak tu." jawabku pada ibu.



P/s : potongan Mr.Cupcake selanjutnya In Shaa Allah next week WC hapdet k, sekarang layan dulu apa yang ada ye. Muaahh~~~ ;)

Cerpen : Diari Hati Merah Jambu




GENRE : CERPEN
TAJUK :  Diari Hati Merah Jambu
KARYA: ' Aryssa Najwa '




Lima tahun usia pernikahanku dengan Suria. Sungguh masa yang sulit. Semakin
hari semakin tiada keserasian antara kami. Perbalahan semakin kerap menerpa dalam keseharian kami.Kami sering bergaduh kerana hal-hal kecil. Terkadang juga kerana zuriat yang sampai kini tak jua ada.Kerana Su lambat membukakan pagar rumah ketika aku pulang dari office.Kerana meja kecil di sudut ruang keluarga yang dia beli tanpa membicarakannya denganku terlebih dahulu.Bagiku itu semua hanya membazir wang sahaja. Masih banyak keperluan lain yang lebih penting dari semua itu.

Hari ini, 27 November adalah tarikh lahir Suria. Tapi pagi tadi kami gaduh, lebih tepatnya aku memarahi dia.Semua berpunca kerana dia lewat mengejutkanku dari tidur.Aku bengang dan teramat marah pagi tadi.Hari ini aku ada meeting penting dengan klien, tapi dia terlalu lewat mengejutkanku sehingga aku marah dan hampir saja tanganku melayang ke pipi mulus dia yang sewaktu dulu selalu menjadi persinggahan bibirku.Aku bersiap lalu keluar rumah begitu sahaja tanpa ucapan selamat hari lahir dan kucupan di keningnya seperti yang biasa aku lakukan di setiap pagi menjelang pergi ke tempat kerja.Mungkin dia kecewa dengan sikapku. Tapi hatiku rasa tawar untuk melihat kesalahan kecil dia pagi ini.

Lewat pukul 8 malam aku sengaja pulang agak lewat seperti hari biasa.Aku alihkan rasa sakit hati yang masih bersisa untuk Suria dengan menyibukkan diri di pejabat.

Ring... Ring...

Aku tatap galaxy SIII ku yang berada diatas meja.Nama 'my wife' tertera  di layar telepon bimbitku.Sudah hampir sepuluh kali dia menghubungiku untuk meminta agar aku balik awal dan makan malam bersamanya di rumah.Tapi aku tak hiraukan semua panggilan telepon darinya.Setiap dia telepon pasti aku reject atau aku biarkan berdering sehingga ianya mati tanpa berjawab.Mesej dari dia pun aku baca sepintas lalu sahaja.Entah apa yang merasuki diriku sehingga aku begitu tawar hati pada dirinya, dan ada ketikanya aku rasakan seperti ingin sahaja aku memceraikannya.Tapi di sisi lain aku menolak.Masih ada rasa kasih untuk dia yang bergelar isteri

Jam menunjukkan pukul 10 malam, aku mengemas meja kerjaku dan beranjak untuk pulang kerumah.Diluar hujan turun begitu deras dan aku terfikir seketika.Adakah Suria masih setia menanti kepulanganku seperti selalu.Atau dia sudah lelah menanti kepulanganku? Aku kerling jam di pergelangan tangan kiriku.Pukul 10 lewat 15 minit malam, tapi jalan di tengah bandar Kuala Lumpur masih ramai dengan lalu lalang kenderaan.Ramai para muda-mudi yang sedang menikmati keriuhan suasana malam.Suasana jalan raya pun masih saja jamed tak kira pagi,petang atau malam.

Aku benar-benar dibuat lelah oleh keadaan ini.Membayangkan pulang dan bertemu dengan Suria.Lalu di sajikan dengan muncung dia yang mengalahkan itik-itik belaan emak di kampung.Itu semua membuatkan aku semakin rimas dan lelah.Aku penat-penat dari office,bekerja mencari wang untuk keperluan kami, tapi muncung itik dibibir dia yang tersaji di depan mata.Tapi jujur ku akui, walaupun muncung itik yang di pamer.Dia tak pernah leka menyediakan makan dan minuman setiap aku pulang dari bekerja walau terkadang masakan dia itu terlalu masin,terbanyak cili,terlebih gula.Dan minuman tu teramat manis.

Akhirnya aku sampai juga di rumah lewat pukul 12 malam, dua jam perjalanan yang aku lalui dari kebiasaannya yang aku hanya membutuhkan waktu 1 jam untuk sampai di rumah.Kulihat Suria tertidur di sofa ruang keluarga.Sempat aku berhenti dihadapannya dan memandang wajahnya.

“Dia masih cantik dan sungguh cantik di mataku” luahku dalam hati.

Nur Suria Ayuni.Itulah nama dia.Cantik secantik orangnya.Dia perempuan yang aku kenal lebih dari 7 tahun dahulu, kala kami masih di alam Universiti lagi.Begitu manis cara pertemuan kami,dan dengan mengingati pertemuan itu aku akan selalu rasa bahgia dengannya.Pertemuan pertama yang terasa indah dengan pergaduhan kecil antara kami di perpustakaan Universiti.Saling tarik-tarik buku rujukan sampai buku itupun koyak menjadi dua.Pergaduhan pertama yang membuat aku dapat mengenali dirinya.Dirinya yang manis tapi agak brutal bila berhadapan denganku.Dari hari ke hari aku semakin kerap mencari gaduh dengannya.Dan selepas hampir setahun aku selalu mengusik dia, aku sedar ternyata bibit-bibit cinta itu hadir tanpa aku sedari.Genap 10 bulan aku mengenl dia,aku pun luahkan apa yang aku rasa untuknya.Dan tak kusangka, ternyata dia pun menyimpan rasa yang sama padaku.Dia terima rasa kasih yang aku hulurkan.

Selepas hampir 2 tahun hubungan kami berjalan.Dan kala itu pun aku sudah hampir setahun bekerja di syarikat aku sekarang ini.Kami bertunang selepas dia lulus dari Universiti dengan segulung ijazah yang dia citakan.Tak sampai 6 bulan kami bertunang, kami putuskan untuk menuju ke alam rumah tangga.Dan pada 12 disember tahun 2007 kami sah sebagai suami isteri.Sungguh indah kenangan di awal alam rumah tangga kami, tapi sekarang semua itu hanya tinggal sebuah kenangan bagiku

Aku menghela nafas yang terasa sesak didada ini dan meninggalkannya yang masih nyenyak tidur di ruang keluarga.Ketika aku hendak naik ke bilik tidurku di lantai atas, aku melewati ruang makan yang diatas meja masih ada pinggan makanan yang belum tersentuh dan sepotong kek yang diatasnya masih terpasang lilin yang menyala tapi akan mati pada bila-bila masa saja sekejap lagi kerana lilin itu dah tiada batang untuk menopang cahaya apinya.

Aku masuk ke bilik beraduku.Mataku tertancap pada buku berwarna merah jambu diatas meja solek.Buku berwarna merah jambu cair yang cukup tebal yang dimiliki oleh isteriku.Bertahun-tahun Suria menulis cerita tentang kisah hidupnya pada buku merah jambu itu.Sejak sebelum menikah lagi dia tak pernah izinkan aku untuk membukanya apatah lagi untuk membacanya.Pernah satu ketika dulu aku mengambil buku itu dari laci almari,tempat dimana Suria selalu menyimpan buku itu.Dan hendak membacanya secara diam-diam.Tapi belum sempat aku membaca isi kandungan di lembar pertama,Suria sudah berdiri dihadapanku dengan mata membulat menandakan ianya tengah marah.Kala itu aku hanya pamer senyum pada dia.Senyum sumbing kerana aku kantoi mengambil buku 'keramat' dia.

Aku tolehkan kepala ke arah pintu bilik.Gerun juga bila tiba-tiba Suria muncul tika aku sedang membaca apa yang tersirat dalam diari itu.Aku hala kaki kearah pintu bilik.Aku tutup dan aku kunci pintu agar Suria tak akan tahu jika aku membaca buku 'keramat' ini.Inilah saatnya!Saatnya aku tahu isi hati isteriku yang terkadang terlalu dipendam dalam diri dan tak dikongsi denganku.

 Sejurus aku buka buku itu.Di helaian pertama mataku disajikan dengan gambar potrait kami berdua.Gambar sewaktu kami berada di genting highland.Ditaman kecil yang bertimbuskan kabus,saksi lafas cintaku.Saksi bisu saat aku luahkan hasratku yang ingin mempersunting dirinya menjadi suri hidupku.Dan dibawah gambar itu tertulis satu kata

"Kau cinta pertama bagiku.
Dan akan menjadi cinta yang terakhir untukku"


Kata-kata itu masih terpahat di ingatanku.Kata-kata yang aku luahkan untuknya ketika itu."Su...Ternyata awak tak pernah lupa semua kata yang ku ucap saat dulu"

Dan aku buka satu persatu muka surat dalam buku merah jambu itu.Muka surat pertama tertulis tentang dia dan persahabatan dia dengan Aryssa.Gadis kacukan Australia yang setia di sisi dia sampai Suria berkahwin denganku.Dan aku yakin,pasti sampai sekarang mereka masih berhubung walau Aryssa kini menetap di bumi kangooro itu bersama ibu dia.Cuma aku yang kurang perhatian pada keseharian Suria akhir-akhir ini.

Aku buka lagi buku itu.Mataku terasa bersinar bila melihat muka surat ini.Muka surat dimana dia mulai menulis tentang diriku.

13 mei 2004.
Terima kasih Ya Allah
atas pemberianMu yang berarti bagiku.
Ammar Sufian,Cinta pertamaku dan yang akan menjadi Cinta terakhir bagiku.


Hmm… aku tersenyum, Suria terlalu yakin jika aku yang akan menjadi suami sekaligus cinta terakhir untuknya.


27 november 2006.
Ammar melamarku.Gembiranya hatiku ketika dia ucapkan kata itu.Dia melamarku di temani kabus putih yang mengelilingi taman kecil di Genting Highland.Sweet.


21 Ogos 2007.
Dengan sekali lafas.Aku dah bergelar isteri.Isteri pada lelaki yang amat aku cintai.Ammar Sufian.
Dan secara langsung,sekarang aku dah pun bergelar Pn.Ammar.
Ya Allah. Terima kasih atas jodoh yang kau berikan untukku.



19 Julai 2009.
Tak sengaja aku melihat abang Ammar tengah makan malam dengan wanita lain sambil tertawa mesra. Ya Allah, aku mohon agar hati dia tidak pindah ke lain hati.

Jantungku serasa hendak berhenti saat membaca helaian muka surat ini.…


23 Oktober 2009,
Aku menemukan surat ucapan terima kasih untuk abang Ammar atas candle light dinner di hari lahir seorang wanita bernama Hanny.
Siapakah dia Ya Allah?

Ya Allah, kuatkan aku agar tidak berburuk sangka terhadap suamiku…

Jantungku benar-benar hendak berhenti dari berdenyut.
Hanny, wanita yang sempat rapat denganku disaat usia pernikahanku dengan Suria masuk 2 tahun.
Hanny.Wanita cantik dan bergaya yang juga rakan sepejabat denganku.Kerana dia aku hampir menceraikan Suria kerana rasa kejenuhanku kala itu.Tapi tak lama kemudian aku telah pun
memutuskan untuk tidak bertemu dengan Hanny lagi setelah rapat dengannya hampir 4 bulan,dan aku memutuskan untuk tetap setia kepada Suria, isteriku.Aku sungguh tak menduga bahwa ternyata Suria mengetahui hubunganku dengan Hanny.Pasti kecewa dan teramat kecewa yang Suria rasakan padaku sehingga dia selalu murung denganku saat itu.


7 Disember 2009.
Aku dihampiri wanita bernama Hanny, Ia mencaci maki aku,dan
mengatakan bahwa abang Ammar selingkuh dengan dirinya.Abang Ammar sudah terlalu bosan padaku sehingga dia mencari wanita lain untuk memuaskan hasrat hati.
Ya Allah...beri aku kekuatan

yang berasal daripadaMu.Beri aku ketabahan agar aku dapat tetap setia di sisi abang Ammar.

Ya Allah...Bagaimana mungkin Suria sekuat dan setegar itu, dia
tak pernah mengatakan apa-apa padaku.Menangis di hadapanku pun tak pernah walau sebenarnya dia mengetahui bahwa aku menghianatinya.Aku selingkuh di belakangnya.Aku tahu macam mana Hanny.Dia pasti keluarkan kata-kata tajam dan berbisa pada Suria.Nafasku sesak, rasa tak mampu hendak kubayangkan apa yang Suria rasakan saat itu.


18 Jun 2010.
Pergaduhan pertama kami sebagai suami isteri.Aku harap aku tak lupa lagi untuk menggosok pakaian kerja dia.
Ya Allah.. bantu aku agar lebih peka terhadap keperluan suamiku



7 Julai 2010 ,
Abang Ammar marah padaku kerana aku tertidur dengan nyenyaknya sampai tak dengar saat dia balik dari pejabat sehingga dia menunggu di depan rumah agak lama.Kebiasaanya memang dia tak pernah membawa kunci rumah kerana aku ada di rumah dan selalu membukakan pintu untuknya.Seharian aku dekat mall Alamanda hendak mencari jam tangan idaman abang Ammar.Aku teringin membelikan jam tangan itu di hari lahir dia yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.
Ya Allah. beri kedamaian di hati Abang Ammar agar dia tidak marah lagi padaku, aku tak akan tidur lagi dikala petang bila abang belum balik kerumah walau terkadang aku terlalu lelah mengemas rumah
.


Aku mulai menangis.Airmata yang sedari tadi aku tahan agar ianya tak keluar dari kolam mataku.Suria mencoba membahagiakanku,mencoba membahagiakan hatiku yang yang telah banyak menyakiti hatinya.Tegarnya aku menyakiti hatinya.Aku sering memarahinya tanpa mahu mendengarkan penjelasan darinya.Jam tangan itu adalah jam tangan kesayanganku,jam tangan yang selalu aku pakai sampai detik ini.Tak pernah kusadari dan tak pernah ku pahami.Suria membelikannya dengan bersusah payah.Dan semua itu untuk aku.Aku kesat airmataku dengan belakang tapak tanganku lalu aku membuka muka surat selanjutnya.



20 september 2010,
Abang Ammar butuh baju kerja baru.Baju kerja yang lama dah banyak yang kusam.Apatah lagi kemarin aku tak sengaja mengoyakkan dua baju kerja dia saat aku angkat dari ampaian.Baju itu tersangkut pada pokok tepi rumah dan aku tarik dengan paksa sehingga mengoyakkan baju dia.
Ya Allah.. bantu aku kumpul wang sedikit demi sedikit agar aku dapat membelikan satu baju kerja untuknya,hadiah hari ulang tahun pernikahan kami.


Aku tak dapat lagi menahan tangisanku dan aku pun teresak membaca luahan hati Suria di buku merah jambu ini.Suria tak pernah mengatakan baju kerja yang sangat aku sukai ini adalah hadiah hari ulang tahun pernikahan kami yang ia berikan untukku.Ya,dia memang membelinya di malam hari ulang tahun perkahwinan kami dan memberikannya padaku pada malam itu juga.

Aku sudah tak sanggup lagi untuk membuka helaian berikutnya.Suria terlalu baik untukku.Terlalu istimewa jodoh yang Allah berikan padaku.Sungguh dia diberi kekuatan dari Allah untuk
mencintai diriku tanpa syarat.Aku terus berlari keluar dari bilik beradu kami.Aku kesat airmata yang masih merembes keluar dari kolam mataku dengan belakang tapak tanganku.Sampai di depan Suria yang masih terlelap tidur.Aku melutut di hadapan dia,aku kucup kening dia yang sudah agak lama tak menjadi persinggahan bibirku.

Aku tak dapat lagi menahan tangisanku dan aku pun teresak membaca luahan hati Suria di buku merah jambu ini.Suria tak pernah mengatakan baju kerja yang sangat aku sukai ini adalah hadiah hari ulang tahun pernikahan kami yang ia berikan untukku.Ya,dia memang membelinya di malam hari ulang tahun perkahwinan kami dan memberikannya padaku pada malam itu juga.

Aku sudah tak sanggup lagi untuk membuka helaian berikutnya.Suria terlalu baik untukku.Terlalu istimewa jodoh yang Allah berikan padaku.Sungguh dia diberi kekuatan dari Allah untuk
mencintai diriku tanpa syarat.Aku terus berlari keluar dari bilik beradu kami.Aku kesat airmata yang masih merembes keluar dari kolam mataku dengan belakang tapak tanganku.Sampai di depan Suria yang masih terlelap tidur.Aku melutut di hadapan dia,aku kucup kening dia yang sudah agak lama tak menjadi persinggahan bibirku.



     Dia kekasih hatiku.
     Dia kekasih pertama dalam hidupku.
     Dia kekasih hati yang tak pernah lelah mencintaiku.
     Dia kekasih halal yang selalu mendampingi suka duka ku.
     Dia...
     Dia kekasih terakhir hingga hujung nafasku.
     Dialah Nur Suria Ayuni binti Saiful.


“Maafkan abang sayang.Selamat hari lahir, semoga Allah kabulkan segala doa sayang.Semoga Allah melindungi sayang.…"


" I LOVE YOU Suria hatiku"




                          ~ Tamat~




************************************


p/s : tankz pada yang sudi baca cerita saya yang tak seberapa ini.
salam tayankk.... ^ ^





TUAN RUMAH


ASSALAMUALLAIKUM
ANNYEOHASEYO

Perrgghh... Hangul weei. Huhu




Sape tak kenal AN? Korunk tak kenal kan, kan, kan? Ye la tak kenal.
Dak ataih nie bukan retis ke hape, dia budak sengal, sewel, mereng, je.. Hahaha
*kutuk diri sendiri, tak kisahlah kan. :p
Nak kenal kenal  AN tak?
Tak?
Hurrmm... Ya la, tapi kita nie jenis tatau malu. Sikit je tapi,
So, kita nak kenal-kenalkan diri pada korunk suma. Hehe
_________________________________________________

  ABOUT ME
------------------
⚫ Nama aku. Errmmm, korung call AN je sudah lah ye, heee
⚫ Umur aku. Dah TUA, malu nak sebot, tp, untk korung aku gitau.
     22. Ssyyyhhh jgn keras2 nk seru umo kita tu. haha
⚫ Bandung, 13 May 19.. Teka sndiri la ye.
⚫ Keje, Study every Saturday n' Sunday je.
⚫ Anak bongsu dari dua beradik je.

  ETC. *bukan ekstaci tau. Ngeee~~~
------------------------------------------------

⚫ Suka beli coklat, tapi tak suka makan. 
⚫ Suka giler feveret sangat makan Strawberry. 
⚫ Suka Photography, 
⚫ Suka menyanyi, tapi lam bilik air je, hahaaa
⚫ Tempat feveret aku, KATIL. Kat sane aku bole bermimpi 
    Dan berimaginasi. So, bole la wat karangan. Hahaa

Dah la, penat nak pot pet... CiYu Babbaii...