Sekosong Hati Najwa ( Cerpen )



SEKOSONG HATI NAJWA



Tali gitar aku petik. Duduk di betulkan. Mic di depan aku dongakkan sedikit. "Ready?" Ayim di hujung stage yang berdiri sebelah keyboard menyoal. Thumb up aku beri tanda 'ok'.

'Bissmillah..' 

Jrengg... Tali gitar di petik. Irama dimainkan. Vocal di alunkan. Lagu berkumandang dari atas pentas. Suara aku yang cukup-lemak-merdu-susu-santan sudah berkumandang memenuhi persekitaran kafe yang cukup sesak dengan pengunjung. Hujung minggu la katakan.

Sekali tengok, orang ingat Najwa Latif. Sekali pandang, orang ingat Ainan Tasnem. Sekali toleh, Orang jugak ingat Tasha Manshahar. Tapi ini aku, Najwa Ayuni. Bukan Najwa Latif, bukan Ainan Tasnem, bukan Tasha, bukan Yuna ataupun Deanna Hussin. Mungkin sipi-sipi aje. Eceh, aku angkat baldi sendiri ke?

Aku ni penyanyi ke? Jawapan aku. Bukan! Aku cuma penyumbang suara di Cafe Moon ini. Pagi kuliah, malam sumbang vocal. Boleh la, untuk tampal lubang akaun bank yang koyak-rabak untuk perbelanjaan kolej. Lagipun, ini hobi aku. Menyanyi, main muzik. Hari-hari kelek gitar. Kemanapun kelek gitar. Masuk kelas pun kelek gitar sampai kawan-kawan asyik duk panggil aku 'minah gitar'. Aku tak kisah diorang nak cakap apa aje pasal aku, nak gelarkan aku dengan pelbagai nama. Janji, mereka tak kacau life aku. 

"Penat?" Ayim yang sudah berdiri di sebelah menyoal. Senyum aku lemparkan. Nak kata penat. Aku memang penat, tapi bukan pasal benda yang aku buat sekarang ini. Penat otak fikirkan life aku yang kucar-kacir tertiup angin lately.
"Hujung sana." Ayim tunjuk meja sudut di hujung belakang kafe. 
Aku turun dari stage. Kaki ku hayun mengikuti langkah kaki Ayim. 
Duduk di labuhkan. Air orange yang ada di tangan Ayim di sua kepadaku.
"You look so tired. Any problem?" Soalan terjah hentam Ayim memang selalu aku hindarkan. 
Kalau dia dah buat mata lembut macam itu, memang aku tak akan boleh lari dari cengkaman soalan Ayim. 

Aku hembuskan nafas agak kasar. Badan di sandarkan pada penghadang kerusi. Orange jus yang ada di tangan aku sisip perlahan sebelum aku letak di atas meja.
Mata berlari ke atas stage. Nyanyian lagu dari kumpulan Sixth Sense tengah berkumandang di segenap ruang kafe.
Ayim ketuk meja dengan jejari dia. Aku toleh sekilas. Tau sangat yang itu tanda dia masih menunggu aku membuka suara. Menanti jawaban dan tanggapan.
'Huh!' Aku hembus nafas kasar. Kalaulah masalah dalam otak ni boleh di lepaskan semudah menghmbuskan nafas macam tadi. Kan best!
Aku pandang wajah Ayim. Dia ni senior aku masa dekat sekolah dulu. Kita berkawan sejak aku ada di form tiga lagi. Dulu kitorang ni macam Tom and Jerry si tikus dan kucing itu. Pantang nampak, asyik nak bercakar aje. Tapi, pasal satu hari tu kita terpaksa buat persembahan dalam satu pentas yang sama. Terpaksa mencuba hadap muka dia yang cool semedang. Hari-hari selepas itu kita rasa rapat pulak bila ternyata kita suka dan minat dalam benda yang sama. Aku suka muzik, dia pun suka muzik. Aku kelek gitar, dia.. Errr, tak kan nak cakap kelek keyboard kan! Nampak sangat tipunya. Tapi, memang tak tipu pun. Dia kelek keyboard kecik dia. So, after that kita memang close habis walau dia dah tak satu sekolah dengan aku lagi.
"Pasal apa?" Aku congakkan kepala ke atas. Pangkal hidung sebelah mata aku picit perlahan. Pening tetiba.
"Same on last. My dad. Gitar aku pangku di riba. Buat gaya macam nak petik gitar. Langsung tak pandang si Ayim yang duduk dekat depan aku.
"Kali ini apa lagi?" 
"He told me to quit from this job." Aku jeling Ayim. Terjojol mata dia. 
"So, kau macam mana? Jawab apa?" Tangan diangkat, air dalam gelas kaca di sua ke bibir dia.
Diam.
Sepuluh saat... Dua belas saat... Lima belas saat..
Diam lagi.
Aku geleng kepala. 
"Ini kesukaan aku. Hobi aku. Ini ubat aku untuk ringankan otak bila tension menyerang." 
Aku segera bangun dan sangkut gitar di bahu. Tamat sudah waktu kerja aku. Tapi jujurnya, aku mengelak dari pertanyaan Ayim yang akan di lontar untuk kesekian kali. 


***


Kaki berjalan menuruni tangga menuju ke kelas Madam Sarinah. Gitar di belakang aku perkemaskan. Kaki dihayun lebih laju. Lagi sepuluh minit kelas sudah akan mula. Aku tak mahu lambat memasuki kelas. 

Pintu aku buka. Madam Sarinah belum ada lagi. Alhamdulillah. Kaki aku atur ke meja sudut belakang yang agak tersorok. Ketika berjalan menuju ke port belajar aku, deria pendengaran menangkap sok-sek para pelajar wanita yang berbisik sesama kawan dia sambil menjeling kepadaku.

"Minah gitar dah datang weh. Meluat betul aku tengok dia ni. Bila la dia tu nak berambus kan." Suara si baju pink.
"Entah bilanya. Aku dah naik juling nak hadap muka tak lawa dia tu. Perasan Najwa Latif la sangat." Si baju kuning skirt hitam mula mencelah. Aku diam aje. Malas nak endahkan, biarkan saja mulut-mulut mengata. Padahnya, mereka sendiri yang tanggung dosa.
"Bajet cool. Bajet lawa, bajet kaya, padahal anak driver aje." Si baju pink membebel lagi. 
Aku keluarkan buku. Malas nak layan budak sengkek dekat depan aku ni. 
"Rasa nak humban dia masuk gaung aje. Biar musnah terus minah gitar itu. " si baju biru mula mencelah. Ish! Salah aku apa? Sampai mereka tak suka benar dengan aku. Aku pun tak tahu apa puncanya. Biarlah rahsia, aku penat nak korek.

Bebelan tiga gadis di depan aku terhenti bila madam Sarinah memasuki kelas dengan di ikuti seorang lelaki yang cukup segak dengan memakai kemeja panjang warna dark blue dan di padankan dengan tie light blue. Hurrm! Cukup pakej.
"Oke class, yang kacak di sebelah saya ini Sir Haizad. Guru pengganti saya untuk masa beberapa bulan ini." Madam Sarinah dah nak cuti bersalin agaknya. Tengok perut pun dah nampak macam belon nak pecah. Ngee... Ada aje aku ni.
"OMG! Handsome gila Sir Haizad itu kan." Si minah baju pink di depan aku mula berbisik. Hish! Gediks betul dia ni. Pantang nampak lelaki sikit.
"A'ah.. Macam pelakon korea. Agak dah kahwin ke belum? Macam nak masuk jarum aje." Si baju biru menokok tambah memuji orang di depan sana nuh. 
Rasa macam nak sumbat telinga guna earphone aje. Dengar lagu guna high volume. Biar tak dengar terus suara sok-sek minah-minah kat depan ini. 

Mata pandang sekeliling. Nak carik port lain yang jauh dari tiga makhluk gedik depan aku. Tak nak la aku buat dosa dengar sok-sek diorang, lepas tu aku kutuk mereka dalam hati. Kan dah buat benda takde fekdahnya.
Mata aku toleh ke hadapan. Madam Sarinah masih berbual seketika dengan Sir Haizad. Gitar aku angkat. Beg aku sandang. Kaki ku hayun ke arah kerusi paling belakang. Sekilas aku nampak si baju pink mencebek sinis. Lantak kau lah minah! I dont't care la.

"Ok class, sila kumpulkan tugasan yang saya bagi semalam." Suara madam Sarinah berkumandang tinggi. Sekali dengar memang macam suara rock aje madam ni. Tak payah guna speker kerna memang dah sedia keras.
Mata aku bawa ke hadapan. Lelaki yang diperkenalkan sebagai guru pengganti itu sedang berjalan keluar kelas. Dia buka pintu. seketika, pandangan dihala kearah aku. Err... Agaknya kot.
Otak seakan berhenti. Sorotan mata itu, seakan pernah aku temui. Tapi, sungguh! Aku tak ingat. Aku tatap lagi ke hadapan. Dia masih disitu. Menatap aku. Mengingatkan aku. 

'He is back!'


***


"Kau nak dating dengan siapa kali ini Jun?" 
Aku toleh belakang kerusi. 'Mereka lagi!' Getusku dalam hati. Apa lah nasib, kemanapun pergi, asyik jumpa minah-minah gediks itu saja. 
"Dato' Johari ajak aku temankan dia meeting dengan Tan Sri Syah." Aku masih tekun hadap tab di atas meja, kunci not-not lagu Avril Lavigne terpampang di dada tab. 
"Hah? Tan Sri Syah yang selalu muncul dekat TV itu ke? Weh.. Sambil menyelam minum susu la kau." Itu suara Raisha. Geng gediks. 

Zapp!! Tan Sri Syah? Tan sri Syah Azmi ke? Kenapa hati aku rasa di carik pisau belati dengar nama itu. Bagai di hempap batu bertan. Benarkah desas-desus semua orang yang Tan Sri Syah kaki perempuan? Terasa macam nak gugur airmata, tapi setitik pun airmata tak keluar, seakan kering. 
"Aku nak ikut!" Si Melissa mencelah. Hurmm! Dimana ada Juna, disitu ada RM aka Raisha and Melissa. 
Gitar di kerusi sebelah aku capai, gitar aku keluarkan dari case guitar. Tali gitar aku petik perlahan. Lagu When Your'e Gone nyanyian Avril yang sebentar tadi aku lihat not-not dia ingin aku praktikan. Biar sekedar bunyi tanpa vocal...

Jrengg.. Gitar aku petik perlahan.

"Aiseh.. Asyik-asyik dia aje. Naik loya tekak aku ni duk nampak muka budak bajet cool itu. Girls, jom blah." Juna tolak kerusi sampai berdengung bunyinya sebelum melangkah pergi. 
"hish! Kacau aje!" 
Saat melintasi meja aku. Dia menjeling geram, tapi aku buat derk aje. Tekun hadap gitar di riba walau otak berselirat memikir benda lain.
Tangan meraba pipi. Basah! Setitik airmata jatuh, tapi hati? Kosong!
'Babah!' 


***


Gitar yang elok tergantung di bahu belakang aku lepaskan. Case di buka. Gitar aku serahkan ada Ayim. Aku? Duduk di belakang piano sederhana besar di hujung pentas. It's my turn.
Secebis kertas aku hulurkan pada Ayim sebelum duduk ku labuhkan. Not piano aku sentuh. Lama sudah aku tak sentuh not piano. Rasa getar dalam dada mula menjengah.
"Avril? " aku angguk cuma. Riak wajah? Cool semedang. Bajet cool bak kengkawan aku cakap. Tapi aku apa kisah! This is me! Not you!
"When you're gone?" Angguk lagi tanpa pandang wajah Ayim di sebelah. 
Duduk dikemaskan. Nafas disedut perlahan.
"ready?" Thumb up aku tunjukkan.


I always needed time on my own
I never thought I’d need you there when I cry
And the days feel like years when I’m alone
And the bed where you lie
is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

Kepala mendongak sedikit. Mata dipejam. Bayang si 'dia' mula menerawang di ingatan.

When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone
The face I came to know is missing too
When you’re gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

'I miss you.. Really mean it.' Setitik air jernih membasahi mata ini.

Selesai melantunkan satu lagu. Tepukan gemuruh memenuhi ruang kafe. Ayiem tayang senyum. Aku? With my face style. Sengetkan bibir yang tak nampak sangat. Senyum ke? Nope! Sekedar bibir herot tak bererti senyum. Ye ka?

Secebis kertas Nurul beri pada Ayim. Ada orang request lagu selalunya bila si nurul bagi cebisan kertas macam itu.
Aku pandang sekeliling kafe. Malam ini agak ramai pengunjung walau bukan hujung minggu. Selalunya budak-budak anak orang berduit yang datang sini. Hanya sekedar minum, berborak, buang duit yang mak bapak bagi aje. 

Mata aku terpaku pada seorang lelaki tinggi tegap memakai T-shirt kolar warna biru. Mata dia tertumpu kearah aku. Aku pegang dada. Kenapa rasa ini sangat lain? Dada seakan berdetak lebih laju. Rasa ini. Rasa yang telah lama aku buang dari dunia aku. Dunia Najwa.

Gitar aku kendong di belakang. Jam dipergelangan tangan aku tilik. Sebelas malam. Tudung bawal yang agak senget di tiup angin malam aku kemaskan sedikit. Belum sempat kaki melangkah terdengar suara Ayim di belakang.

"Betul Kau tak nak aku hantarkan Na?" Aku menggeleng. 

"Aku risau."

"Don't be worry."

"Kau perempuan Na."

"Itu memang dari azali lagi."

"Tak selamat jalan sensorang malam-malam macam ini."

Aku bisukan mulut. Tanpa memandang kearah Ayim, kaki terus melangkah meninggalkan pekarangan kafe dan meninggalkan Ayim yang tercengang. 


***


Jam dipergelangan tangan aku amati. Detik ini, sudah masuk lima belas minit empat puluh empat saat, tapi kelibat bas tak juga ternampak. Seorang diri di perhentian bas membuat hati berdegup cukup kuat dari biasa. Selepas lima minit, bas yang ditunggu akhirnya muncul jua. Nafas lega dilepas.

Aku pegang dada. Kenapa rasa sakit ini datang tetiba? Aku perhati sekeliling. Rasa macam tengah diperhati seseorang. Langkah aku percepat menuju selekoh masuk ke seksyen 9. Rumah sewa aku.

Pintu pagar rumah aku buka. Belumpun sempat tangan menutup pintu pagar, terasa tangan di pegang seseorang. Hampir terjerit aku dibuatnya, tapi tak sempat suara ini terkeluar kerana tangan sasa itu lebih tangkas menutup mulut ini.

Bulat mata melihat gerangan yang ada di depan aku. Dia? Buat apa dia disini? Macam mana dia tahu rumah aku? Dia stalker aku ke? 
Aku mencuba membuka tangan yang masih menutup bibirku ini. "Aku akan buka. But please, jangan jerit okey?" Aku hanya mengangguk. Se-lasak-lasak seorang Najwa. Rasa gementar itu pasti ada. Menyelinap di hujung hati.

Sunyi menyelubungi kami. Dia diam, aku pun diam. Aku tak tahu hendak cakap apa pada dia. Rasa kekok, gelisah dan resah yang hadir bila ternampak kelibat dia disini.

"Kalau awak tak ada apa-apa nak cakap, saya mintak diri dulu. Assalamuallaikum." Aku pusingkan langkah. 

"Wawa sihat?"

Diam.

"Wa"

"Macam yang awak tengok sekarang ini. Do i look fine?"

"Hmm.. Yea."

"Okey then. Im tired, very tired.. Can you give me some rest. "

Tanpa menunggu jawaban dari bibir itu, aku gerakkan kaki melangkah ke pintu rumah. Biarlah dia hendak marah ke apa, aku dah tak kisah tentang dia, tak kidah seperti mana dia tak kisah pada aku satu waktu dulu.

"Sampai bila Wawa nak buat macam ini? Buat tak kisah pasal 'dia'?" Suara haizad sudah agak meninggi. Mungkinkah dia sudah rasa bengang dengan sikapku? Biarlah.

"Sampai bila-bila." 



Bersambung...


AN says..
ini cerpen aje. Tapi, tergatal tangan nak up jugak b4 demam pesta buku..kikiki
Harapnya, komen lah... Tegurlah apa yang kurang. 
Kita ok je klu nak komen ke nak tegur ke nak kutuk..hihi. Piss yah!

Pliss bagi pandangan, Cik AN lama sudah tak buat cerita. Skill kelaut gamaknya. Komen la ye.. Thankz sesangat.