Oh! Bintang Hati 1












Jahatnya kamu..
Jahatnya kamu..

Lagu dendangan Stacy bergema di ruangan bilik ku. Suara yang tak berapa mantap ini pun turut sama menyanyikan lagu yang sedang berkumandang, sambil badan terkinja-kinja tanpa rentak, melompat-lompat bagaikan seekor monyet di atas spring bad yang cukup besar dan nyaman ini.

Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Penat dengar lagu stacy, aku beralih ke lagu korea. Rak cd yang berada di tepi televisyen aku dekati. Satu persatu koleksi cd lagu korea aku belek dan pilih. Fuhh.. Banyak juga koleksi cd aku ini, kalah si Afie  tu. Hehe

Girl Generation! Malas. Semalam dah sampai naik pekak telinga aku dok dengar lagu mereka.

Shinee! Ermm... Agak malas nak ikut rentak Shinee yang mantap. Lagipun semalam aku juga sudah praktis dengan Afie walau berterabur dengan rentak Afie yang sumbang. Haha.

Kara! Miss A! T-Ara! 2 PM! 4minute! A-jax! Cross Gene! Semua malas nak berjoget-ria dengan lagu diorang.

Super Junior! Ahakz! Bonamana lagu favorite aku.

Setelah hampir 20 minit peningkan kepala memilih lagu yang akan berkumandang dan bergema di bilik aku sebentar sahaja lagi. Akhirnya aku putuskan memilih lagu favorite aku dari kumpulan Super Junior yang digilai ramai remaja masa kini.

Ddanddaranddan ddanddaranddan 
Ddanddaranddan ddadaddarabba
Ddanddaranddan ddanddaranddan 
Ddanddaranddan ddadaddarabba
Neon algga malgga algga malgga neomu yebbeun miina
Nal michyeotdago malhaedo nan niga johda miina
Nuga jeonhaejwo My baby to my baby
Naega yeogi itdago malya
Gidarinda mal...

"Ya Allah Ziqaaa!!"

Belum sempat aku bernyanyi dan menari ala-ala orang 'tak waras' di atas katil, mama sudah masuk kedalam bilik sambil mengucap panjang. Terbeliak mata mama melihat aku yang sedang berdiri diatas katil. Tangan pun sudah bercekak pinggang. Aku terdiam dan masih kaku berdiri diatas sini sambil memerhatikan mama yang mulai melangkah kearah cd player yang masih berkumandang dengan lagu bonamana. 

Sunyi!

Bilik yang tadinya bingit dengan lagu yang berkumandang terus sunyi bila mama tekan butang off pada alat pemutar musik itu. ' Mama ni tak sporting betul la!' luahku dalam hati. Dalam hati saja tau! Kalau terluah dari mulutku yang comel ini, memang siap la tadah telinga kau sampai pagi Ziqa oii! Kau tahan ke?

" Alaa.. Mama. Ziqa baru nak release tension. Mama dah matikan. " Luahku dengan membuat nada merajuk. Sebenarnya nak bermanja saja dengan mama ni, bukan nak merajuk betul-betul.

" Apa alaa.. Alaa ni! Kalau mama tak masuk bilik Ziqa. Entah sampai bila Ziqa nak terlompat-lompat macam monyet hilang kaki. Ni tengok ni? Apa punya bilik ni Ziqa oii? Bantal, baju, kertas. Semua berterabur macam tongkang pecah! Macam lepas kena bom?" bebel mama sambil mengutip 'sampah-sampah' yang berterabur. Hehe. Aku hanya sengih saja pada mama.

..........


12 Disember 2012.

Hari ini aku pakai baju kurung! Warna light purple dengan sedikit sulaman bunga dihujung lengan dan bahagian leher! Kau jangan terkejut Cik D oii ! Baju kurung semua itu senarai pakaian yang paling terakhir dalam kamus style aku. Baju kurung tu baju rasmi hari raya saja, tapi itu pun mama yang paksa. Ini semua bukan kemahuan aku ok! Ini semua mama punya fasal la. Mama cakap, first day kerja harus berpakaian yang sopan ala-ala wanita melayu terakhir biar Boss pun nampak sejuk je bila tengok nanti. Euuww! Macam keluar dari dunia aku je bila baju kurung ini tersarung di badanku. This is not my style mama!

Eh Cik D, kau rasa aci tak bila first day kerja, tapi aku sepak muka Boss?
Kenapa? Rasanya memang patut bila aku bagi 'hadiah' itu untuk dia. Ya Allah,  Kau tahu tak Cik D! Boss aku tu poyo gila. Sombong pulak tu. Mentang-mentang aku ni budak baru, di bulinya aku sampai teruk gila. Ada ke patut? Aku disuruhnya hantar fail ke tingkat 5 dengan menaiki tangga! Kalau jarak tingkat bangunan itu dengan tempat aku kerja tu hanya 1 ke 2 tingkat itu tak apa lah juga. Ini bukan 1 ke 2 lagi, tapi 7 tingkat! 7! 7 Cik D ! Macam hendak pitam aku dibuatnya turun naik dari lantai 12 ke lantai 5 dan sebaliknya. Rasa macam hendak re-sign pun ada. Arrgghh!!
Aku tak suka Boss! Aku tak suka mamat poyo si Azrul Hanafi itu! Titik. 

Dah pukul 12.00 malam Cik D. Esok sambung ye, Cik Zee comel nak bermimpi. 



Buku coklat ini aku tutup lalu aku letak diatas meja kecil disisi katil.' Cik D kusayang. Cuma dia peneman sepiku.' Hohoho... Jiwang sebelum tidur nampak!

..............


13 Disember 2012.


Tau tak itu simbol apa Cik D?
Hemm.. Yups! Aku tengah marah ni. Tahap hendak makan orang. Dan orang yang aku hendak makan itu Boss aku yang poyo. Si mamat sengal Encik Azrul Hanafi ! 
Kalau hendak buli budak baru tu sehari je cukup lah kan. Ini tidak! Hari kedua pun aku hendak dibulinya lagi. Hari ini bukan disuruhnya aku hantar fail je ! Tapi macam-macam lagi yang dia kenakan dekat aku.

Pertama! Baru masuk pejabat saja, langsung disuruhnya aku hantar barang ke tempat bahagian pemasaran yang ada di lantai 8. Nasib baik tak disuruhnya aku naik tangga lagi. Kalau ya, memang aku bagi penumbuk sulung aku dekat dia untuk sarapan pagi mamat poyo itu. Memang gila betul dia tu kan?
Kedua! Aku sudah buatkan air kopi seperti yang hari sebelumnya dia minta padaku. Agar sebelum dia masuk pejabat, dia nak secangkir nescafe ada di meja kerja dia. Pagi selepas masuk pejabat, aku langsung pergi pantry dan buatkan air itu untuk dia. Tak lama selepas dia masuk pejabat tu, dia menyuruh aku masuk ke bilik kerja dia. Aku ingatkan dia hendak cakap terima kasih atau hendak puji air kopi yang aku buat itu , tapi ternyata telahanku salah sama sekali. Dia malah cakap macam ini Cik D.

" Aku tak nak kopi! Aku nak kau buatkan aku air milo dengan sedikit susu manis dan banyakkan serbuk milo! Make sure tak manis and panas!" eeiii... Geram pulak aku saat itu. Tapi aku sabarkan juga dan segera pergi ke pantry untuk membuat pesanan si mamat poyo. Dan kau tahu tak? Last-last. Aku buatkan milo, dia cakap tak panas lalu minta tukar horlick, lepas aku buat horlick pula dia nak tea-O panas. Ggrrr.. Tanduk memang dah naik atas kepala. Lepas aku dah buatkan Tea-O, aku tahu dia nak minta aku buatkan minuman yang lain untuk menggantikan tea-O yang pasti akan ada alasan dia yang tak bermunasabah.

Horlick, milo, tea-O, kopi ! Empat cawan air itu aku letak diatas meja kerja dia. Huh! Minumlah semua air itu, biar kembung perut dia!

Cik D, macam biasa. Denting waktu sudah menuju ke angka duabelas malam. Waktunya Cik Zee Comel bermimpi ok. Muaahh Cik D. 


Papp!!

Buku diari itu aku tutup. Badan aku baringkan diatas tilam lalu selimut aku tarik sampai paras dada. Penat satu hari kerja sambil dibuli ini itu oleh Boss poyo itu masih terasa.

Jahatnya kamu..
Jahatnya kamu..

Baru hendak terlelap, deringan lagu Stacy berkumandang menandakan ada panggilan masuk. 'Siapa pulak malam-malam  buta macam ini call aku! Isk.. Kacau aje!'

Telefon bimbit yang terletak di tepi bantal aku capai. Private Number! Aku paling tak suka bila ada panggilan masuk tanpa nombor macam ini. Buat orang suspen je. Butang hijau aku tekan lalu telefon aku lekapkan ke telinga.

"Assalamu'allaikum" Sapaku pada si pemanggil dihujung talian, tapi tiada sahutan sedikitpun dari si pemanggil. Isk! Seram pulak aku jadinya, ini malam apa iya? " Assalamuallaikum. Tak jawab dosa tau! Dan satu lagi. Tolong jangan main-main bo.." Bebelanku terhenti. Aku terpegun seketika mendengar gemersik suara petikan gitar di hujung talian. Dan sesaat kemudian seorang lelaki memetik gitar semakin syahdu sambil menyanyi mengalunkan lagu.

Deras hatiku bergetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam, teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,

Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

I Love You Nazatul Haziqa "

Tutt..Tutt..

Sungguh! Sungguh aku rasa berada diawang-awang saat mendengar nyanyian yang lelaki misteri itu dendangkan. Adakah aku telah jatuh cinta? Sedangkan siapa dia yang sebenar pun tak ku ketahui. Aku tersedar dari awangan bila ada nada sms masuk ke telefon bimbitku.

- Mimpikan aku dalam tidurmu.
  


Erkk... Sms dari Mr.Suara Merdu aka MSM  ke? Tiba-tiba hati macam sangsi pulak. Dengar nyanyian dia aku bagai diawang-awang, tapi bila tengok dari sms dia, macam dia ini lelaki jenis Buaya Cinta. Buaya karat. 'Baik aku tidur, fikir fasal semua itu buat pening kepala saja. Jom berdating dengan Mr.Mimpi. Ha ha ha !

................

Cik Writer cakap: Bianhe, mintak maaf if my story too 'annoying' ataupun terlalu 'boring' dan mengarut.. Muehehe. Semua hanya sekadar imaginasi saya. 













4 comments:

Unknown said...

best,akk suke :)

Unknown said...

best2...smbung cepat2.... :)
wahhh, Nazatul Haziqa...heeeee~

Ann.Awa said...

Thankz akak... Heee

Ann.Awa said...

KH... Hihi. Insya ALLAH...