Bagi Balik Cinta Aku! 1








" I lap you girl, but you don't lap me okay! Hehe.."







Peluh yang merenik di dahi dikesat dengan belakang tapak tangan. Sebelah tangan lagi masih ligat mengelap kaca-kaca di dalam tandas wanita itu. Sikit lagi.. Sikiiit je lagi. Okey, done! Hati rasa bangga campur gembira bila kerja yang dilakukan sudah selesai. Puas hati yang amat. Senyum melebar.

" Caya lah kau Faz." Fazi menggumam sendiri. Hujung hidung dia jentik dengan jari sendiri. Bangga teramat kununnya. Tapi, memang lah harus bangga. Tak semua orang muda zaman sekarang mahu bekerja seperti dirinya. Cuci-cuci, lap-lap, mop-mop. Cleaner la nok!

"La la la..."

Kaki melangkah menyusuri lorong hotel sambil sesekali bibir itu menggumam menyanyikan lagu yang apa entah. Tak jelas. Fazi main bedal aje apa jua lagu yang dia nyanyikan.

Tut.. Tut..

Handphone dalam kocek berbunyi. Tangan menggagau kedalam kocek. Handphone di keluarkan lalu di tatapkan mata pada skrin yang terang itu. Kotak pesanan masuk di buka.

 + bonjour ma dame. Comment allez-vous aujourd'hui?

Erkk! Tangan menggaru dahi. Alien dari planet mana yang tetiba bagi mesej dengan bahasa 'tak mudah faham' ni. Lantak la. Pening nak fikir.

Handphone kembali di masukkan kedalam kocek seluar. Hayunan kaki yang tadi terhenti kini dilanjutkan. Siulan dari bibir semakin rancak menyanyikan lagu.

" Eeiiii, Orang tua stupid! You tak ada mata ke hah! Habis basah  high heels I. " sayup-sayup Fazi terdengar suara seseorang yang sedang marah. Mata melilau mencari dimana timbulnya suara itu. Kaki dihayun lebih cepat ke arah tandas lobi hotel yang tak jauh dari tempat dia tercari suara itu.

" Maaf Cik, Mak Cik tak sengaja."

" Tak sengaja konon, You tahu tak berapa harga kasut I ni? Satu bulan gaji You pun tak akan mampu untuk beli kasut macam ini tahu tak!"

Fazi menghampiri mak cik itu. Saat melintasi gadis lampai tinggi yang menengking-nengking orang tua itu dia menjeling. Tak sopan punya perangai. Dengan orang lebih tua pun nak ber-I-You-I-You.. Sekali I kick You kang. Fazi mengetap gigi tanda geram.

" Kenapa ni Mak Yang?" Fazi bertanya pada Mak cik itu.

" Mak Yang tengah mop lantai ni ha. Tetiba anak ini lalu, dan tak sengaja mak yang ter-mop kasut dia sekali. " Mak Yang memberitahu.

Fazi memandang gadis itu dari atas kebawah, bawah keatas. Gila cun! Tapi, cun bila masuk dalam opera cina. Ni tepek bedak ke mandi bedak minah depan dia ni. Mekap macam nak pergi karnival badut aje. Dah la kain tu singkat se-singkat otak dia. Agaknya kekurangan duit nak beli kain untuk dijadikan baju kot. Singkat, belah sana sini pulak tu. Astagfirullah... Fazi beristigfar dalam hati.

" Yang you tiba-tiba elus dada tu kenapa? perempuan pelik, entah-entah gila." Minah 'I-You' itu bersuara, lirih suara dihujung kata itu. Tapi cukup jelas untuk pendengaran Fazi yang memang tajam bak lintah.

" Aku dengar lah minah. Kalau aku gila pun, rasanya kau lagi gila dari aku." Fazi bersuara tenang. Lantang dan jelas. Minah 'I-You ' membuntang mata. Mendengar jawaban yang keluar dari bibir Fazi.

" You, what? You cakap I gila? You.. " tangan ditunjuk kepada Fazi, tapi riak tenang pada wajah Fazi masih sentiasa terpamer. Tak heran la dengan kemarahan minah 'I-You' plus senget depan dia ni.

" Ya! Kenapa dengan aku? Kau nak marah ke dengan jawapan aku tadi? Dah jelas-jelas memang kau tu gila. Kalau tak gila, mana mungkin kau akan tengking orang yang lebih tua dari kau, mana mungkin kau akan pakai baju yang belah sana-sini macam pakaian orang gila tepi jalan tu. kain belah-belah-tampal-tampal. "

Sepantas kilat minah 'I-You' itu menarik rambut Fazi yang di ikat ekor kuda itu. Mata Fazi membuntang. Dia paling pantang bila ada minah senget seperti minah depan dia ini main kasar macam ini dengan rambut dia atau anggota tubuh dia yang lain.

Senyuman sinis pada bibir minah senget itu semakin membuat jantung dia bergelodak panas macam gunung hendak meletup. Air dalam baldi yang digunakan Mak Yang untuk mengemop lantai dia capai lalu diguyurkan diatas kepala si minah senget. Puas hati aku!

" Arrrgghhh..." Minah 'I-You' itu menjerit lantang bila badan terasa basah dengan air yang diguyur oleh Fazi.

" Mel,  Apa yang terjadi ni?"

Fazi menoleh. Seorang lelaki berkot hitam menghampiri mereka. Fuhyooo! Hensem tak hengat. Ni pelakon ke penyanyi ni. Putih melepak dia punya kulit, tinggi, tegap, macho . Errkk! Apa yang Fazi melalut ni.

Fazi menepuk pipi sendiri. Jangan berangan cik Fazi oii.

Mel yang dah basah lencun bahagian atas itu menghampiri lelaki tadi. Tangan menggapai tangan si lelaki, tapi ditepis lembut oleh lelaki itu. Mel mencuba menggapai lagi, dan kali ini lelaki itu menepis agak kuat.  Fazi dah rasa nak tergelak pun ada. Kesian minah 'I-You senget' aka Mel ini.

" Darling, you tengok I ni. Basah lencun." Minah senget itu mengadu pada lelaki itu. Blueek! Fazi rasa nak

" You mandi kat dalam toilet itu ke apa! Sampai basah macam ini! " Jawapan dari lelaki itu memang sungguh lucu, jawapan yang menggeletek hati Fazi. Andai kata dia ada kat rumah, memang dah tergolek-golek dia atas lantai.

" Darling! Minah gila depan tu yang siram air busuk ini kat badan I. You pecat aje la minah itu. Perangai macam gangster."

Aik! Pecat? Siapa sebenarnya lelaki ini? Boss? Fazi menelan liur yang terasa pahit. Jangan la dia pecat aku. Aku nak makan apa esok kalau aku di halau dari kerja cleaner kat hotel ini. Huaaaa...

Fazi terdiam tak berkutik bila sorotan mata lelaki itu tajam menghunus anak mata dia. Mak! Bala dah mari ke?

" Encik  Taufik, Maafkanlah dia. Dia tak salah, tapi Mak Cik yang salah. Budak Fazi ni nak membela makcik sebenarnya."

Taufik kalih pada Mak Yang. Dia kenal Mak Yang, orang tua yang hanya bekerja sebagai cleaner ini memang baik orangnya. Dia dah berkhidmat pada hotel ini lebih dari sepuluh tahun lepas. Sejak dia masih lagi di bangku sekolah.

" Apa yang terjadi sebenarnya ni Mak Yang? Please tell me the truth."

Mak Yang pun menceritakan rentetan kejadian yang seketika tadi terjadi sampailah part dimana Fazi menyimbahkan air bialasan mop pada tubuh Mel.

" Mel, you should say sorry dengan Mak Yang, she just mop your heel a bit. You tak patut tinggikan suara pada orang yang lebih tua dari you. " tegas. Mel tidak berkutik mendengar kata-kata yang terluncur keluar dari bibir Taufik.

" And You.." Pandangan dibawa pada Fazi yang berdiri kaku di sebelah Mak Yang. " Come to my office. Now!"






...............







+pourquoi vous ne répondez jamais mon message dame? êtes-vous occupé en ce moment?

Sumpah! Fazi semakin pelik dengan si pengirim ini. Nombor si pengirim dia teliti, dia tengok betul-betul, dengan cermat dan tepat. Hoho

Nombor dalam negeri sendiri, tapi bahasa tu guna bahasa planet marikh. Ke entah-entah si pengirim ini keluaran planet marikh tak? Jauh menyimpang la otak Fazi ni.

Handphone masih ditangan. Rasa nak telefon aje nombor pengirim ini. Tapi takut pulak bila tetiba kena serangan sawan saat dengar suara bahasa planet dari orang sana. Aduyai apa! Help me.

" Ehem.. " Kus semangat! Fazi urut dada yang terkejut. Orang tengah khusyuk duk tilik-tilik handphone, tiba-tiba ada suara orang berdehem tak jauh dari dia. Ingatkan Mr.H yang berdehem tadi, ternyata bukan.

Dia menoleh kearah pintu. Taufik sedang masuk kedalam bilik pejabat dia dengan jelingan maut membunuh. Dia suruh si Fazi masuk bilik dia pasal nak di bagi denda. Tapi bila dia tatap raut wajah Fazi yang comel macam tupai itu, rasa sayang pulak bila nak di denda. Tapi seketika tadi bila dia nampak Fazi yang tengah khusyuk bermain handphone. Dia rasa memang nak bagi denda aje dengan budak Fazi ini.

Entah kenapa. Dia rasa senang bila tengok pada mata comel Fazi itu. Tapi pelik pulak rasa hati dia ini, sekejap panas sekejap dingin. Itu bila di depan Fazi aje.

Dia teringat pada dua hari lepas ketika untuk pertama kali dia bertemu dengan Fazi. Fazi yang tak sengaja menumpahkan air bilasan mop ke lantai, lalu dia terpijak lantai yang tengah basah itu. Gedebukk dia tergolek bak nangka setengah busuk. Malu tu jangan cakap la. Tapi dia kan lelaki, ego terlebih katakan. Apa lagi, marah aje la si budak Fazi tu. tapi yang buat dia tergamam, tak menikus pula si Fazi bila kena marah dengan bos. Semedang aje Fazi menjawap dan melawan kata Taufik.

Tak pernah-pernah dibuat dek kebanyakan perempuan yang dia kenali, menjawap balik kata-kata dia ketika api kemarahan sedang marak dalam dada.

'She is the one, who can do that to me.'

Kali kedua berjumpa dengan Fazi. Heh! Bukan berjumpa, tapi lebih tepatnya dia terjumpa dengan Fazi yang sedang bertekak dengan seorang lelaki yang agak muda dari dia. Dia bengang juga dengan Fazi ketika itu. Ingin rasanya dia maki hamun si Fazi. Ya la. Cuba di fikir. Jika lelaki yang sedang bertekak dengan Fazi itu adalah seorang customer. Maunya tak teruk bila customer itu report kat semua majalah yang TA Hotel biadap melayan customer. Oh tidak! Bankrap terus hotel yang di bina Daddy dia bertahun dulu.

Dia sedikit menghampiri. Ternyata bukan cuma dia saja Yang menonton free show yang dilakonkan oleh Fazi. Banyak staf-staf lain yang duk tengok aje pertelingkahan Fazi itu. Dia mencuit bahu salah seorang staf. Terkejut agaknya staff itu bila taufik nampak riak takut pada wajah staf itu. Taufik meminta penjelasan yang detail dari staff itu tentang apa yang terjadi.

Sungguh! Taufik bagai terus dipukau. Dia berpatah arah terus dari fikiran negatif tentang Fazi seketika tadi. Sekarang! Dia rasa bangga dengan apa yang Fazi lakukan. Fazi memarahi lelaki itu kerana lelaki itu biadap pada Mak Piah yang hanya salah menaruh baldi mop, lalu lelaki itu tertendang mop itu sehingga kena dengan baju orang itu. lelaki itu marah pada mak Piah, tu yang si Fazi marah balik pada lelaki itu. Satu yang dia amat senangi dari budak Fazi itu. Terlalu hormatkan orang tua. Paling pantang bila melihat ada orang tua yang disakiti. Termasuklah kes Mak Yang dengan Mel beberapa jam sudah. Last-last, dia simbah Mel yang cun bak opera cina tu dengan air bilasan mop lantai. Rasa nak tergelak pun ada bila tengok si Mel lencun macam tadi. Sungguh berani budak yang bernama Fazi itu. Senyum terukir dibibir Taufik.

" Ehem..." Fazi ber dehem. Taufik tersedar dari kelekaan dia mengingati renteetan kes yang berkaitan dengan gadis di depannya ini.

Fazi menahan geram. Penat dia berdiri di depan meja Taufik sejak tadi. Tapi boleh pulak lelaki itu tersenyum tersengeh macam orang tengah berangan. Sawan ke apa.

" Hmm.... " Taufik gelabah bila dia terkantoi tengah berangan. Yang kantoikan dia pulak, orang yang tengah duk dia angankan itu. Sungguh rasa lain macam aje.

Taufik membetulkan duduk sebelum memulakan mukadimahnya terhadap gadis di hadapannya itu. Dia pandang Fazi. Apekehal minah ni muka ketat semacam aje? Taufik pelik.

' Boss ni jenis lokek kingkong ke lokek ayam ya? Kerusi punya lah banyak kat dalam bilik ini. Tapi habuk pun tarak aku di persilakannya duduk. Hancuss!' Fazi mengomel dalam hati.

" Okey! Sila duduk." Errkk! Fazi buat muka selamba aje sambil tarik kerusi dan labuhkan duduk, selamba la sangat bila sebenarnya dalam hati tu gementar.

" Sebelum I buat denda pada kesalahan you. I nak tahu, Whats your name?" Lakonan Taufik dah siap dimulakan. Nama tu dah tahu, dan beberapa butir diri mengenai Fazi dah pun dia peroleh dari setiausaha dia. Tapi, nak juga dia tahu dari mulut empunya diri sendiri. Berlakon lebih aje si Taufik ni.

" Nama saya Fazi.. " jawapan yang ringkas. Taufik tergamam. Tak ada rasa takut gamaknya si Fazi tu dengan Taufik. Memang satu dalam beribu, beribu gadis yang suka mendampingi dia. Gadis yang hanya mengendeng kerana melihat harta dan fizik saja.

" Your fullname young lady." Fazi rasa menyampah dengan panggilan young lady yang keluar dari bibir Taufik. Nampak sangat buayanya. Fazi mencebik.

" Fazlina Khalid. 22 tahun. Tinggal dekat rumah sewa belakang hotel ini aje. Tak pernah sekolah tinggi-tinggi, setakat SPM aje. Kerja kat sini nak sara adik-beradik makan. Ada yang kurang tak boss dengan detail diri saya?"

Hah engkau! Sedas terus Fazi bagi pada Taufik. Taufik berpura-pura selamba. Dalam hati? Memang dah rasa kena perli.

" Okey! More than enough girl." Fazi mencebik. Tadi young lady, ni girl pulak! Memang jenis buaya tembaga sungai klang mamat ni.

Taufik berdiri. Langkah dihayun kearah kerusi yang di duduki Fazi lalu dia labuhkan duduk di meja kerja yang berhampiran Fazi. Kertas ditangan diteliti. Data diri tentang budak Fazi itu lah.

" You tahu apa kesalahan you sehingga you boleh ada dekat office I ini?" Taufik menyoal. Mata dibawa meneliti seraut wajah Fazi yang sedang ralit menatap kehadapan. Berangan ke?

" Simbah air pada girlfriend boss..."

" Nope!" Taufik cepat saja memintas perkataan Fazi.

Mel! Girlfriend! Tak akan dibuatnya cari girlfriend yang gediks macam si Mel. Kalau tak pandang si Mel itu sepupu dia. Dah lama dihalaunya Mel dari hotel tempat dia bekerja ini.

" Habis tu?" Fazi menoleh kearah bos yang sedang mengendeng menyenget duduk dekat meja. Kerusi ada ni ha banyak-banyak, tapi tepi meja tu jugak yang dia duduk. Pelik betul perangai orang kaya ni.

" Pasal sikap you yang tak hormatkan customer. Cuba you fikir dengan akal sebelum berbuat sesuatu. Jika katakanlah, si Mel itu customer kita. Dan tiba-tiba dia inform dekat media tentang layanan pihak hotel ini pada customer. What do you expect can happened with this hotel? Can you think it before you lakukan sesuatu hal. You tu kerja kat sini, hotel kita ada aturan. Bukan ikut sesuka hati you nak buat sesuatu benda itu."

Fazi semakin mencebik mendengar mukadimah Taufik. Dah namanya Fazi, memang degil dan keras kepala. Selalu ikut suka hati saja kalau buat sesuatu. Sesuka mulut saja kalau hendak bercakap. Tapi, tak sesuka otak lutut dia untuk memaki orang lain yang lebih tua dari dia di halayak ramai macam apa yang Mel buat tadi. Geram masih terasa dalam diri bila ingat balik kejadian itu.

" Okey. Saya minta maaf atas sikap saya yang ' jahat' tadi itu. Sekarang. Bos nak buat apa? Nak pecat? Okey fine. Saya akan caoowww dari sini." Fazi angkat tubuh. Kaki dah siap ingin di hayun keluar dari office ini, dari hitel ini jugak, terutama dari pandangan si Taufik.

" Stay! Fazlina Khalid! I tak cakap yang I pecat you kan? " Fazi berhenti. Berdiri kaku di belakang pintu. Menanti bicara Taufik yang seterusnya.

Satu saat.. Lima saat..

Masih diam juga.

Tutt.. Tutt..

Handphone di dalam kocek berbunyi. Dengan selamba aje Fazi menarik keluar Handphone jenama Samsung itu. Handphone cikai aje, bukan galaxy atau note seperti yang tengah orang duk gilakan itu. Tak larat nak beli nyah!

 + tu me fais dame folle. Je sais que vous avez encore bouder avec moi, pouvez-   vous me pardonner. Je vous en supplie . Sorry my baby-moo.

Fazi menelan air liur. Tekak terasa amat payah hendak menelan, kering semacam. 'He is back'

Taufik menghampiri Fazi yang masih statik sambil tangan erat memegang telefon pintar dia itu. Bahu Fazi dia sentuh dengan hujung jari.

Terasa ada jari yang menyentuh bahu dia. Sepantas kilat Fazi menoleh kebelakang. Taufik dia renung dengan tajam. Berani dia sentuh aku!

" Jangan pernah sentuh apatah lagi pegang aku, Encik Taufik."

Taufik tergamam dengan raut kemarahan yang ada pada wajah Fazi. Tetiba emo semacam ni apa kes? Aku pegang hujung jari aje la, berlapik pun! Taufik balas tatapan maut Fazi. Ingat kau aje boleh, aku pun boleh la. Ngomel Taufik.

Lepas beberapa saat saling berbalas pandangan maut mengancam jiwa. Taufik meletakkan kertas yang dia duk kelek dari tadi di tangan Fazi.

Fazi pegang kertas itu sebelum menilik kertas apa yang Taufik beri pada dia. Jangan-jangan kertas kahwin kontrak tak? Eh apa yang Fazi melalut sampai kahwin kontrak ni. Ini pasti kes terikut novel ni. Hehe..

"Sign cepat kat hujung bawah tu. and you can go from my office." Taufik berpaling dan berlalu menuju ke meja kerja dia. Senyum terlakar di bibir. Bersiaplah girl!

Fazi menilik kertas itu. Tergamam dia demi melihat tulisan yang terpampang di dada kertas itu.

" SURAT PERJANJIAN JADI CLEANER DI RUMAH TAUFIK ADAM
Apa yang perlu dilakukan adalah. Hanya patuh dengan setiap arahan yang di berikan Taufik Adam kepada Fazi a.k.a Fazlina Khalid. Tiada bantahan. just sign dekat tempat yang di sediakan. Atau I akan report polis tentang apa yang you lakukan pada Mel. Itu dah boleh dikira jenayah tau"

Jeritan Fazi sungguh menggeletek tangkai hati Taufik. " What the! Arrgghhhh " Fazi berlalu keluar dari pejabat yang menyesakkan itu. Pintu dihempas sekuat hati. Biar pecah sekali.

Taufik tersenyum. " Semua akan bermula sekarang girl."









>>>> To Be Continue...



Cik Writer Said: Mian Hamnida, maaf , sorry, jika ada BI saya yg salah. Saya lemah dalam BI . N maaf if cerita ini meraban, merepek, mengarut, n tak memikat hati anda. Saya tulis sekedar ikut otak sengal saya saja. Hekhek..



Salam Aidil Fitri ...
Maaf Zahir & Batin .



TERIMA KASIH



4 comments:

Unknown said...

aryyyyyyyyyyyyyyyyyy,i datang ni...hehehehe



best,agaknye kan,mamt planey marikh tu kan mesti si taufik,hehe

Ann.Awa said...

Kak nurul nuqman
Ahakz... Adakah ianya benar? Jeng jeng jeng... Kita tgok nanti, hehe.


Tq for d komen akka, <3

Waisya Carissa said...

hahaha... ingtkn kontrak ape la...
rupe2nye kontrak jd cleaner kt umah...

Ann.Awa said...

Siz Wild Cherry hehehe, tq sudi baca ^^