CERPEN : Jangan Langgar Hatiku!







Jangan Langgar Hatiku
" dunia Maya berJiwa Fantasi..."
               


      Tangga di jejaki satu persatu. Sampai di hujung bawah dia berhenti. Tangan memegang dada yang berdetak hebat. 'Feeling aku rasa tak sedap hati aje' batin dia. Kaki melangkah lagi menuju ke dapur. Tekak yang kering kehausan minta di basahi dengan sedikit air. Sesampainya di dapur, peti sejuk di cari. Botol berisi air sejuk di capai lalu di tuang dalam gelas kaca. 

     Prangg....

     Belum sempat gelas menyentuh bibir, ianya jatuh terhempas ke lantai lalu pecah berderai. 

     " Ya Allah Ryssa. Kenapa ni sayang?" Puan Mas bertanya. Lalu menerpa ke arah anak perempuannya itu. Di tariknya Aryssa menjauh sedikit dari pecahan gelas di lantai.

    " Rasa macam tak sedap hati lah Ma. Rasa macam..." Aryssa meluah apa yang dirasa dalam hati. Dia takut apa-apa yang buruk sedang berlaku pada orang terdekat dia.

    " Perasaan Kak Long aje tu, banyak kan istiqfar, In Shaa Allah tak ada apa-apa"  Puan Mas menenangkan Anak pertama dia itu. Sejujurnya dia pun merasakan perasaan yang sama dengan Anak perempuan dia itu. Rasa tak senang hati meraja lela di fikiran. 

    " Adik-adik ada telefon Ma tak? Kata pergi kedai aje, ni dah dekat nak petang tapi tak balik lagi." 

    " Tak telefon, Ma cuba telefon Angah tadi, tapi tak berjawab pulak. Mungkin on the way balik la tu." Puan Mas mengutip satu persatu pecahan kaca di lantai dengan di perhatikan Aryssa yang duduk di kerusi makan. " Dah, Ryssa jangan risau sangat, nanti baby dalam perut tu meragam pulak. "

    "Huh.." Mengeluh. Aryssa mengusap perut yang sudah memboyot. Anak sulung perkongsian dengan si suami. Perkahwinan yang tak pernah dia jangkakan akan berlaku secepat itu. Umur baru menjangkau angka 23, tapi sudah berstatus isteri orang. Perjodohan dari Ma dan Ayah, tapi dia redha dengan semua itu. Berharap agar kekal hingga ke akhir hayat. Anak sulung, cucu sulung Puan Mas dan Tuan Azman. Jadi, tak heran jika Ma dia terlalu ambil berat dengan dia. Nak buat satu kerja pun tak dapat izin. Hanya duduk, tidur, makan. Mem besar lagaknya. Hehe..

    " Dah, jom tunggu adik-adik kat luar. Ma dah siapkan minum petang." Puan Mas menggamit Aryssa menuju ke ruang menonton televisyen. Di situ adik bongsu dia sedang khusyuk menghadap televisyen. Drama korea, memang tak boleh 'blah' dengan budak remaja perempuan zaman sekarang. Macam si Asilla ini. Hantu korea. Hehe

    Belum sempat punggung mencecah sofa, bunyi suara telefon rumah berbunyi nyaring. Nasib telefon tu ada dekat sebelah sofa ini aje, kalau jauh, memang tak larat aku hendak angkat telefon tu' ngomel Aryssa dalam hati.

   Gagang telefon warna merah itu dia ambil lalu di lekapkan di cuping telinga

   " Assalamuallaikum" 

   " Selamat petang. Adakah ini rumah Encik Azrul Bin Azman?" Orang bagi salam tu jawab lah dulu. Ke jawab dalam hati ek? 

   " Ya betul. Ini rumah Encik Azrul Bin Azman. Saya akak dia, kenapa iya?" 

Dup dap dup dap.. Apa pasal jantung aku macam lepas lari maraton aje.

   " Saya dari pihak hospital kajang. Saya hendak bagi tahu, adik Cik yang bernama Azrul Bin Azman ada di hospital sekarang ini...." 

   Zaapp! Ucapan terakhir pegawai hospital itu macam angin lalu aje masuk dalam otak. Aryssa tersandar di belakang sofa. Puan Mas yang melihat keadaan anak dia terus mendekat di sisi Aryssa. Asilla yang tadi khusyuk menonton tv pun turut sama memerhati kakak sulong dia yang nampak tak bermaya.

    " Kenapa Kak Long? Siapa yang telefon tadi?" 

    " Ma..." Nak bersuara pun tidak larat. Lemah sungguh.

   " Iya, Ma ada sini sayang. Kenapa ni?"

    " Ma... Acik kemalangan. "






     Azrul tersengih. Satu persatu keluarga tersayang dia pandang. Betapa beruntung dia di kurniakan keluarga yang sangat ambil berat. Mendengar dia kemalangan saja semua ahli keluarga dia terus terkocoh-kocoh datang ke hospital. Padahal hanya kecelakaan  ringan saja yang menimpa dia.

    "Small matter kau cakap Az? Macam nak luruh jantung aku dengar kau kemalangan." Afiz. Anak kedua puan Mas bersuara sambil menyekeh kecil kepala Azrul. 

    " Ha ah la Achik ni. Kitorang macam lipas kudung datang kesini tau. Ha, Ma dengan Kak Long tu, jalan macam tak cukup tanah. Adik ni risau tengok Kak Long jalan, takut dia terberanak kat tengah jalan pulak.hee" Aryssa menoleh kepada Asilla, adik bongsu dia. Asilla tayang senyum sambil buat tanda peace.

    " Awat salahkan Acik pulak. Yang telefon rumah dan bagitahu yang Acik kemalangan siapa?" 

    " Pihak hospital." Puan Mas menjawab. 

    " Ha, sila salahkan pihak hospital okey. Diorang yang hebohkan, hehe.. Acik just accident kecik aje la. Luka pun tak teruk." 

    " Tak teruk ke Acik, kalau dah dahi tu bertampal, kaki tu pun berbalut, tangan ni ha! Tampal sana-sini dah macam Mumia tak jadi tahu tak." Geram. Betapa terkejutnya Aryssa ketika mendapat tahu adik dia kemalangan. Secepat mungkin dia heret Ma dan Adik dia pergi hospital. Nasib baik Ma ada dirumah tak pergi kedai. kalau tak ada, siapa hendak memandu untuk dia pergi hospital. Dia nak memandu kereta sendiri memang dah tak larat dengan keadaan perut yang macam belon.

    Azrul tersengih lagi. Hanya itu yang termampu. Nak menjawab bebelan Kak Long dia, tapi tak sampai hati pulak. Mereka semua tu marah-marah sayang aje.

    Kedengaran pintu wad ditolak dari luar. Tersembul Tuan Azman dan Izlan di sebalik pintu sambil mengucap salam.

    " Assalamuallaikum." 

    " Walaikummussalam." Serentak penghuni wad menjawab. Tangan kedua orang lelaki itu disalam satu persatu oleh mereka. Terlihat raut wajah penat juga risau terpamer di wajah Tuan Azman. Selepas mendapat berita yang anak dia kemalangan dari sang isteri, dia terus bergegas memandu ke hospital. Sampai di tempat parking, terserempak pulak dengan anak menantu dia, Izlan yang mungkin juga baru sampai.

    " Acik macam mana? Nampak gaya macam teruk sangat aje? " Tuan Azman bertanya. Wajah yang seketika tadi nampak risau kini beransur hilang. Lega hati nampak anak dia yang masih dapat bernafas walau badan dah hendak macam mumia. Berbalut sana-sini.

    " Okey lah Ayah. Luka kecik aje ni. Hehe..."

    " Macam mana Acik boleh accident ni? Merempit ek?" Izlan bersuara. Aryssa menyiku kecil perut suaminya itu. Adik dia mana pernah merempit, cuma mat motor aje. Heee

    " Tak lah Abang Long. Acik ni mana pernah merempit. Senakal-nakal Acik, Acik ni pemandu yang budiman tau! Ikut undang-undang lalu lintas." 

    " Budiman lah sangat kan. Sampai dah kena langgar dan teruk macam ini, kau tak nak repot polis. Pasal yang langgar kau tu awek cun melecun bak bidadari turun dari langit kan." Afiz membongkar rahsia. Oh My Bro. Apa pasal kau bukak kartu?

    Semua orang memandang Azrul.









      Seminggu berlalu dari kemalangan yang menimpa Azrul. Tapi impak kemalangan itu memang akan membekas dalam ingatan dia. Maya. Nama itu sentiasa meniti di bibir sensual dia. Nama yang cukup cantik se cantik orangnya. Orangnya kecil molek aje, bertudung litup. Manis dengan seulas bibir comel, mata yang bundar dan alis hitam tebal.

     Dia tersenyum. Senang hati dan gembira sungguh dia ketika beberapa hari sudah, gadis manis itu melawat dirinya di rumah. Terkejut pun ada juga, macam mana Maya boleh tahu dimana dia tinggal? Agaknya dari pihak hospital. Telahnya.

      Pandangan mata di tala kearah ikan-ikan peliharaan Ma di dalm kolam. Sesekali tu senyum, menggeleng-geleng kepala, lagak dah macam orang tak betul aje. Sah! Azrul dah angau tahap power rangers.

    " Sengih-sengih aje kau ni, angau dah ke?" 

    Mak aih. Azrul mencoba bertenang walau hakikatnya jantung macam nak luruh dek terperanjat dengan suara kembar dia, Afiz yang tiba-tiba datang tanpa salam. ' macam nak bagi aku jalan aje kembar sorang ni.' Omel dia.

    " Mana ada aku angau. Kelakar aje tengok ikan-ikan ni." Dalih dia.

    " Tang mananya yang kelakar? " Afiz turut sama memerhati ikan-ikan yang berwarna kuning itu di dalam kolam.

     " Err... Tang bibir yang comel tu." Garu kepala. Main rembat aje memana alasan. Asalkan Afiz tak syak macam-macam.

    " Bibir? Comel? Tadi kelakar, ni comel pulak? Memang sah kau tu tengah duk berangankan Maya kan?" Gotcha! Tepat sungguh tekaan si kembar. Dah nama pun kembar, kontak batin tu pasti ada kan walau sipi-sipi aje.

    Azrul garu belakang leher. Sengih. Kantoi sudah.

   " Rilex la, dengan orang lain kau boleh tipu. Dengan aku? Tak kan berjaya punya. Haha"

   " Pertama kali aku nampak perempuan se ayu dia. Manis, cantik, sopan santun. Haih! Aku macam dah gila bayang Ngah. " 

    " Kalau dah suka. Cakap aje direct kat empunya diri. Acik dah oke kan? Start to mengurat si jantung hati." Afiz menepuk belakang adik kembar dia sebelum melangkah pergi.

   ' Ya! Saatnya menjadi 'pencinta wanita' yang sejati. Saatnya menjadi Jiwa Fantasi ' 










    " Kau okey ke tak ni Ngah?" Azrul melekapkan belakang tapak tangan ke dahi Afiz. Demam ke? Okey je, tak panas! Tapi...

    " Pink?" 

    " A'ah. Pink. Awat pulak?" Riak selamba di pamer. Tangan menggapai helmet lalu di sarungkan ke atas kepala.

     Azrul masih tercengang. Pelik dan heran pun ada. Tak akan dia yang macho ini suruh naik motor kaler pink. Nampak dek Maya, gadis pujaan hati. Jatuh saham. Merundum terus dan paling teruk, reject terus jadi bakal suami. Tak nak!

    " Kau nak pergi ke tidak ni?" Afiz yang sudah menunggang 'Cik Pinkky' mula menghidupkan enjin. 

    Brumm..brumm.. Suara dari motor vespa warna pink itu kedengaran. 

    " Nak. Tapi.." 

    " No excuse, naik aje. Kita dah lambat ni. Kelas Sir Umran dah nak start kejap lagi." 

    " Aku naik teksi aje lah. Kau sorang aje yang naik 'Cik Pinkky' tu. " Kaki di hayun ingin melangkah ke pintu pagar rumah.

    " Kau nak tunggu teksi sampai bila? Kelas Sir Umran tu tinggal beberapa minit aje lagi. Cepat naik sebelum aku report kat Ma." Afiz mengugut. Azrul. Senakal-nakal dia, perkara paling dia takuti adalah kemarahan Puan Mas. Nak ugut dia, panggil aje Ma. Confirm dia diam terus. Menurut. Berbeza dengan si Angah Afiz, dia paling takut dengan si Ayah. Tuan Azman, diam-diam menakutkan. Sekali dah marah, kecut terus hati. Lain pula dengan si sulong Kak Long. Ma dan Ayah? tak akan takut sangat. Anak kesayangan tu. Tapi, yang paling dia takuti adalah Nek Mah. Hajah Rahmah, siapa tak kenal. Garang beb! Tak cuma Kak Long Aryssa, semua anak dia pun takut. Si bongsu Asilla pula. Dia ni pendiam aje, tak banyak kerenah, tak nakal macam tiga kakak Abang dia tu. Adik ni tipe yang peramah, pendiam. Tapi kalau dah mengamuk. Sebijik macam Tuan Azman. Semua orang pun tak berani dekat. Macam rimau. Aumm.. Haha

    " Kau tak malu ke Ngah naik motor pink macam ni? " kepala di toleh ke kanan, kemudian ke kiri. Malu wei kalau awek nampak. Saham jatuh.

    " Malu la juga. Tapi nak buat macam mana, dah adanya mende alah ini aje yang terparking kat rumah tu." Afiz menjawab selamba. Siapa kata dia tak malu. Tapi dia matang, buang jauh-jauh rasa malu itu. Bukannya dia curik motor ke apa, dia pinjam motor adik dia aje.

     " Menyesal la pulak semalam aku tak ambil motor aku dekat kedai tu. kalau tak, tak payah aku memalukan diri sendiri naik motor Adik ni. " 

     " Kau banyak songeh la Acik, aku turunkan kau dekat sini kang. Nangis tak berlagu hang! Pink dengan lelaki kan macho what? Sekarang dah trend lelaki dengan kaler pink-pink ni. Kau ikut lah dari salah satu lelaki sensual lagi macho tu, hahaha" 

    " Macho la sangat kan. Aku geli betul la dengan kaler pink bagai ni. Euuww" Rasa geli. Azrul dengan pink. Memang tak pernah ngam dari dulu lagi. Kalau Illa minta di belikan sesuatu, pasti minta kaler pink. Tapi boleh pulak dia belikan kaler hijau. Tong sampah la jawabnya. Last-last, gaduh. 

     " Geli tak geli. Kau dah rasa pun naik benda pink ni. Haha"

     Azrul di belakang pembonceng mencebik. 












      Sedang asyik menjamu selera di kantin kolej. Suara merdu seseorang menyapa pendengaran. Lalu mata di larikan ke arah suara itu. Maya! Pujaan hatiku. Dia sedang berdiri di tepi kanan tempat Azrul duduk dengan membawa dulang makanan.

     " Awak, boleh saya duduk sini? Meja semua dah penuh la." Maya memberitahu. Azrul menatap Maya tanpa kelip sambil tersenyum kecil.

     " Ehem, Awak. Boleh ke?" 

     " Hah? A.. A.. Boleh boleh. Duduk la." Azrul mempelawa. 

Suasana di meja itu sunyi seketika. Dua-dua melantak sakan apa yang terhidang di depan mereka. Azrul, pagi tadi tak sempat sarapan pasal assigment Miss Weeda kena di hantar pagi-pagi lagi. Maya pulak, dia memang jenis tak pernah makan sarapan, sekadar minum aja dah cukup. Diet lah katakan. Tapi kalau lunch, sila jangan terkejut tengok dia makan. Satu pinggan penuh pun dia boleh habiskan. 

     " Errr... Awak dah okey ke? Sakit lagi tak?" Maya memulakan bicara. Canggung pulak bila dua-dua diam. Mahal sangat agaknya suara tu.

     " Alhamdulillah okey. Luka pun semua dah kering. Mujarab betul ubat yang Maya bawakan haritu. Thankz." Control macho Az. Jangan gelabah walau dalam hati tu dah keluar bunyi kompang di palu.

    " Ahamdulillah. Thankz juga Awak tak report polis pasal kemalangan hari itu. Dan.. Pasal kos perbaikan motor Awak tu, biar Saya yang bayar. Tolong nanti resit semua kos perbaikan kasi dekat Saya ek." 

    " eh, tak payah. Az dah bayar semua kos perbaikan. Small matter aje. "

    " tak boleh macam itu Awak, Saya yang salah. Saya kena tanggung jawab juga. Dah lah bill hospital tu pun awak tak kasi saya lunaskan. Yang ini pun awak tak kasi saya bayar. Tak adil la awak." 

    " Tak ape. Saya ikhlas. Simpan aje duit tu untuk masa depan awak." Heh. Jadi saya-awak pulak. Tajam betul penangan Maya. Malam terimpi, siang terbayang. 

    " Betul ni? " 

    " Ya, betul."

    " Ikhlas?"

    " Ikhlas Cik Maya. Dari lubuk hati yang terdalam tau. hee" 

    " Haha, ada-ada aje awak ni. Thanks tau. " Maya bangun dari duduk. Buku di masukan ke dalam beg sandang.

    " Kasih di terima." Kasih di pahat di dalam hati' ayat hujung tu lirih aje dia tuturkan.

    Maya melangkah menjauhi Azrul yang masih berdiri di tempat itu. Memerhatikan Maya dari belakang. Aku dah angau Ma! Jerit hati Azrul.

    " Awak.." Maya menoleh. Melangkah beberapa tapak ke arah Azrul. 

    Azrul terkaku. 

    " Awak yang semalam naik motor pink dengan Angah awak si Afiz tu kan?" Hah! Dia nampak? Im dead, totally dead! Jatuh terus saham nak pikat Maya.

    Azrul masih terdiam dan terkaku. Statik berdiri di tempat itu.

   " You look so gorgeous tau. Addorable. Lelaki nampak macho dan awesome dengan kaler pink. " Maya kedipkan mata sebelum berlalu pergi.

    Azrul? Terlopong terus.











     Selepas makan malam tadi. Semua berkumpul di ruang menonton televisyen. Hanya Azrul saja yang meminta izin untuk naik ke kamar hendak menukar seluar yang tertumpah kuah kari tika menolong Puan Mas mengemas meja makan. 

    " Ma, bila cawangan kat putrajaya tu nak di rasmi? " Aryssa bertanya pada Puan Mas yang duduk di sisi Tuan Azman sambil mata tak lekang menatap kaca televisyen. Tengok drama bukan main khusyuk aje Ma ni, macam nak telan terus aje pelakon dalam tv tu. heee

    " Dua minggu lagi. Kenapa? Kak Long nak ikut ke? Larat lagi ?" Mata beralih pada Aryssa yang sedang duduk bersandar pada bahu si suami. Izlan. Alhamdulillah, tak sia-sia Mak jodohkan korang berdua.

    " Tak la, rasa macam dah tak larat jalan jauh aje. " 

    Azrul melabuhkan punggung di atas permaidani bersebelahan Afiz dan Illa yang sedang enak mengunyah kacang. Tangan mengagau balang kaca yang berisi kacang lalu di ambilnya beberapa sebelum di kopek dan dimasukan ke dalam mulut. Kulit yang dah tiada isi dia letak di depan Illa. Nak buat perangai nakal sikit pada adik perempuan dia itu. 

    Illa di perhati. Budak ni kalau dah tengok tv, khusyuk bukan main. Mata tu asyik terarah ke kaca tv aje. Skejap saja lagi. Azrul mengira lirih. 

    Satu... Dua... Ti..

    " Acik!!" Illa geram. Boleh pulak kulit kacang aje yang dia dapat. Ternyata balang kaca berisi kacang yang utuh itu sudah berada dalam dekapan Angah, sedangkan depan dia hanya kulit kacang yang tiada isi. Patut rasa lain aje masa dia kunyah. Haha

    Semua ahli keluarga menoleh ke arah Illa. Muka Illa benggang, Azrul sudah terkekek ketawa, sedangkan Afiz hanya tersengih. Nak gelak, kesian pula dengan si bongsu. So, senyum aje yang mampu.

     " Ala, Acik cuma main sikit aje dah nak marah. Chill la Dik. Tak comel la kalau marah macam ni." Azrul memujuk. Ditambah perisa coklat biar menjadi pujukan dia pada si adik.

    " Tak mempan la pujukan Acik. Adik beng.."

    " Auww.." Tak sempat Illa meneruskan kata, tiba-tiba terdengar suara Aryssa mengadu sakit. Izlan di sisi cemas. Dah nak beranak ke bini aku ni? Bukan bulan depan ke?

    " Kenapa Long? Nak bersalin dah ke?" Puan Mas kalut. Anak sulong dia di dekati. Punggung di labuhkan di sebelah kanan Aryssa.

    " Tak lagi kut Ma. Cuma baby tendang perut Ibu ni kuat sangat. Macam tengah main bola aje lagaknya." Izlan dan yang lain menarik nafas lega. Ingatkan dah nak bersalin dah. 

    " Eh, main bola? Bukannya baby tu gegurl ke Long?" Puan Mas hairan.

    " Entah Ma. Allahu Alam aje. Tapi scen hari tu memang gegurl. Tapi tendangan dia dah macam  tendangan Rooney nak cetak gol aje. Buussss.. Goll" tak padan dengan perut dan rasa sakit Kak Long ni. Boleh pulak bercakap sambil buat gaya ala-ala orang nak tendang bola. Azrul, Afiz dan Illa dah panggung senyum melihat tingkah Kak Long dia. Minah sewel.

    " Auww.." Aryssa menjerit lagi bila tendangan dari dalam perut terasa. 

     Izlan disamping sudah tergeleng.










      Menanti itu memang perkara paling mendebarkan kan. Itulah yang sekarang sedang di alami Azrul Bin Azman.
     Menanti apa? Menanti sebuah jawaban... Ngee~~dah macam lagu kumpulan penyanyi asal indonesia itu aje. Menanti sebuah jawaban by Padi Band. Heee

     Semalam dia baru saja mengutarakan isi hati yang terpendam untuk si Maya. Bila melihat raut wajah Maya ketika itu, memang jawaban nampak positif. Tapi bila Maya minta waktu untuk berfikir, bunga yang hendak mekar itu kuncup terus. Bila Maya nak bagi jawaban? Semalam dia hanya cakap, 

    ' Bagi Maya masa. Esok ke lusa, Maya akan bagi jawaban dari pertanyaan Az.' Itu kata Maya semalam. Dua minggu berkawan dengan Maya cukup membuatkan Azrul semakin mengasihi gadis bernama Maya Awina. Dulu Saya-Awak. Sekarang guna Az-Maya. Jadi, AzMa terus deh! Haha

    Laptop di atas katil di buka lalu butang power on/off di tekan. Seketika kemudian paparan skrin laptop menyala.internet di buka, laman sosial Facebook yang jadi kegilaan manusia zaman kini dia jejaki.

    ' Dah lama aku tak main benda alah ni. Ada sesiapa rindu aku tak?' Heee...

    Kotak yang memaparkan kata ' What's on your mind?' dia tekan... Kotak status leee...

   " Jangan Langgar Hatiku! Tapi apa boleh buat.
     Kau telah pun langgar hatiku sampai kacau hidupku.
     Jangan lari! Beri aku ubat untuk penawar di hati. 
    Aku setia menanti, menanti penawar ubati hati." 

    Lima saat.. Sepulih saat.. Satu minit..

    Fuhyooo... Tak sampai beberapa minit, dah ada pemberitahuan. 14 like dan 4 comment.

    Status di buka.dilihat Satu persatu komen yang ada. 

Bintang Hati ( Afiz aka Angah ) : "Poyo lah ko Jiwa Fantasi. Selamat berjuang my kembar." Nama samaran facebook azrul. Heee

Aryssa sewel ( Kak Long) : " Ngee~~~ Ko nie belajar enginer ke doktor Acik? Ayat dah macam Encik Doktor aje.  Hahaha... :p. Fighting Acik. Chaiyok. "
   
Dunia Maya Ku ( Tak kenal, tapi macam kenal ni) : " Nak ubat? Beli at farmacy Cik Abang oii.. :p.  Menanti itu memang sengsara. Menanti itu memang menggugat jiwa. Tapi yakin dan bersabarlah. Sabar itu buahnya manis. Gula-gula kapas aje kalah tau. :)"

Dayang Sahilla ( Adik bongsu ) : " Acik,!!!! DP comel la, T-Shirt pink. :p " 

    Heh! Komen adik sorang tu memang melencong habis, tak masuk dalam line status. Tapi? Bukak kartu la pulak. T-Shirt pink!

    Cinta memang dapat merubah seseorang kan. Azrul yang dulunya alergik tahap gaban dengan benda-benda berbau pink. Kini sedang jinak-jinak dengan warna itu. Kenapa? Semua kerana penangan Cik Maya. Selepas Maya bilang,
'You look so gorgeous tau. Addorable. Lelaki nampak macho dan awesome dengan kaler pink. '

     Setiap kali beli barang, pasti kaler pink yang dia cari. Ada satu hari itu, dia pergi shopping mall dengan Illa. Dia terpikat dengan T-Shirt berlogo Band Metal dari Hollywood. Dia pergi ke kaunter dan minta logo yang sama, tapi dengan baju kaler pink. Penjual tu cakap tak ada, semua kaler hitam aje. Azrul mati-matian nak kaler pink juga, sampai bertekak dengan penjual itu. Illa yang merasa malu dengan pelanggan yang lain, cepat-cepat tarik tangan Azrul ke arah luar kedai. Penangan pink, baju metal. Ade ke kaler pink? 







      
   ( gambar hanya sekadar imaginasi cik penulis, heee) 


     Mata melilau ke segenap sudut kedai. Masih berfikir. Benda apa yang sesuai untuk di beri kepada orang yang tersayang. Azrul mencapai teddy bear warna pink yang sebesar budak 2 tahun. Dia peluk teddy bear itu sekejap. ' sedapnya peluk benda ni, macam tak nak lepas. Patut orang perempuan suka dengan yang berbau patung teddy ni. Nyaman.' Teddy bear di lepas, lalu dia mencapai patung teddy yang lebih besar sedikit dari yang sebelumnya. ' Aku nak bagi ini ke? Errmm, kalau dia peluk patung ini, lah aku siapa nak peluk? Baik peluk aku, lebih nyaman.' Ngomel Azrul lalu tersengih bila mengenang ke miangan dia. Haha

     Penat berfikir, lelah mencari. Di suatu sudut rak, dia ternampak sesuatu benda yang terlihat unik. Sebuah balang kaca berbentuk bulat berpenutup kaca juga dan di dalamnya terdapat patung-patung kecil berwarna-warni yang terbuat dari plastik. Nampak comel. Dia mengambil benda itu lalu membuat bayaran di kaunter.

     Keluar dari kedai 'Unique Gift' . Dia berjalan menuju kedai makan. Perut yang sejak tadi lagi sudah berirama rock minta di isi dengan kadar segera. Azrul menilik jam di pergelangan tangan. Pukul 2 siang. Patutlah irama berbagai rentak sudah bermarak di dalam perut, lunch time tak tahunya.

     Kedai makanan segera yang bericon 'atok aku' dia hampiri. Apa tu? KFC lee. Heee kan ada gambar orang tua a.k.a atok-atok. Heeee

     Belum sempat memasuki kedai tersebut. Dia ternampak kelibat seorang lelaki dan perempuan yang dia kenali sedang duduk dan berbual mesra di sudut kedai. Maya dengan Afiz. ' Apa sebenarnya hubungan mereka?' Hati tiba-tiba sakit, bagai di timpa batu besar. Dia berundur sedikit dan bersembunyi di sebalik dinding bila nampak Maya dan Afiz keluar dari KFC. 

     Azrul mengintai dari jauh kelibat Afiz dan Maya yang sedang berjalan menuju ke aras bawah. Afiz menggenggam erat tangan maya ketika menaiki tangga bergerak.  Dari belakang Azrul berjalan pantas, ingin menyaingi kelibat dua manusia itu. Ingin rasanya sebuah penumbuk dia berikan kepada Afiz. Peritnya hati bila orang yang dia sayang di rampas abang sendiri. Dia berlari kecil, dah hampir sampai pada dua orang itu. Tiba-tiba badan dia dirempuh seseorang yang sama juga berlari dari arah berlawanan. Jatuh bergolek dia di lantai. Dia berdiri, memohon maaf pada orang yang sama juga jatuh itu. Entah siapa yang salah, tapi biarlah dia beralah untuk meminta maaf. 

     Azrul bangkit, mata melilau ke sekeliling kawasan. Tapi kelibat orang yang di cari sudah tak tersapa di pandangan mata. Azrul kecewa. Dia berjalan menuju ke pintu keluar Mall Alamnda itu. Sesampainya di dalam kereta dia tak terus menghidupkan enjin kereta. Dia bersandar di kerusi pemandu menenangkan hati yang kian sakit. 

     Pelik! Hati rasa sedikit pelik mengingatkan tentang dressing Maya. Ketika berada di dalam KFC, Maya mengenakan jeans hitam dengan blaus warna pink dan di padankan dengan shawl warna hitam. Tapi ketika keluar dari KFC dan ketika berpimpin tangan dengan Afiz tadi, dia mengenakan shawl warna pink tua. ' Pelik betul. Ke aku dah rabun ni?" Batin Azrul.

     Enjin di hidupkan. Kereta Suzuki swift sport milik Kak Long dia pandu menuju ke damansara. Pulang kerumah keluarga dia.

    Tutt..tutt...

    Bunyi telefon bimbit yang menandakan ada pesanan masuk tersapa di pendengaran. Tangan kiri mengagau ke dalam dashboard untuk mencari handpone lalu sms di buka.

   + Where are you Cik? Cepat balik.
     Angah~~

   ' Aku kat mana? Kau peduli apa Ngah? Kalau kau dah hancurkan hidup aku!!" 

    Gunung berapi hampir meletup.







     Kereta di parking di sebelah kereta perodua milik ma. 'Awal ma balik. Selalunya nak dekat maghrib baru nampak muka ma' ngomel Azrul.

     Masuk ke dalam rumah. Tapi suasana sunyi sepi macam tiada berpenghuni. Di hujung tangga bawah dia berhenti. Mata menala ke arah dapur. Pendengaran di tajamkan. Sunyi! ' Kereta ma ada kat rumah. Tapi tak dengar satu bunyi pun kat dalam rumah ni.ah, agaknya ma ada kat bilik! ' telah Azrul lalu menaiki anak tangga satu persatu menuju ke lantai atas lalu menuju bilik dia.

     Badan di rebahkan ke katil. Kotak hadiah yang ingin di berikannya kepada Maya dia ambil dari bungkusan. Rasa macam nak hempaskan aje kotak hadiah itu ke lantai biar berkecai macam hati dia yang tengah remuk redam dek penghianatan Maya dan Afiz. 

     ' Apa salah aku sampai korang dua buat aku seperti ini.' Api amarah semakin marak dalam hati Azrul. Dia benci. Dia benci semua itu. Afiz tau yang dia menaruh hati kepada Maya, tapi kenapa dia tega menusuk adik sendiri dari belakang. Tak terasakah Afiz dengan sakit hati yang sedang Azrul rasa sekarang. Mereka kan kembar. 

     Badan tegak. Duduk di birai katil sambil mencuba mendengar perbualan seseorang di luar kamar.

     Afiz! Ya, itu suara Angah dia yang sedang berborak dengan seseorang di luar kamar dia.

    ' Aku akan beri pelajaran pada dia. Ya! Dia harus rasa apa yang aku rasa sekarang.' Azrul melngkah menghampiri pintu bilik lalu di bukanya. Dia melihat ke arah pintu bilik Afiz di sebelah. Sunyi. Dia memerhati ke arah tangga. Kelibat Afiz yang sedang menuruni anak tangga dia ikuti.

    Sesampainya di laman buaian belakang rumah. Afiz berhenti. 

    " Angah!" Panggil Azrul sedikit tinggi nadanya.

    Afiz menoleh. Belum sempat bibir menjawab panggilan adiknya itu. Satu tumbukan yang begitu kuat mendarat di muka dia. Tepi bibir yang begitu perit dia sentuh dengan tangan. 'Sakit dowh!' Cecair yang melekat di hujung bibir dia kesat kasar dengan jari.

    " Kau ni apasal Acik? Tetiba nak serang orang. Kau dah gila ke apa? " 

    Tanpa jawaban. Satu tumbukan hinggap lagi di pelipis Afiz. 

    " Aku gila sebab ulah kau! " Tangan ingin menumbuk lagi muka Afiz yang dah lebam sikit. Belum sempat buku lima mengenai muka Afiz, tangan dia di hadang oleh Afiz dengan sisa kekuatan yang ada.

    " Aku tak faham Acik! Apa yang aku dah buat pada kau sampai kau tumbuk aku sebegini hah? " 

    " Jangan pura-pura bodoh kau Ngah. Aku benci penghianat macam kau. Kau patut dapat penumbuk dari aku!" 

    Tangan kanan Azrul dalam genggaman Afiz. Tapi dia tak tinggal dia. Tangan sebelah lagi cuba untuk menumbuk Afiz. Tapi Afiz lebih cepat. Penumbuk itu dia genggam dengan sebelah tangan yang masih kosong. Tangan Azrul dia pusingkan ke arah belakang badan. Azrul menyeringai kesakitan. Dia lupa yang Afiz ada green belt sedangkan dia hanya di bawah kuasa Angah dia aje yaitu white belt. Belt pemula bagi jurus bela diri taekwondo.

    " Sumpah! Aku tak faham dengan apa yang kau cakap semua ini Acik. Cuba kau cakap elok-elok sikit. Bagi aku faham dengan otak kau yang dah tak betul itu."

    " Kau pagar makan tanaman Ngah. Kau rampas...auch..auch.." Azrul menyeringai bila pegangan tangan Afiz semakin kejap. ' Gila keras tulang angah ni, macam nak lunyai aje tangan aku'

    " Sakit kan? Aku akan lepas tangan kau ni. Tapi tolong kau buat aku faham apa yang kau tak puas hati dengan aku Acik."

    " Ya. allah Angah, Acik. Apa yang korang gaduh-gaduh kat belakang ini hah?" Belum sempat Afiz melepaskan tangan Azrul. Suara seseorang berdentum lantang. Cepat-cepat tangan Azrul dia lepaskan sebelum keduanya menoleh kebelakang. Kak Long.

    Aryssa menghampiri dua adik kembar itu. Satu persatu mereka dia tatap. Tajam. 

    " Kau orang nak gurau tu biarlah berpadan sikit. Ini dah macam nak bagi masuk sepital aje lagaknya. Kak Long report Ma dengan Ayah kang! Nahas korang dua." Ugut Aryssa lalu melabuhkan punggung di kerusi batu tidak jauh dari mereka. Nak berdiri lama, memang dah tak larat sungguh.

     " Meh sini, duduk depan Kak Long." 

     Azrul dan Afiz menurut. nak melawan? Gila ke apa, penangkal pada ketakutan dua kembar itu sudah di sebut Kak Long. Ma dan Ayah. Takut woo

    " Apa sebenarnya yang korang gaduhkan ni hah?" Afiz memandang Azrul. Azrul pulak buat muka geram. Dua-dua diam tanpa bersuara.

    " Acik! Apa yang Acik tak puas hati dengan Angah? Kak Long dah tengok dan dengar dari awal lagi korang gaduh tadi. Kak Long diamkan aje pasal Kak Long ingat korang memain aje macam biasa. Tapi bila lama-lama nampak semakin tegang, baru Kak Long memekik. Sila jelaskan dengan detail apa yang Acik tak puas hati tu?" Lantang. Kuat membebel jugak mak buyung satu ini. Tak padan dengan perut, tapi masih kuat membebel aje. Heee

     " Angah tu la.." Azrul menjawab sambil menunjuk ke arah Afiz.

     " Apa pulak Angah? Angah sampai sini aje terus dapat 'habuan' dari Acik. Kalau ditanya dia cakap. Angah penghianat. Eish... Tak paham betul Angah dengan Acik ni Long."

     " Okey! Sekarang cer Acik cerita dengan kitorang masalah sebenar Acik. Korang tu dah besar panjang tapi, still tak matang lagi. Nak selesaikan masalah tu tak payah guna kekerasan. Bawak-bawaklah berbincang. Kan elok"

     " Tadi Acik dari Shoping Mall. Nak beli something buat Maya untuk hadiah first date kitorang esok. Tapi tadi Acik nampak Maya tengah makan dengan Angah. Lepas tu boleh berpegang tangan pulak tu. Acik rasa..."

    " Oowwhh... Kiranya jealos lah ni kan?" Tebak Aryssa sambil tersenyum simpul. 

     Afiz yang di sebelah sudah mengorak senyum. ' jeles tak bertempat betul adik aku ni. Kiranya Adik aku ni dah betul-betul suka dengan Maya la ye. Dengan awek lain mana pernah dia caring macam ni. Sampai tumbuk muka aku pulak tu. haihh' ngomel Afiz dalam hati.

    " Siapa yang tak jealous Kak Long kalau orang yang fisayang tu di rebut Abang sendiri." Lemah. Azrul bersuara sambil menundukan wajah. 

    " Sorry la Acik. Okey! Angah jujur, memang tadi tu angah jumpa Maya. Tapi kita bukan berdua aje, ada orang lain sebenarnya. Tapi mungkin orang satu lagi tu tengah pi toilet. Ke.." Belum sempat Afiz menghabiskan kata-kata dia. Suara orang memberi salam dari luar rumah kedengaran.

    " Hah! Kalau Acik nak penjelasan yang lebih detail lagi. Tanya aje dengan empunya diri terus. Tu dia ada kat luar.. Jemput mereka masuk." Kata hafiz sebelum berlalu.

    " Angah, tolong Kak Long bangun. Susah la.." Aryssa tersenyum.

    " Ni lagi mak buyung sorang ni. Lain kali duduk aje dalam bilik. Tak padan dengan perut, asyik nak jalan aje." Aryssa mencubit kecil lengan Afiz yang sedang memimpin dia memasuki rumah.

     Azrul. Terdiam seketika mencerna kata-kata Afiz tadi. 

    " Siapa yang datang? Maya ke?"












    " Lain kali jangan Suudzon dulu. Tanya! Ini tak, main ikut amarah aje." Maya yang sedang menolong memberi ubat sapu ke muka Azrul dengan kapas bercakap. Gila tak terkejut dia bila nampak muka Azrul dengan Afiz memar macam orang gaduh. Dan bila dengar penjelasan Kak Long kenapa diorang gaduh, rasa nak senyum pun ada, nak marah pun iya juga.

     Azrul yang mengetahui kebenarannya menjadi serba salah. Malu. Kesal pada diri sendiri. Kesian Angah jadi kajian penumbuk aku.

     Sebenarnya memang Afiz dan Maya yang dia lihat sedang makan di kfc siang tadi. Tapi tak cuma mereka berdua. Ada lagi orang lain yang bersama mereka. Julia. Tapi Julia sedang pergi tandas untuk basuh tangan. Dan yang dia lihat berpimpin tangan dengan Angah itu adalah Julia. Tunang Afiz .

      Tapi aku memang lihat Maya dengan Angah keluar dari kfc itu. Dan tak ada pun Julia ikut sama. 'Ohh! Baru teringat. Leka mengintai Maya dengan Afiz, dia terlanggar makcik cleaner dan terjatuh. Dan masa itulah Maya berpisah dengan Julia dan Angah. Lalu Angah jalan berdua saja dengan Julia. Haila Acik! Cobaan aje. Heee

    " Eh! Kenapa pulak Maya boleh ada dengan Angah dan Ju?" 

    " Lunch!" Jawab Maya singkat. Muka ketat masih terpamer di wajah. Afiz, Julia dan Aryssa tersenyum lucu dengan tingkah Maya. ' Boleh tahan garang juga calon adik ipar aku ni.' Batin Aryssa.

    Maya menoleh kepada Azrul sekilas. Muka blurr bin bingung masih terpamer di wajah macho yang dah tak nampak macho azrul. Lebam. 

    " Julia tu kakak sepupu Maya. Dia mintak Maya temankan dia untuk berjumpa tunang dia. Maya memang tengah free. so, okey aje la." 

    " Jadi, Maya memang dah kenal Angah lama lah iya? Ke baru kenal tadi?" 

    " Dah kenal lama. "

    " Lah, ye ke? Az tak..."

    " Maya kenal Az pun dah lama. Tapi Az aje yang tak pernah nampak kewujudan Maya." Lirih. Azrul jadi serba salah. Bunyi macam kecik hati aje buah hati aku ni. Erkk.. Buah hati? Belum lagi Az oii.

    " Sorry. Az minta sorry okey. Cuba Maya cerita dekat Az. Az memang tak tahu ni."

    " Ingat lagi tak hari perkahwinan Kak Long dua tahun lepas?"

     Azrul mengangguk. Kenapa pulak dengan hari perkahwinan kak long dia itu? Memanglah perkahwinan itu kecoh sekejap pasal pengantin perempuan pengsan selepas dapat cium dekat dahi oleh pengantin lelaki. Bikin malu aje Kak Long tu. Tak padan dengan brutal. 

     " Maya pun ada kat situ tau. Maya perhatikan Az, tapi Az buat tak endah aje. Maya cuba pancing Az untuk pandang Maya dengan mencuba jatuhkan sudu dekat sebelah Az. Tapi Az tetap tak pandang Maya. Sedih sangat masa tu." 

     ' Lah, sampai macam tu sekali ke? Kenapa dulu aku tak nampak Maya pun.'

     " Lepas tu Maya korek-korek dengan Kak Long tentang Az. Nasib baik Kak Long sporting aje orangnya. Kak Long cerita lah serba sedikit tentang Az. Since that day. Maya tanam azam nak dekati Az. Sampai satu hari tu.." Maya berjeda. Dia menunduk. 

     " satu hari tu? Kenapa Maya? " Azrul semakin teruja dengan cerita Maya. Kiranya dia memang suka aku lebih dulu lah kan? Kenapa lah aku tak perasan wujud dia dari dulu lagi. Kalau tak,agaknya aku dah selamat bertunang dengan dia dulu daripada Angah dengan Ju, hee'

     " Hari tu. hari pertunangan Ju dengan Afiz. Maya pun ada sama. Jadi teman Ju kat dalam bilik. Masa nampak Az dekat sebelah Aunty Mas yang sedang sarung cincin dekat jari Ju. Maya gembira dan teruja tengok Az dengan baju melayu warna purple tu. Lebih teuja bila nampak baju yang kita kenakan warnanya sedondon. Sampai Maya pernah terfikir, mungkin kita berjodoh. Tapi... Harapan Maya musnah bila nampak ada seorang gadis manis, ayu dan menawan duduk di sebelah Az. Dan perlakuan Az pada gadis itu memang sangat romantik. Maya sedih. Lalu Maya kubur azam untuk dekati az. Dan Maya memang tak pernah berharap untuk bertemu Az lagi sampai kita di pertemukan dalam kemalangan itu."

      Azrul sungguh tergamam bercampur gembira dengan cerita Maya. Ya! Dia lah gadis yang aku impikan setiap malamku. Gadis yang aku pandang ketika Ma sarung cincin kat Julia dulu itu. Haish. Jodoh ni unik kan. Mungkin tak kalau Maya ni Allah turunkan untuk jadi jodoh aku?

    " Maya nak tahu sesuatu tak?" azrul bersuara. Dia melihat ke sekeliling. Errk! Apasal semua orang tak ada? Dia menoleh ke arah meja makan. Afiz, Julia juga Aryssa sedang enak menjamu selera. 

     Maya mendongak ke arah Azrul. Seketika, lalu dia melihat ke arah lain. Dia pun tahu hukum hakam agama. Haram melihat ajnabi yang bukan mahram.

    " Az pun terjatuh hati pada gadis yang Ayu berbaju kurung ungu, bertudung hitam yang duduk di sebelah Julia tika Ma sarung cincin dulu. Dan nak tahu lagi tak? Gadis yang Maya cakap duduk sebelah Az, yang Maya cakap Az romantik dengan dia tu sebenarnya. Adik sepupu Az. Nama dia Fika, dia tu dah macam adik kami sendiri. Dia tu anak susuan Ma." Huh! Lega hati.

    Senyum mekar terukir diwajah kedua mereka. Sunyi. Dua-dua terdiam tanpa suara.

    " Jadi kiranya, jawaban dari pertanyaan Az dua hari lepas tu. Maya terima Az la kan?hee" 

    Maya senyum lalu dia mengangguk. 

    " Kalau boleh, Az tak hendak ber'kapel-kapel' bagai ni. If Maya sudi. Sudi tak Maya jadi peneman, pendamping suka duka Az di sisa hidup Az ini? " 

     Ini statemen meminang ke melamar ni? Heee...

     Maya terdiam. Berfikir sejenak. Fikir-fikir drama je sebenarnya.

     Maya mengangguk.

    Azrul. "Yahooo" terlompat dia dek rasa gembira.

    Afiz, Julia dan Aryssa di belah sana sudah tereleng-geleng kepala dengan sikap adik mereka.






      Seminggu selepas hari 'luah perasaan' antara Maya dan Azrul. Keluarga Azrul membawa rombongan hendak melamar Maya Awina Bin Musa. 

      Azrul yang segak memakai baju melayu warna unggu sudah terpacak di sebelah kereta milik Ma dan Ayah. Ma dah sound awal-awal. Merisik dan bertunang aje. Baik az tak payah ikut. Tapi dengan kedegilan yang ada. Az nak ikut jugak. Sama juga dengan Kak Long dia yang super degil . Perut tu dah macam belon nak meletup, Izlan suruh duduk rumah aja tak payah ikut. Boleh dia jawab macam ini.

     ' Acik saya cuma ada satu aje abang. Tak boleh tak ikut. Nak tengok Ma sarung cincin jugak.' Bila mak buyung sudah berdegil. Si suami? Turutkan jugak. 

      Semua hantaran di susun rapi di belakang kereta yang di pandu Afiz dengan Julia. Tak raai yang ikut, hanya keluarga  Tuan Azman dan keluarga Tuan Adli yaitu adik Tuan Azman saja. Tuan Azman memandu kereta Lancer dengan Puan Mas, Illa dan juga Azrul. Manakala Aryssa dan Izlan memandu sendiri.

      Kereta mereka keluar meninggalkan pekarangan rumah. Kereta Yang di pandu Izlan dan Aryssa bergerak di barisan depan dan di ikuti kereta Ayah lalu kereta Pak Ngah Adli.

      Di tengah perjalanan yang masih belum sampai juga. Aryssa merasa kurang enak duduk. Sekejap mengiring kanan, sekejap mnegiring kiri. Izlan di sebelah sudah ras tak sedap hati. 

     " Duduk tu cubalah diam sikit sayang. Golek sana golek sini. Tahan kencing ke?" Izlan cuba bertanya. Tangan kiri mencapai tangan isteri yang berada di penghadang kerusi. 

    " Abang.." Meleret aje bunyi.

    " Hurmm.."

    " Abangg... Rasa nak 'pup', " Aryssa menjawab lirih. Nak 'pup'? Izlan memandang si isteri di samping sekilas cuma. Bibir menggores senyum. Nak 'pup' ? Dari awal kahwin memang isteri dia ni paling alah nak sebut kata lain dari 'pup'. 'Pup' tu maknanya dia nak buang hajat la tu.

    " Sabar ye sayang, dekat depan tu ada stesen minyak. Kita singgah kejap eh, nanti sayang abang ni boleh 'pup' kat sana okey?"

     Handphone di atas dashbord dicapai Izlan. Sebuah pesanan ringkas dia hantar kepada Azrul. Pesanan itu berbunyi yang mereka nak singgah kedai minyak sekejap.

     Lima nimit berlalu. Stesen minyak tak smpai lagi. Sepuluh minit berlalu. Aryssa dah tahan rasa. Peluh merenik di dahi semakin banyak.

     " Abang..." Aryssa tercungap.

     Izlan di sebelah dah naik risau. ' Nak pup ke nak beranak bini aku ni?' Batin Izlan.

    " Sayang kenapa ni! Dah tak tahan nak pup ke?"

    " Abang, sayang rasa baby dah nak kelaur... Huaaaa..." Aryssa menjerit kecil. Izlan semakin kalut. 'Alahai isteri aku, time ini jugak nak beranak. '

    " Kejap sayang, kita pergi hospital okey." Handphone dia capai. Nombor telefon Ma dia dail. Tak sampai menunggu lama panggilan dah bersahut.

    " Kenapa Iz?"

    " Ma, Ryssa dah nak bersalin." Ternag Izlan.

    " Lah,tunda dulu tak boleh ke. Ni dah nak dekat sampai rumah Maya ni." Erkk... izlan terdiam kejap.

    " Apaaa? Dah nak bersalin? Cepat patah balik pergi hospital!" Puan Mas seakan tersadar dari apa yang di ungkapkan menantunya itu. Aku ingat nak terkencing. Haish Kak Long, Baby tu nak kelaur masa Uncle dia nak bertunang pulak. Nak tengok Uncle dia tunang agaknya baby tu.

    Telefon bimbit di matikan. Cepat-cepat dia memberi tahu Encik suami yang sedang memandu.

    " Ayahnya, pergi hospital. Kak Long nak bersalin dah tu." 

    Kereta di pandu ke arah hospital.











     Hampir satu jam menunggu kelahiran si kecil. Baby perempuan lahir tepat pukul 3petang waktu setempat dengan berat 3kg lebih sedikit, lahirlah si kecil ke dunia. 

    " Comelnya anak buah Pak Su..." 

    " Haish! Sudah-sudah lah korang kacau baby. Kesian baby nak tengok Ibu kan baby kan.." Aryssa yang baring diatas katil bersuara. Suara tu bukan main lantang lagi. Baru bersalin kan? Tapi tak macam orang baru bersalin. 

    " Kak Long, baby punya pasal. Acik bertunang dengan cara yang super duper unik tau!" Azrul bersuara. Semua orang melihat Azrul yang sedang duduk di sofa hujung bilik VIP yang menempatkan Kak Long dia ini lalu tersenyum sendiri. Geli hati agaknya.

    " Haha.. Kan bagus Acik. Tak pernah-pernah di buat dek orang bertunang di dalam wad hospital. Acik aje yang buat tau! " haha..semua orang di dalam wad itu sudah tertawa . Lucu bila akhirnya Azrul bertunang di dalam wad apabila mati-matian Kak Long dia nak tengok Ma sarung cincin. Nasib baik Maya dan keluarga cukup memahami dan mereka bersetuju sahaja untuk melangsungkan pertunangan di sebelah katil hospital yang di diami Kak Long.

    " Ini lah moment paling bahagia yang Acik tak boleh lupakan tau. Nanti dah kahwin, ada anak. Jangan lupa sharing cerita menarik ini dengan anak-anak Acik dengan Kak Cik tau!" Haha..sekali lagi. Wad itu di gegarkan dengan bunyi tawa mereka bila Illa bersuara mengenakan Acik dia. Azrul mencebik, tapi dalam hati turut gembira kerana dia dan Maya sudah terikat.

    " Kak Long, baby nak kasi nama apa?"

   " Haritu Abang Iz yang cari nama, Kak Long ikut dia aja nak bagi nama apa, asal jangan bagi nama pelik je sudah." Anak perempuan dalam dukungan si suami yang duduk bertenggek di tepi katil dia elus-elus pipinya. Halus. Rasa geram dan nak cium-cium aje.

   " nak bagi nama apa Abang Long?" Serentak ketiga adik dia bertanya.

   " Jessica Alba..."

   "Hah!!!" semua orang dalam wad terlopong mendengar jawaban dari bibir Izlan tak terkecuali Aryssa. 'Biar betik laki aku ni?'

   " Ha ha ha ha" Izlan tertawa kuat dengan reaksi yang terbit dari wajah semua orang.

   " Afaf Qasdina Binti Muhammad Izlan."

 Afaf       = punyai pegangan agama
Qasdina = lurus, beragama





-TAMAT-


ALHAMDULILLAH..puji syukur saya panjatkan pada yang ESA.

akhirnya cerpen ini temui juga titik TAMAT dia. hehehe

enjoy reading guys.. bianhe , آسف, 죄송합니다, n'  MAAF  if  cerita ini

mengarut. spoil & menyampah.

sayang dari saya

Aryssa Najwa

Ta Ta.........

Jangan lupa komen tau..hehe, 

















Oh! Bintang Hati 1












Jahatnya kamu..
Jahatnya kamu..

Lagu dendangan Stacy bergema di ruangan bilik ku. Suara yang tak berapa mantap ini pun turut sama menyanyikan lagu yang sedang berkumandang, sambil badan terkinja-kinja tanpa rentak, melompat-lompat bagaikan seekor monyet di atas spring bad yang cukup besar dan nyaman ini.

Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Penat dengar lagu stacy, aku beralih ke lagu korea. Rak cd yang berada di tepi televisyen aku dekati. Satu persatu koleksi cd lagu korea aku belek dan pilih. Fuhh.. Banyak juga koleksi cd aku ini, kalah si Afie  tu. Hehe

Girl Generation! Malas. Semalam dah sampai naik pekak telinga aku dok dengar lagu mereka.

Shinee! Ermm... Agak malas nak ikut rentak Shinee yang mantap. Lagipun semalam aku juga sudah praktis dengan Afie walau berterabur dengan rentak Afie yang sumbang. Haha.

Kara! Miss A! T-Ara! 2 PM! 4minute! A-jax! Cross Gene! Semua malas nak berjoget-ria dengan lagu diorang.

Super Junior! Ahakz! Bonamana lagu favorite aku.

Setelah hampir 20 minit peningkan kepala memilih lagu yang akan berkumandang dan bergema di bilik aku sebentar sahaja lagi. Akhirnya aku putuskan memilih lagu favorite aku dari kumpulan Super Junior yang digilai ramai remaja masa kini.

Ddanddaranddan ddanddaranddan 
Ddanddaranddan ddadaddarabba
Ddanddaranddan ddanddaranddan 
Ddanddaranddan ddadaddarabba
Neon algga malgga algga malgga neomu yebbeun miina
Nal michyeotdago malhaedo nan niga johda miina
Nuga jeonhaejwo My baby to my baby
Naega yeogi itdago malya
Gidarinda mal...

"Ya Allah Ziqaaa!!"

Belum sempat aku bernyanyi dan menari ala-ala orang 'tak waras' di atas katil, mama sudah masuk kedalam bilik sambil mengucap panjang. Terbeliak mata mama melihat aku yang sedang berdiri diatas katil. Tangan pun sudah bercekak pinggang. Aku terdiam dan masih kaku berdiri diatas sini sambil memerhatikan mama yang mulai melangkah kearah cd player yang masih berkumandang dengan lagu bonamana. 

Sunyi!

Bilik yang tadinya bingit dengan lagu yang berkumandang terus sunyi bila mama tekan butang off pada alat pemutar musik itu. ' Mama ni tak sporting betul la!' luahku dalam hati. Dalam hati saja tau! Kalau terluah dari mulutku yang comel ini, memang siap la tadah telinga kau sampai pagi Ziqa oii! Kau tahan ke?

" Alaa.. Mama. Ziqa baru nak release tension. Mama dah matikan. " Luahku dengan membuat nada merajuk. Sebenarnya nak bermanja saja dengan mama ni, bukan nak merajuk betul-betul.

" Apa alaa.. Alaa ni! Kalau mama tak masuk bilik Ziqa. Entah sampai bila Ziqa nak terlompat-lompat macam monyet hilang kaki. Ni tengok ni? Apa punya bilik ni Ziqa oii? Bantal, baju, kertas. Semua berterabur macam tongkang pecah! Macam lepas kena bom?" bebel mama sambil mengutip 'sampah-sampah' yang berterabur. Hehe. Aku hanya sengih saja pada mama.

..........


12 Disember 2012.

Hari ini aku pakai baju kurung! Warna light purple dengan sedikit sulaman bunga dihujung lengan dan bahagian leher! Kau jangan terkejut Cik D oii ! Baju kurung semua itu senarai pakaian yang paling terakhir dalam kamus style aku. Baju kurung tu baju rasmi hari raya saja, tapi itu pun mama yang paksa. Ini semua bukan kemahuan aku ok! Ini semua mama punya fasal la. Mama cakap, first day kerja harus berpakaian yang sopan ala-ala wanita melayu terakhir biar Boss pun nampak sejuk je bila tengok nanti. Euuww! Macam keluar dari dunia aku je bila baju kurung ini tersarung di badanku. This is not my style mama!

Eh Cik D, kau rasa aci tak bila first day kerja, tapi aku sepak muka Boss?
Kenapa? Rasanya memang patut bila aku bagi 'hadiah' itu untuk dia. Ya Allah,  Kau tahu tak Cik D! Boss aku tu poyo gila. Sombong pulak tu. Mentang-mentang aku ni budak baru, di bulinya aku sampai teruk gila. Ada ke patut? Aku disuruhnya hantar fail ke tingkat 5 dengan menaiki tangga! Kalau jarak tingkat bangunan itu dengan tempat aku kerja tu hanya 1 ke 2 tingkat itu tak apa lah juga. Ini bukan 1 ke 2 lagi, tapi 7 tingkat! 7! 7 Cik D ! Macam hendak pitam aku dibuatnya turun naik dari lantai 12 ke lantai 5 dan sebaliknya. Rasa macam hendak re-sign pun ada. Arrgghh!!
Aku tak suka Boss! Aku tak suka mamat poyo si Azrul Hanafi itu! Titik. 

Dah pukul 12.00 malam Cik D. Esok sambung ye, Cik Zee comel nak bermimpi. 



Buku coklat ini aku tutup lalu aku letak diatas meja kecil disisi katil.' Cik D kusayang. Cuma dia peneman sepiku.' Hohoho... Jiwang sebelum tidur nampak!

..............


13 Disember 2012.


Tau tak itu simbol apa Cik D?
Hemm.. Yups! Aku tengah marah ni. Tahap hendak makan orang. Dan orang yang aku hendak makan itu Boss aku yang poyo. Si mamat sengal Encik Azrul Hanafi ! 
Kalau hendak buli budak baru tu sehari je cukup lah kan. Ini tidak! Hari kedua pun aku hendak dibulinya lagi. Hari ini bukan disuruhnya aku hantar fail je ! Tapi macam-macam lagi yang dia kenakan dekat aku.

Pertama! Baru masuk pejabat saja, langsung disuruhnya aku hantar barang ke tempat bahagian pemasaran yang ada di lantai 8. Nasib baik tak disuruhnya aku naik tangga lagi. Kalau ya, memang aku bagi penumbuk sulung aku dekat dia untuk sarapan pagi mamat poyo itu. Memang gila betul dia tu kan?
Kedua! Aku sudah buatkan air kopi seperti yang hari sebelumnya dia minta padaku. Agar sebelum dia masuk pejabat, dia nak secangkir nescafe ada di meja kerja dia. Pagi selepas masuk pejabat, aku langsung pergi pantry dan buatkan air itu untuk dia. Tak lama selepas dia masuk pejabat tu, dia menyuruh aku masuk ke bilik kerja dia. Aku ingatkan dia hendak cakap terima kasih atau hendak puji air kopi yang aku buat itu , tapi ternyata telahanku salah sama sekali. Dia malah cakap macam ini Cik D.

" Aku tak nak kopi! Aku nak kau buatkan aku air milo dengan sedikit susu manis dan banyakkan serbuk milo! Make sure tak manis and panas!" eeiii... Geram pulak aku saat itu. Tapi aku sabarkan juga dan segera pergi ke pantry untuk membuat pesanan si mamat poyo. Dan kau tahu tak? Last-last. Aku buatkan milo, dia cakap tak panas lalu minta tukar horlick, lepas aku buat horlick pula dia nak tea-O panas. Ggrrr.. Tanduk memang dah naik atas kepala. Lepas aku dah buatkan Tea-O, aku tahu dia nak minta aku buatkan minuman yang lain untuk menggantikan tea-O yang pasti akan ada alasan dia yang tak bermunasabah.

Horlick, milo, tea-O, kopi ! Empat cawan air itu aku letak diatas meja kerja dia. Huh! Minumlah semua air itu, biar kembung perut dia!

Cik D, macam biasa. Denting waktu sudah menuju ke angka duabelas malam. Waktunya Cik Zee Comel bermimpi ok. Muaahh Cik D. 


Papp!!

Buku diari itu aku tutup. Badan aku baringkan diatas tilam lalu selimut aku tarik sampai paras dada. Penat satu hari kerja sambil dibuli ini itu oleh Boss poyo itu masih terasa.

Jahatnya kamu..
Jahatnya kamu..

Baru hendak terlelap, deringan lagu Stacy berkumandang menandakan ada panggilan masuk. 'Siapa pulak malam-malam  buta macam ini call aku! Isk.. Kacau aje!'

Telefon bimbit yang terletak di tepi bantal aku capai. Private Number! Aku paling tak suka bila ada panggilan masuk tanpa nombor macam ini. Buat orang suspen je. Butang hijau aku tekan lalu telefon aku lekapkan ke telinga.

"Assalamu'allaikum" Sapaku pada si pemanggil dihujung talian, tapi tiada sahutan sedikitpun dari si pemanggil. Isk! Seram pulak aku jadinya, ini malam apa iya? " Assalamuallaikum. Tak jawab dosa tau! Dan satu lagi. Tolong jangan main-main bo.." Bebelanku terhenti. Aku terpegun seketika mendengar gemersik suara petikan gitar di hujung talian. Dan sesaat kemudian seorang lelaki memetik gitar semakin syahdu sambil menyanyi mengalunkan lagu.

Deras hatiku bergetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam, teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,

Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

I Love You Nazatul Haziqa "

Tutt..Tutt..

Sungguh! Sungguh aku rasa berada diawang-awang saat mendengar nyanyian yang lelaki misteri itu dendangkan. Adakah aku telah jatuh cinta? Sedangkan siapa dia yang sebenar pun tak ku ketahui. Aku tersedar dari awangan bila ada nada sms masuk ke telefon bimbitku.

- Mimpikan aku dalam tidurmu.
  


Erkk... Sms dari Mr.Suara Merdu aka MSM  ke? Tiba-tiba hati macam sangsi pulak. Dengar nyanyian dia aku bagai diawang-awang, tapi bila tengok dari sms dia, macam dia ini lelaki jenis Buaya Cinta. Buaya karat. 'Baik aku tidur, fikir fasal semua itu buat pening kepala saja. Jom berdating dengan Mr.Mimpi. Ha ha ha !

................

Cik Writer cakap: Bianhe, mintak maaf if my story too 'annoying' ataupun terlalu 'boring' dan mengarut.. Muehehe. Semua hanya sekadar imaginasi saya.