Cerpen : Tasbih Cinta





'Jangan menangis, Awak.'





Tok tok tok..

Zariff yang sedang duduk di balkoni bilik sambil membaca surat kabar menoleh kearah pintu. Surat kabar di lipat lalu diletak diatas meja disisi. Kaki melangkah menuju kearah pintu. Seketika kaki terhenti, pandangan dibawa kearah katil. Ainnur! Isteri yang baru di nikahinya enam hari lepas sedang lena di ulit mimpi walaupun jarum jam baru menunjukkan ke angka 9 malam.

Senyum diukir. Penat sangat agaknya si isteri. Baru pulang dari honeymoon la katakan. Walaupun hanya bercuti di dalam malaysia sahaja, itu sudah cukup untuk menggembirakan hati sepasang pengantin baru itu.

Tok tok tok!

Ketukan dipintu kedengaran lagi. Zariff cepat-cepat menghampiri pintu sebelum membukanya. Sebaik saja pintu terbuka, ternampak Mak Ina sedang berdiri di muka pintu.

" Ada apa mak Ina?" 

" Ada tetamu cari encik Zariff."

" Siapa?" 

" Encik Aiman." Jawab Mak Ina sepatah sebelum berlalu.

Zariff masuk kedalam bilik untuk menukar baju yang lebih selesa. Walaupun hanya bertemu dengan kawan baik dia saja. Tapi, tak akan dia hendak bertemu dengan memakai pakaian tidur saja kan. Tidak sopan.

Ingin mengejutkan si isteri. Tapi rasa kasihan pula bila tengok lena si isteri yang nampak penat kerana baru petang tadi mereka pulang dari percutian di Langkawi. Akhirnya dia meninggalkan bilik dengan tanpa mengejutkan si isteri.

Anak tangga di jejaki satu persatu menuju ke lantai bawah. Ruang tamu menjadi tujuan. Sesampai di sana, terlihat Aiman. Kawan rapat dia sejak zaman universiti lagi sedang duduk bersama isteri dia, Syura.

Aiman. Seumuran dengan dia, tapi Aiman lebih dahulu meniti alam rumah tangga dari pada dia tujuh bulan lepas. Syura adalah isteri pilihan hati Aiman, tak seperti Zariff yang berkahwin dengan pilihan keluarga. Tapi dia redha, semoga bahagia akan menghampiri walaupun dia dengan Ainnur berkahwin tanpa cinta. 

" Whats up bro? Tak biasanya kau datang tanpa beritahu aku dulu. Kau dah rindu dengan aku ke? Haha.." Tangan berjabat dengan Aiman. 

" Saja ja aku nak bagi surprise dekat pengantin baru. Haha.." Zariff menumbuk lembut bahu Aiman sebelum melabuhkan duduk di sofa berdekatan Aiman.

" Kenapa kau tak datang waktu acara pernikahan aku? Sampai hati kau. " Zariff pura-pura merajuk. Kecil hati sebenarnya bila sahabat dia tak hadir memeriahkan perkahwinan dia dengan alasan pulang kampung. 

" Sorry la bro. Kan aku dah cakap dekat kau. Aku balik ke kampung isteri aku. Ada 'sedara' dia meninggal. Dia tu sedara paling rapat dengan bini aku. Aku kesian dengan bini aku. Aku tak nak hampakan dia bila kitorang tak pergi sana. Nanti bini aku ni kempunan pula tak jumpa 'sedara' dia tu untuk yang terakhir kali kan." 

Syura tersenyum hambar. Sebu dada mengenangkan 'sedara' yang di ucapkan suaminya itu. Hati masih bergetar hebat bila mengenangkan 'sedara' yang baru saja kembali ke Rahmatullah beberapa hari sudah.

" Tak apa bro. Aku paham." 

Dia menoleh kearah Syura yang tersenyum. Hambar. Itu yang tersapa di pandangan zariff. Selimut mendung menghiasi wajah Syura.

Asyura Ahmad. Zariff kenal dia sejak emoat tahun lepas. Syura orangnya manis bertudung, tapi sedikit lasak. Berbeza dengan Wawa. Wawa berkulit hitam manis, bertudung dan lemah lembut. Najwa Ariff, itu nama dia. Gadis ayu bertudung yang dia kenal sejak empat tahun lepas itulah yang menjadi igauan dia sebelum ini. Gadis pertama yang membuat dia mengenal erti kata kasih, sayang dan cinta.

'Ya ALLAH. Dimana dia sekarang. Rasa kasih ini tak pernah luput untuk dia walaupun hanya secuit cuma.' 

'Bercinta tak semestinya akan bersama sampai bergelar suami isteri kan. Lebih baik berpisah daipada kahwin dengan cinta, tapi tiada restu dari orang tua." Ya! Itu yang sehingga kini masih dia ingat. Kata-kata yang terkeluar dari bibir Wawa itulah yang membawa perpisahan pada perhubungan mereka. 

Wawa tak ingin merosakkan pertalian darah Zariff dengan Datin Haznah yang memang tak akan pernah putus walau di cincang. Dia lebih rela berundur dan pergi dari hidup zariff, daripada membuat orang yang dikasihi menjadi anak derhaka pada mak.

" Nah." Aiman menyerahkan sebuah bungkusan kepada Zariff. Hadiah sampena perkahwinan sahabat dia beberapa hari lepas.

" Thankz bro, buat kau susah aje. Kau doakan aku bahagia pun dah lebih dari cukup untuk aku dan Ain."

Zariff senyum. 





............






" Zariff. Aku ada sesuatu untuk kau." Syura mengambil sampul surat berwarna putih itu dari dalam beg sandang dia lalu di serahkan kepada zariff.

Zariff kerut kening. Tak akan syura nak bagi duit raya? Raya masih ada 41 hari lagi dari sekarang.

Sampul surat bertukar tangan. Zariff memerhati sampul surat yang berwarna putih itu. Haruman bunga mawar yang terbau dari sampul itu membawa Zariff untuk mengingati Wawa. Ya! Dia masih ingat bau ini. Itu adalah bau parfume yang selalu dipakai wawa dulu. Rose, wawa terlalu menyukai semua yang berkaitan dengan mawar. Mata terasa berat tiba-tiba. 

" Apa ini syu?" Zariff menyoal. 

" Surat dari Wawa untuk kau. Dia ucap maaf kerna tak dapat hadir di acara kenduri kahwin kau tempo hari."

Zarif teragak-agak untuk membuka surat itu. Tangan terketar.

" Buka la surat itu Zariff, wawa pesan agar kau baca terus. Jangan di lengahkan."

Zariff membuka surat itu. Kertas berwarna kuning cair yang berbau wangian mawar.
' Rindunya aku pada dia Ya Allah.'

Teruntuk
Zariff Asyraf Dato' Kamal
Yang di kasihi.

Assalamuallikum wr, wb
Pertama saya hendak ucapkan selamat pengantin baru kepada awak. Semoga bahgia, menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warahmah. Kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Maaf! Saya pohon kemaafan dari awak kerna tak dapat menghadirkan diri pada acara bahgia awak dengan isteri awak. Bukan niat saya untuk tidak hadir, tapi memang allah tak izinkan saya untuk hadir. Dendam? Tolong awak jangan pernah berfikir yang saya berdendam pada awak dengan apa yang terjadi antara kita. Sungguh, tiada sekelumit pun rasa itu di hati saya. Saya ikhlas, saya reda dengan apa yang terjadi. Semua itu kehendak Allah bahwa tiada jodoh antara kita. 

ALLAH maha segalanya awak. Tolong jangan pernah salahkan takdir lagi, kenapa kita tak berjodoh. ALLAH pisahkan kita, ALLAH ambil saya dari hidup awak kerana Allah akan gantikan wanita yang lebih baik dari saya untuk awak. 

Ainnur adalah wanita yang ALLAH turunkan untuk menemani sebahgian hidup awak yang tersisa ini. Bahagiakan dia. Dia terlalu baik untuk awak kecewakan. Reda lah dengan jodoh yang ALLAH tentukan untuk awak walau awak tak pernah kenal ataupun menyintainya sebelum ini. Cinta selepas kahwin itu indah awak.

Awak ingat tak? Awak pernah tanya saya seketika dulu.
Apa perasaan saya jika awak berkahwin dengan wanita lain? 
Okey. Dulu pertanyaan awak saya gantung begitu sahaja tanpa jawaban. Sekarang saya dah ada jawaban awak.

Dan jawaban saya ialah. Saya akan rasa gembira jika perkahwinan itu membawa kebahgiaan pada awak, pada orang yang saya kasihi. Pedih? Mungkin rasa itu memang akan ada walau sebesar zarah di hati saya. Wanita mana yang tak rasa sedih dan kecewa jika orang yang di kasihi bersanding dengan wanita lain. Tapi sebisa mungkin saya akan mencuba senyum untuk awak.

Err, rasanya saya dah terlalu panjang membebel disini. Awak, titipkan salam saya pada isteri awak. Semoga bahgia ke anak cucu. Dan sampaikan salam maaf saya pada ibu awak. Saya pohon maaf, pohon ampun untuk kesalahan saya yang pernah memporak-porandakan kehidupan awak sekeluarga. Maafkan saya yang pernah menjadi punca awak disisihkan keluarga seketika dulu. 

Awak. Terima kasih untuk kasih yang awak beri pada saya seketika dulu. Terima kasih untuk detik-detik terindah yang saya lalui bersama awak dulu. Terima kasih diatas segala kasih, sayang, cinta , pesan dan segalanya. Izinkan saya pergi dengan hati lega. Izinkan saya pergi dengan tenang. 

Yang mngasihimu.
Najwa Ariff.


Setitik air mata zariff keluar dari kelopak mata. Wawa pasti tabah. Tapi di balik ketabahan seorang Najwa Ariff, pasti tersimpan bebanan yang amat menggunung. Di balik senyum yang tersungging, pasti ada kepedihan di hati. 

Surat itu di tatap penuh kasih. Dia rindukan Wawa yang ceria, wawa yang sentiasa dengan cerita sengalnya. Wawa yang sentiasa mengalah jika berbalah dengannya. Dimana wawa?

Zariff mendongak pada Aiman dan Syura sebelum tapak tangan mengesat airmata yang terjatuh.

" Dimana dia sekarang Syu?" 

Diam. 

Zariff menatap kedua sahabatnya itu dengan pandangan penuh mengharap.biarlah dia meminta maaf pada Wawa di atas segala yang terjadi ini.

" Dimana Syu? Kenapa kau diam?" Syura masih diam. Zariffberalih pada Aiman. Tapi Aiman pun 2x5 juga. Diam tiada sepatah pun yang kelaur dari bibir itu.

" Kenapa korang diam? Dimana Wawa Syu? Man? Tolong jawab please. Aku nak mintak maaf pada dia. A.. aku.. rin.. dukan dia." Hujung kata itu terlalu lemah dia tuturkan. 

" Bertenang Zariff. Bertenang." Syura bersuara. Tangan mengagah kedalam beg. Sekali lagi. Sampul surat berwarna putih Syura keluarkan dari beg lalu di hulur pada Zariff.

Surat lagi! Zariff semakin pelik dengan semua ini. Tiba-tiba jantung berdetak lebih cepat dari biasa. Kenapa?

Surat di keluarkan dari dalam sampul. Bukan surat cinta. Bukan juga surat wasiat. Yang dia lihat, surat itu bagaikan sebuah kertas diari. Kegiatan sehari-hari yang wawa lakukan selama beberapa hari ini.

Kertas pertama dia baca. 10 mei 2013. Itu tarikh dimana dia menjalani pertunangan dengan Ainnur. Satu minggu setelah Zariff dan Wawa berpisah.

10 mei 2013.

Awak. Selamat bertunang. Semoga awak bahagia dengan pilihan mama awak.
Awak, hati saya pedih sangat masa saya cakap hendak berpisah dengan awak. Tapi saya tiada pilihan. Saya tak hingin awak menjadi anak derhaka dengan mengahwini saya kerana tiada restu dari Mama awak. Kahwin tanpa restu dari orang tua itu bagaikan masakan tiada perencah. Tawar. 

13 mei 2013.
Tadi saya nampak awak dekat butik pengantin berhampiran hospital KL. Awak sedang memilih baju pengantin. Tadinya saya nak sapa awak, tapi saya urungkan niat itu bila nampak seorang gadis manis bertudung bersama awak dalam butik itu. Saya agak aje, mungkin itu tunang awak, Ainnur . Dan ternyata benar. 

15 mei 2013.
Surat keputusan dari hospital dah ada. Saya pergi hospital dengan Syu. Saya kan tak pandai drive kereta, jadi saya minta tolong Syu hantarkan saya. Sampai di hospital, doktor bagi berita yang mungkin sangat memeranjatkan saya. Mungkin juga memeranjatkan Syu juga jika saya lihat kekeruhan di wajah dia ketika doktor menyampaikan hasil ujian dua hari lepas. Kanser limfoma. Mungkin itu punca kenapa saya selalu aje sakit kepala dengan sakit perut dulu tu kan, sampai awak marah-marah sayang bila saya mengadu sakit perut, dan awak membebel cakap saya tak pernah jaga makan. Hehe.. Suka sangat time tu bila tengok muka marah awak. Awak nampak comel dimata saya. 

26 mei 2013.
Ya ALLAH! Sakit sangat sangat. Tapi saya tak mampu  berbuat apa-apa selain pasrah. Saya pengsan dalam bilik air. Syu hantar saya ke hospital. Doktor cakap barah saya dah semakin teruk. Doktor suh pi terapi. Awak. Saya tak nak la. Terapi tu lebih menyakitkan. Huhu...

Sebak dada Zariff membaca luahan hati Wawa. Airmata semakin laju menitik membasahi pipi. Dia semak helaian seterusnya.

3 jun 2013.
Hari hari makanan saya hanya ubat. Awak. Awak tahu kan yang saya ni tak suka makan ubat. Dah la pahit. Bulat semacam aje. Cuba lah ubat tu manis, pasti saya akan jadi orang pertama yang akan makan ubat hari-hari. Sehari seratus biji pun takpe. Hehe..

11 jun 2013.
Mak!! Saya dah takdak rambut tau awak. Dah botak macam toyol. Hehe. 
Tapi takpe. Demi menyenangkan hati Syura yang sentiasa ada untuk saya. Dia tu kakak, dia mak, dia adik. Saya bersyukur sangat-sangat Allah pertemukan saya dengan dia kat rumah tumpangan time kecik-kecik dulu walaupun sebenarnya dia tu masih ada mak bapak lagi.sedangkan saya dah takda. Tapi saya tak pernah menyesal hidup di rumah itu. Kerna dari sana saya jumpa Syura yang brutal. Aiman yang penyabar. Dan awak yang budiman.

25 jun 2013.
Hari ini rasanya suhu badan saya semakin teruk awak. Hari ini berkali-kali saya pengsan. Muntah, upss... Sorry bila cakap saya ni buat awak spoill ek.
Hermm... Agaknya umur saya dah tak panjang kut. Saya tawakal aje awak. Mungkin rasa rindu saya pada mak ayah saya akan terubati sekejap sahaja lagi.

28 jun 2013.
Lepas saya muntah aritu, Syu cakap saya pengsan lagi awak. Tak sedarkan diri hampir 3 hari Syu cakap. Saya ni menyusahkan aje kan awak kan. Nasib baik mak awak tak restu hubungan kita. Jika ALLAH jodohkan kita berkahwin. Pasti awak akan penat melayan kerenah saya macam syu layan saya. Saya nampak dia penat, tapi dia tak pernah nak cakap kat saya. Nanti kalau awak jumpa dia, cakap kat dia. Saya berterima kasih atas segala kebaikan yang mereka berikan pada saya. Saya tak dapat membalas apa-apa, hanya dapat memberi sepotong doa. Semoga mereka cepat dapat zuriat seperti yang Syu impikan.

30 jun 2013.
Suhu badan semakin drop. Saya dah kurus awak, tak perlu diet bagai tau, sampai baju yang dulu selalu saya pakai tu dah besar kedobor, kalau pakai pun dah macam pinjam baju big momma tu. Hehe
Semalam saya pergi jalan-jalan dengan Syu. Err.. Sebenarnya saya yang paksa dia. Saya boring duk dalam hospital aje. Saya terhingin nak jumpa awak. Tapi, saya takut awak pengsan pulak tengok saya yang dah serupa mayat hidup ni nanti. Hehe. 
Syu dengan Aiman bawa saya pergi KLCC. Bawa pergi makan dekat restoran mewah pulak tu. Best sangat masa tu. Lepas makan kitorang round-round kat sana. Awak tahu tak? Saya nampak awak kat sana. Ternyata Allah dengar permintaan kecil saya, dan DIA kabulkan dengan segera. Saya nampak awak tengah shoping dengan tunang awak. Tunang la kut, dia gadis yang saya nampak dekat butik bulan lepas. Awak nampak bahgia sangat. Saya pun turut bahgia bila nampak awak berseri-seri di samping cik tunang. Saya tak berani tegur awak, tengok dari jauh aje dah lebih dari cukup untuk saya. 

2 julai 2013.
Awak. Maaf ye bila saya ni membebel banyak. Saya kan takde sesape lagi. Hanya Syu, Aiman, dan Awak sebagai abang saya. Kan kan kan, hehe... Ke entah tu perasaan saya aje yang anggap awak abang kan. Heee..
Awak, saya ada something nak bagi kat awak. Nanti biar Syu yang tolong bagikan okey. Bukannya saya taknak bagi sendiri. Tapi, saya rasa masa untuk itu dah tak ada kut. Hemm...
Harap awak sudi terima benda itu ye awak. Murah aje, saya beli kat pasar aje. Saya tak larat nak belikan awak benda mahal dan jenama macam orang lain berikan untuk hadiah perkahwinan untuk awak.





Zariff berjeda membaca tulisan Wawa. Dia menatap seuntas tasbih yang Wawa berikan itu. Cantik! Itu komen yang tulus dari hati. Seuntas tasbih terbuat dari batu mutiara, putih kehijauan. Warna favourite Zariff. 




Zariff menatap Syura yang dah tersedu dalam pelukan Aiman. Pelik semakin menguasai minda Zariff. Tak sabar rasanya hendak membaca tulisan Wawa yang selanjutnya.

Sebenarnya benda tu dah lama saya beli untuk awak. Saya beli selepas awak lamar saya dulu. Saya gembira sangat-sangat masa itu. Awak yang kacak, awak yang nampak sempurna walau saya tahu tiada manusia yang sempurna, tapi bagi saya awak cukup sempurna, sanggup menjadi kekasih hati saya yang tak lawa, saya yang serba-serbi kekurangan. 

3 julai 2013.
Awak.. Esok awak dah nak bersanding kan. Pagi ijab qabul, malam bersanding. Sesungguhnya saya teruja dan terhingin sangat nak tengok awak sanding tu. Pasti pelamin dia cantik kan.
Awak, saya kembalikan cincin yang awak bagi dekat saya dulu. Cincin itu bukan hak saya lagi. Itu hak Ainnur. Tunang awak. Your wife to be.
Syu suruh saya jalani pembedahan esok, tapi saya tolak cadangan dia tu. Saya taknak badan saya di bedah bagai, di koyak sana sini oleh doktor. Saya nak, kalau tiba-tiba Allah jemput saya esok ke nanti-nanti. Badan saya masih utuh tanpa pembedahan itu. Saya terhingin kembali dengan jasad yang insya Allah masih sempurna seperti saya terlahir dulu.
Awak, saya rasa saya dah selalu dengar orang mengaji dekat sebelah saya ni. Saya tanya Syu, dia cakap dia memang selalu mengaji jika melawat saya. Tapi saya tak rasa yang itu suara Syu. Suara Syu tak sedap macam suara orang mengaji yang saya dengar ni. Suara Syu lebih best kalau dia membebel..hehe.. Piss Syu. Saya sayang awak sangat-sangat.
Awak. Saya minta tolong boleh?
Tolong jangan menangis untuk saya ya. Saya nak tengok awak senyum aje. Saya suka tengok senyum awak, kalau awak senyum nanti saya boleh tengok lesung pipit awak yang sangat memikat hati saya ini. Please.. Jangan nangis tau. Janji!
Dan, tolong jangan cari saya. Saya pun dah tak tahu masih boleh di cari ke tak. Entah-entah saya dah menyorok bawah tanah kan? Hehe..
Awak, saya taknak minta banyak-banyak. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk saya walaupun dimana saja saya berada. 
Awak.. Untuk yang terakhir kali. Saya sayangggg awak sampai bila-bila. Sayang saya tak akan pudar walau badan ini tertimbus tanah nanti. Awak adalah orang yang banyak mengajar saya erti hidup. Awak yang selalu ingatkan saya untuk jangan lupa solat, jangan lupa tadarus, jangan lupa tentang nikmat ALLAH di akhirat kelak jika saya tunaikan kewajiban saya disini. Selamat pengantin baru dan bye bye awak. Jumpa lagi di lain waktu, lain dunia, lain kesempatan. 

 Yang mengasihimu.. Najwa Ariff.

Cincin emas bertahtakan berlian itu dia tatap sebelum dia genggam dengan erat. Itu tanda kasih dia dulu untuk Wawa. 

Zariff menyeka airmata yang semakin laju menuruni pipi. Dia tidak perduli jika Aiman atau Syura akan cakap yang dia cengeng atau apa. Dia tak kisah itu. Dia hanya ingin bertemu Wawa tika ini juga.

" Syu, dimana Wawa Syu? Aku nak jumpa dia. Tolong bawa aku berjumpa dia Syu." Pohon Zariff.

Syura diam. Masih tersedu dalam dekapan Aiman. 

" Man, kau tolong bawa aku jumpa Wawa sekarang Man."

Aiman menatap wajah Zariff. Timbul rasa kesian pada sahabatnya itu. Pasti zariff pun turut terseksa jika dia tahu keadaan yang sebenar.

" Sekarang dah larut malam Riff, esok pagi aku bawa kau jumpa dia."

Di sebalik tembok yang memisahkan ruang tamu dan ruang keluarga. Ada seseorang yang mendengar. Dia turut bersedih. Tak pernah dia tahu bahwa begitu berat apa yang ditanggung Najwa, bekas kekasih Zariff. Setitik airmata menitik dari kelopak mata, dia berdosa. Dia merasa seperti orang kejam yang sekejam-kejamnya . Dulu dia tak pernah berfikir tentang keihlasan Najwa berkawan dengan Zariff, yang dia ingat hanyalah Najwa berkawan denga Zariff kerana harta yang dimiliki lelaki itu. 'Ya ALLAH, ampuni dosaku.' Datin Haznah berdoa. 





................






Zariff terkedu. Pandangan dibawa ke sekeliling. Bermimpikah dia? Dia berharap yang semua ini hanyalah mimpi buruk yang dia alami.

Tanah perkuburan yang sunyi itu dia pandang. Kenapa Aiman dan Syura membawa dia kesini. Dia ingin berjumpa Wawa, bukan ingin pergi melawat orang yang dah tiada.

" Man, kenapa kau bawa aku kesini? Aku nak jumpa Wawa Man, Syu." 

Aiman dan Syura diam. Aiman menggamit Zariff memasuki perkuburan itu, lalu berhenti di sebuah kubur yang masih merah tanahnya. 

Zariff terdiam. Dia takut membuat andaian yang mungkin akan menyakitkan hati dia.

" Kubur siapa ini Syu?" 

Syura tak mampu hendak bersuara. Sebak dada. Dia menatap Zariff.

" Kau nak jumpa Wawa kan? Kau tanya ini kubur siapa kan? Kau baca Zariff, nanti kau akan tahu ini kubur siapa." 

Zariff mencangkung, menatap tulisan yang tertera di batu nisan kubur itu. 

"Najwa Binti Ariff"

Zariff terduduk. Dia ingin meraung, tapi apa guna dia meraung jika itu tak akan dapat mengembalikan Wawa padanya. 

" Dia tak ingin kau sedih bila tengok dia dalam keadaan sakit. Dia tak nak kacau kau, saat-saat pemergian dia. Aku dah sedia nak telefon kau dan beritahu keadaan dia masa itu. Tapi dia halang aku. Dia tak ingin kau batalkan perkahwinan kau hanya untuk melawat dia kat hospital. Dia hembuskan nafas yang terakhir masa kau bersanding tempo hari. Dia seorang yang tabah Zariff." Syura berjeda.

" Aku juga minta maaf pada kau. Aku tak dapat hadir di acara kahwin kau kerna aku pergi selesaikan pemakaman Arwah dekat kampung. Maafkan aku kerna bohong kau." 

Airmata menitik laju. Semakin dia kesat airmata itu, semakin laju ianya menitik dan menitik.

'Tolong jangan menangis untuk saya ya. Saya nak tengok awak senyum aje. Saya suka tengok senyum awak, kalau awak senyum nanti saya boleh tengok lesung pipit awak yang sangat memikat hati saya ini. Please.. Jangan nangis tau. Janji!'

Pesan terkahir Wawa itud dia simpan kemas dalam ingatan. Wawa tak suka dia menangis, wawa nak tengok dia senyum. Tapi sanggupkah dia senyum bila berhadapan dengan keadaan seperti ini.

" Abang sayangkan Wawa. Abang akan ingat janji Wawa. Abang tak nangis, tapi abang cukup sedih dengan semua ini. Abang berdoa, semoga Allah pertemukan kita kelak di akhirat sana. Wawa tunggu Abang ye. "

Sebak dada semakin menghimpit. Zariff berteleku di samping tanah kubur yang masih merah itu. Seketika dia membaca surah yasin untuk di sedekahkan kepada insan yang dia kasihi.






----TAMAT----




Jodoh, ajal, maut. Itu semua dah ditentukan oleh Allah swt. Kita manusia biasa, hanya bisa merancang , tapi tetap Allah yang menentukan.

Bertahun-tahun menyemai kasih, jika tiada jodoh antara kita. Pasti ianya akan putus jua. Bercinta tak seharusnya akan bersama. Perkahwinan dengan restu orang tua itu sangatlah indah.

  • Errmm.... Cik Writers tak reti nak berquote bagai ni. Jadi, maaf bila pelik de rumit de ancurr.  Quotes yang kita buat tu. Haha..

  • Enjoy reading guys. Jangan lupa press perkataan 'comment' tu tau. Drop sepatah dua kata pun dah sangat menggembirakan hati kita. Hehe..

AN kata. "Dont judge a book by it cover" Err... Ada kaitannya ke? Hahah... Selamat berpuasa. Jangan ponteng tau. ^_*
Salam sayang
Cik AN 
















12 comments:

myaulia.imna said...

hi u... i datang sini algi :)

Ann.Awa said...

Thankz kak AI

Unknown said...

wah,ary tahniah kerana berjaya menghasilkan karya yang menyayat hati


best :)

Unknown said...

salam dik ary..best2 huhu sedihlah.nak tisu lah.... tapi byk typo.kalimah ALLAH septtnya huruf besar..dan byk lagi.,,sory..akk pon byk yg typing error :)

Ann.Awa said...

Thank kak weed...

Ann.Awa said...

Hehehe...thankz sudi baca kak domi. Tq jugak atas masukan akak, next time ary pi betulkan..heheheh

Unknown said...

perghhhhhhhhh... sayu sayat membacanya... tahniah dik... (Y) menyayat hati

AnakPakZohar said...

salam... alahaiiii... sedihnyaaa.. huhu..... :')

Ann.Awa said...

Perrrggghhhh.... Terima kasih akak.
^^

Ann.Awa said...

Walaikumsalam... Thanks sudi baca dear ^^

Ameera Elisha said...

Waaaa.kali ni mmg cerita hang sedih, makcik.. keep it up. kena jiwa aku.hahahaha

Ann.Awa said...

Hihi... Tq makcik....