Bagi Balik Cinta Aku! 2




" Cemburu itu tanda sayang! Errr, ye ke? "






Kruuk..krukk..

Berkeriut bunyi katil usang itu bila dihempas oleh badan Fazi. Seriau rasanya mendengar bunyi yang timbul dari katil itu. Fazi bangkit lalu badan di kalih pada sofa yang empuk dalam bilik. Sofa boleh pulak rasa empuk semacam, tapi katil berkeriut macam radio rosak.

Tok.. Tok..

Ketukan pada pintu mematikan langkah dia yang hendak masuk kedalam bilik air. Diam. Tak menjawab. Mata di tala kearah jam yang tergantung di dinding. Baru pukul 8 malam, tak akan si Eda dah balik kut. Fazi pelik. Selalunya kawan Fazi itu tak akan nampak jalan rumah kalau tak menginjak angka 11 malam. Kerja shif la katakan.

Tok..tok..tok..

Ketukan di pintu kedengaran lagi. Fazi dah tegak bulu roma. Mr.H? Fazi masih kaku ditempat tadi.

" Faz.. Oo faz, kau ada kat dalam ke tak? " Suara perempuan. Fazi mengelus dada. Hampir saja dia nak menyorok dalam gebar andai kata itu Mr.H yang kacau dengan ketuk-ketuk pintu. Si Eda rupanya. 

Pintu bilik Fazi buka sedikit. Sekedar untuk menampakan kepala saja. Eda yang tercongok di depan pintu memandangnya. 

" Apahal? " Fazi menyoal.

" Ni ha. Handpone kau tertinggal atas meja depan nun. Melalak aje dari tadi. Kau tak dengar ke makcik? Nasib la aku masuk rumah, kalau tak. Dah kempunan si pemanggil tu nak dengar suara 'comel' kau tu. ha ha ha." Kureng punya kawan. Eda tergelak dapat mengenakan si Fazi. Dia berjalan ke arah bilik sebelah Fazi. Bilik dia la.

" Ee.. Nanti, nanti , nanti.." Eda berhenti bila dengar suara Fazi yang menghalang. Badan di toleh ke arah Fazi yang masih tercegat di ambang pintu.

" Tak biasanya kau balik awal. Awat? " 

" Saja je. Tak boleh?" 

" Boleh tu boleh je. Tapi macam pelik aje. Kau tu kalau tak jarum jam tu dah stop kat angka 11, tak akan nampaknya batang leher kau tu. kau kan sejenis dengan kelawar. Hahaha.." 

Bantal diatas sofa yang tak jauh dari Eda diambil lalu di lemparkan kearah muka Fazi. Dush! Yes! I got it. Jerit Eda dalam hati sebelum berlari kedalam bilik. 

Kena cepat lari kalau tak mahu dapat sound dari si Fazi. Sound Fazi tu boleh tahan jugak tau. Boleh tahan parah macam radio rosak. Ha ha ha.

" Edaaaa!! " 






-----------







Dah 3 kali handphone Fazi duk melalak aje. Tapi Fazi buat derk aje dengan semua itu. Dibiarkan saja Handphone itu melalak meraung di meja sebelah dia. Eda di sebelah dah naik rimas mendengarnya. Nak tengok televisyen pun rasa tak senang.

Fazi disebelah dicuit. Fazi hanya menggumam tanpa menoleh. Kalau dah tengok hero favorite. Memang tak akan ada apa yang dapat mengalihkan pandangan dia dari kaca televisyen. Eda menggeleng melihat tingkah Fazi. Handphone di atas meja dicapai. 

Mak aihh! Terkejut Eda melihat berapa banyak notification dalam handphone si Fazi. 5 message dengan 6 panggilan tidak terjawab. Dah macam retis aje si Fazi ni. Hekhek...

Baru hendak meletakkan kembali handphone si Fazi ke atas meja. Eda terkejut sekejap bila tiba-tiba handphone itu melalak tanda ada panggilan masuk. Nasib tak terjatuh bila tangan teketar dek rasa terkejut itu. Fazi di sebelah dicuit. Nak bagitahu yang handphone dia dah menjerit sakan mintak 'peluk' dengan si Fazi.

" Weii, handphone kau dah jerit-jerit tu. pekak telinga aku dari tadi duk dengar. Nak tengok tv pun tak konsentret tau!" Fazi disebelah sungging senyum walau mata masih tak lepas dari arah kaca televisyen. Eda hanya mampu menggeleng melihat gelagat si Fazi.

" Siapa?" Fazi menyoal tanpa menoleh pada Eda. 

" Apanya yang siapa?" 

" Siapa yang call tu?"

" Mana aku tahu, kau tengok sendiri." Saje je nak naikkan angin si Fazi tu. tak sah kalau sehari aje Eda tak kacau Fazi. Dah tebiat mereka. Gaduh-gaduh sayang la katakan.

" Eleh! Kau kan tengah pegang handphone aku. Kau tengok aje la nama siapa kat skrin telefon tu makcik. 'Sengset' la kau." 

Eda mencebik. Tak suka betul bila kata 'sengset' itu keluar dari bibir Fazi. Sengset a.k.a sengal senget. Padahal, dua-dua pun sama-sama sengset, 2x5 gitu.

Eda tatap pada skrin telefon yang berkedip-kedip sambil menjerit tanpa henti. Nama pada skrin di baca. 

Telefon bimbit itu dia serahkan pada Fazi. Fazi menoleh pada Eda. Baru kau nak hadap muka aku yang comel ini Faz? Dari tadi asyik duk tenung tv aje. Eda mengomel dalam hati.

" Siapa yang call?" 

" Fir.. " tak semoat Eda menghabiskan kata. Handphone diambil lalu dilekapkan ditelinga Fazi sambil senyum tersungging.

Skandal kipas mati si Fazi tu. Dia seorang aja yang dapat handle otak sengal Fazi. Haila Fazi. Aneh bin pelik kau!







---------------







Serabut! Hanya itu kata yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan Fazi sekarang ini. Perbualan dia dengan Fir seketika tadi cukup mengganggu fikiran dia. Serabut! Kusut! Itu belum lagi ditambah dengan perangai 'GSP' gila-sengal-pelik si Taufik. Dah nak masuk satu bulan dia kerja sebagai cleaner kat apartmen Taufik. Perangai lelaki itu semakin pelik dan mengada. Ada kalanya oke, ada kalanya pulak oke-oke-tak oke. Hessy! Bila bala dah datang. sekali datang , bermacam-macam bala datang sekali harung. Jimat otak dia nak fikir gamaknya. Ngee~~~

Tutt.. Tutt..

Handphone di tangan di renung. Satu pesanan ringkas dia terima. 

 + bonne nuit ma fille de bonbon.
    Love you cheer..

Huh! Mengeluh. Ini lagi satu, tak habis-habis dengan bahasa marikh dia tu. sekali Fazi benci, selamanya dia akan benci lelaki itu. 

Berpuluh sms dia terima dari lelaki planet marikh itu, tapi satu habuk pun dia tak balas. Rasa sakit yang dulu dia dapat masih tersisa walau sebesar zarah dalam hati. Biarlah dia dianggap jahat ke apa, janji hati dia tak akan tergores lagi, lagi dan lagi. Goresan belati yang dulu tu dah cukup menyeksa dia sampai ke hari ini.

" Faz sihat?" Pertanyaan dalam perbualan dia dengan Fir tadi masih terngiang di telinga. Rasa rindu untuk menatap wajah itu semakin menebal. 

" Sihat." Jawab Fazi ringkas. 

Hening seketika. Fazi kematian kata untuk berbual dengan lelaki itu.

" Fir rindukan Faz. Kita jumpa." Fir meluah rasa. Sungguh! Dia rindu yang teramat pada Fazi. Dia rindu Fazi yang sengal, Fazi yang ceria, Fazi yang manja, Fazi yang selalu membuatkan hari-hari dia penuh dengan pelangi berbagai warna. Tapi sayang, pelangi itu hilang serta merta dari hari-hari dia bila Fazi pergi dari sisi dia begitu saja.

"Tu me manques aussi." Fir dihujung talian ukir senyum. Ternyata dia kongsi rasa yang sama terhadap Fazi. 

" Kita jumpa esok Cheer. " Fazi terdiam sekejap cuma. Dia rindukan panggilan itu dari Fir, dari mereka yang tak pernah mengerti kehendak hati dia. 

Fazi mengangguk. Alamak! Fir mana nampak aku angguk saja ni. Tangan tepuk dahi.  Fir dihujung talian kerut kening. Apekehal tetiba macam dengar suara Fazi tepuk sesuatu. " Oke! Esok, kat tempat biasa." Fir senyum lagi.

" Faz tak nak tanya kabar 'mereka'?" 

Fazi terdiam. Fazi bukan tak hendak tahu hal tentang 'mereka' lagi. Tapi biarlah semua persoalan tentang kabar berita 'mereka' itu dia saja yang simpan rapat-rapat dalam dada.

" Faz.. " 

" Ma rinduka Faz. Pa pun sama. Cumanya mereka Ego terlebih. Jadi, mereka hanya merindu dalam diam aje. Faz tak nak balik ke? Tak rindu Ma dengan Pa?" 

Fazi diam. Siapa kata dia tak rindu. Rindu itu selalu bertamu dalam hati. Tapi dia , Ma dan Pa semua sama-sama ego melangit. Tak ada yang hendak mengalah. Jadinya, semua duk pakat diamkan diri tanpa hendak berbaik.

" Fir, Faz rasa ngantuk la. Kita sambung esok aje lah ek. Bonne nuit.

Handphone yang sudah mati dari talian dia camapk ke atas katil sebelum badan ikut direbahkan diatasnya. Mata ralit menerawang ke atas siling putih. 

Baru hndak melelapkan mata, nada sms mula kedengaran. Handphone disisi dicapai. Bibir diketap geram bila kotak sms dibuka.

 +comment tu me manque tellement. pouvez-vous me pardonner.

" Tak habis-habis dengan bahasa planet marikh dia tu. boring betul la." 

Belum sempat handphone di off. Satu lagi pesanan ringkas dia terima. 

+ make sure. Esok you dah ada answer for my question last day. 
  Taufik Adam.

" Ini lagi satu! Buat orang semakin pening aje. Hampagas tahi ayam semua ni. "

Mata ditutup rapat. Berharap esok, semua yang bersarang dalam otak dia hilang ditelan mimpi. 






-----------





Pagi-pagi lagi Fazi sudah tercegat di depan kaunter hotel. Hendak bertemu janji dengan bos pelik Taufik Adam. 

" Sorry Faz. Syima cakap encik Taufik ada kat luar. Tapi Encik Taufik dah berpesan pada Syima yang dia suruh kau datang ke office dia belah petang karang." 

Fazi mencebik. Pirahh punya Taufik. Semalam cakap pagi, ini dah suruh petang pulak. Sekarang, terpaksa dia atur balik perjumpaan dia dengan Fir. 

" Okey! Thankz." Senyum di beri pada Gee yang bertugas sebagai penjaga kaunter sebelum kaki melangkah pergi dari situ.

Teringat peristiwa dimana taufik meminta sesuatu dari dia beberapa hari sudah. Pelik sungguh dengan Taufik. Fazi jadi semakin rimas dengan perangai gatal-miang-mengada si Taufik. Sungguh! Itu bukan sifat Taufik seperti yang dia kenal pertama kali dulu.



Kaki menjingkit. Tangan menggapai-gapai benda diatas almari itu. Nasib aku ni pendek je, kalau tinggi. Tak adanya aku panjat-panjat kerusi demi nak ambil benda tu. nasib badan.

Sikit lagi! Ya, sikit aje lagi! Oh yes! I got it! Jerit Fazi dalam hati bila barang yang dari tadi duk dicapai dan hendak di ambil itu akhirnya berjaya dia gapai. 

Melonjak riang si Fazi bagaikan anak kecil dapat gual-gula dari Ayahnya. Happy punya pasal, sampai terlupa yang dia itu berdiri diatas kerusi. Alamatnya, imbangan tubuh tidak sama. Badan semakin mencondong kearah kanan. 

' Allah. Kalau jatuh memang remuk badan aku. ' sempat juga dia berbisik dalam hati walaupun kata jatuh itu memang dah 99 peratus akan dia alami. 

Gedebukk!

Fazi terjatuh jua akhirnya. Tapi, sungguhlah pelik bila tak terasa remuk-hancur-patah badan dia yang terjatuh itu. Rasa macam empuk saja lantai yang dia jatuh tu. senyum tersungging dibibir. 

" You tak rasa nak bangun ke dari atas badan I ni? Nampak aje kecik, tapi berat mengalahkan tong gas badan you tu tahu tak!" 

'What?' Fazi terkejut bila tiba-tiba macam terdengar suara Taufik di ruangan itu. Fazi tepuk pipi sendiri agak keras. Kut-kut mimpi kan. 

"Ouuch! " Fazi menyeringai bila tepukan pada pipi dia itu rasa perit semacam. Itu bukan mimpi. Tapi kenapa suara Taufik seolah-olah dekat dan teramat dekat.

" Fazlina Khalid. Please get up now! You tu berat sangat tahu tak" Fazi menoleh kebawah badan dia yang masih terlentang atas 'lantai' . 

Oh God! Macam mana Taufik boleh ada kat bawah dia. Dan posisi dia! Telentang atas dada bidang Taufik Adam. Maaakk!! 

Sepantas kilat Fazi terus berdiri dan sedikit menjauh dari Taufik yang sedang mencuba untuk berdiri. Sengal yang teramat badan aku! Ngomel Taufik.

Taufik melabuhkan duduk di sofa berhampiran. Fazi menunduk muka dan tak berani pandang muka Taufik yang sedang mengurut punggung. Sakit Mak!

" Gila berat badan you tu. nampak aje kecik molek. Tapi berat macam tong gas!" Taufik membebel sambil tangan tu tetap merayap dipunggung dia sendiri. Sengal sendi-sendi!

Mata Fazi membulat bila mendengar Taufik menyebut tong gas! Wanita, paling pantang jika sesorang mempertikaikan tentang berat badan. Betul tak?

'Sekali lagi dia samakan aku dengan tong gas. Memang lebam seluruh badan kau, aku hempuk dengan tong gas betul' 

" Yang tiba-tiba kau ada kat bawah aku tu kenapa? Sekarang salahkan aku pulak. Huh!" Fazi menyilang tangan. Malas betul nak layan perangai gila-mengada-manja si Taufik ini. 

Kadang garang bak singa. Kadang lembut yang amat bak seorang kekasih. Tapi terkadang tu pelik mengalahkan kepelikan Mr.Bean. Kelakar dan menjengkelkan.

Taufik menggaru belakang leher. Apa nak jawab pada soalan si Fazi itu? Tak akan dia nak jawab ' I risaukan You, kalau You jatuh kat lantai macam mana? ' tapi lain yang di dalam hati cakap, lain pulak yang keluar dari celah bibir dia.

" I nampak you macam nak tumbang. I nak selamatkan you aje. Tak tahunya I pun ikut sama terjatuh. Nasib baik I ada, kalau tak. Memang meringkuk you kat dalam hospital. Dan bila you kat hospital, nanti ada media cakap lain-lain pulak. " 

Fazi kerut kening. Lain-lain? ". Apanya yang lain-lain tu?" Fazi menyoal. Pelik betul si Taufik sejak akhir-akhir ini. Ke pasal terlebih makan sambal belacan petang semalam tu. boleh juga kut! 

" Nanti they all cakap yang I dera you pulak. Merundum jatuh nama baik I. CEO TA Hotel dera pekerja. Hishh!"

" Apa nak hairan kan, kau memang dera aku apa." Upss! Fazi tekup mulut. Terlepas cakap sudah. Kompem sekejap lagi angin berapi Taufik akan meletup. 

Fazi berpaling arah. Baik selamatkan diri dahulu sebelum naga jadian akan sembur dia dengan hujahan yang macam mak nenek. Pok pek pok pek .

" You jingkit-jingkit sampai tak dengar bunyik pun I tahu la. Sekarang I nak you bayar ganti rugi atas kesakitan pada badan I ini." 

Fazi statik. Kaku. Nak jalan terus takut kena marah. Nak diam diri kat situ pun takut kena marah jugak. Yang pastinya dia memang dah rasa malas nak dengar kemarahan Taufik yang mengada.

" Ganti rugi?" Fazi bersuara tanpa berpaling kearah Taufik yang duduk di sofa.

" Ha'ah! I nak you ganti rugi." Ulang Taufik.

" Nak ganti rugi macam mana? Aku mana ada duit nak ganti rugi untuk beli tulang pengganti tulang kau yang patah itu. Kalau cuma ganti dengan tulang ayam aku sanggup la. Sekarung pun boleh." Fazi tahan gelak. Dalam masa takut pun boleh jugak dia kenakan si Taufik.

Taufik membuntang mata mendengar lawak Fazi. Banyak cantik nak ganti dengan tulang ayam. Ingat dia tu ayam sardin ke?

" Ganti rugi ini tak perlu bayar. Tak guna duit pun." Taufik tarik sengih. Ada la tu fikiran yang bernas-nas-nas dalam kepala otak dia.

Fazi tayang muka pelik. Muka blur sambil tangan menggaru dahi. ' ganti rugi yang macam mana tu?' Batin Fazi.

" Gantikan tulang I yang patah ini dengan tenaga you. Lengkapkan tulang I yang hilang itu dengan diri you. Tulang rusuk I yang dah lama hilang tu mungkin ada pada you." Taufik berjeda sebelum berdiri di hadapan Fazi yang masih statik dan kaku sambil membelakangi dia seketika tadi. Mata Fazi yang menunduk dia cari. Ingin rasanya dia tatap mata bundar itu saban hari. Saban waktu yang dia ada.

" Veux-tu m'épouser? Cheer." 

Fazi tergamam.






-------------- 







Fazi melabuhkan duduk berhadapan kerusi yang di duduki Fir. Fir ukir senyum. Semakin lama Fazi semakin ayu saja pada pandangan mata dia. Tapi, satu yang Fir tak berkenan pada penampilan Fazi. Jeans lusuh dengan baju tshirt besar gedabak yang saiz dua kali ganda dari saiz sebenar Fazi. Sampai begitu sekali kata protes Fazi. Fir menggeleng melihatnya.

" Nak makan apa?" Fir menyoal bila nampak Fazi dah labuhkan duduk.

Fazi ukir senyum walau sebenarnya mood baik dia dah ranap di telan sama oleh Taufik Adam. Buat mood spoil pagi-pagi macam ini. Siap kau Taufik! Gerutu Fazi dalam hati. 

Fazi geleng kepala. Perut tak berisi apapun lagi sedari pagi, tapi nafsu makan, lapar itu dah entah pergi mana puntak tahu, tetiba kenyang yang amat kenyang.

" Minum?" 

Fazi geleng lagi. Tapi dah namanya Fir, gen yang sama dengan si Fazi. Fazi degil, diapun degil. Kepala batu konkrit.

Selepas beberapa saat menunggu pesanan, dua cawan air orange pun sampai. Fir menyedut sedikit air di dalam gelas sebelum memulakan perbicaraan sesi rindu-merindu dengan si Fazi.

" Faz sihat tak? Okey ke? Fir tengok macam bad mood aje?" 

" Faz oke. Penat sikit aje agaknya." Fazi mengacau straw pada gelas. Straw dipusing-pusingkan. Tapi dahaga tak mari, jadinya. Dia duk gelek-gelekkan aje straw itu mengacau air orange. 

" Berat sangat ke kerja Faz? Faz resign aje la if berat sangat kerja tu. lepas tu kerja dengan Fir ye. " Serta merta Fazi mendongak. Mencari raut wajah Fir. Anak mata hitam pekat Fir dia tenung. Lama. Tengok mata Fir, sama saja macam tengok mata sendiri. 100 peratus sama. 

Fazi menggeleng. " Tak berat mana pun. Faz suka kerja itu. Ada sentimental tersendiri." Sentimental tersendiri? Ye la tu. tapi, memang dia  seronok  sangat dengan kerja dia sekarang ini. Kecuali part kerja kat apartmen si Taufik. Ampun deh!

" Faz rindu Ma dengan Pa tak? " Soalan Fir berjaya mengusik hati Fazi. 

Fazi angguk. 

" Faz sayang Ma dengan Pa tak?"

Angguk lagi. " Anak mana yang tak sayang dan rindu mereka Fir. Andai kata mereka membuang Faz satu hari nanti pun. Dua rasa itu pasti akan tetap bersarang di hati Faz sampai bila-bila. Tanpa mereka, Faz tak akan ada di dunia ini. Faz sayang sangat pada Ma dengan Pa. Tapi cumanya, mereka tak pernah untuk mengerti apa yang ada di hati Faz. Fz kecewa Fir."

Fir mencapai tangan Fazi yang terletak diatas meja. Digenggam erat. Sangat. Kalau boleh, tak akan dia lepaskan tangan Fazi dari genggaman. 

" Faz balik iya? Kami semua rindukan kehadiran Faz dalam rumah itu. Ma sunyi, dia rindu anak manja dia yang satu ini. Pa hampa, bila anak kesayangan dia ini tiada di sisi untuk mendengar usikan dia. Abang Fir kesepian, bila adik comey manja abang takde untuk dengar pok pek pok pek abang. Please, balik iya Faz. "

Fazi menatap mata Fir. Dalam. Dia rindu semua memori yang disebutkan Fir. Dia rindukan rumah, dia rindukan Ma, dia rindukan Pa, dia rindukan family dia. 


Dari luar restoran. Mata itu melihat. Tapi telinga itu tak mendengar, jadi kesimpulan dalam otak dia, tak akan sama dengan kejadian sebenar. 

Taufik tumbuk tembok restoran itu sekuat hati sampai tangan dia berdarah sedikit. Entah kenapa, dia rasa sakit hati melihat Fazi berpegang tangan dengan lelaki itu. Api kemarahan meluap tiba-tiba. Gunung meletup sekejap lagi. 

" Aku ni lagi handsome, macho, tough dari lelaki itu. Tapi dia tak pandang aku sikit pun. Dengan lelaki itu senang-senang aje boleh sentuh-sentuh. Tapi dengan aku, pegang sikit pun dah nak melenting macam singa betina. Hissy! Tak boleh jadi ni. Aku kena naikkan saham lagi tinggi ni. " omel Taufik, lalu dia melangkah pergi dari restoran itu.











---------------TO BE CONTINUED -------------




Cik Writer Said: maaf bila bab ini pendek, hehehe... Terima kasih sudi baca, kiss love hug you, you yang omey-omey tu..hekhek..Salam Aidil Fitri... Sudi-Sudikanlah Komen walau barang SECUITTT ya, hekhek, ^^























6 comments:

ArifahLee said...

Fir tu abg Faz ke?

Ann.Awa said...

Siz ArifahLee's hehe, entah tu... Kehkehkeh, sila teka ye..hehe

ayu salina said...

Kasilah panjang dan kaw2........pendek sgt, x puas bacanya. Huhuhu.....

Ann.Awa said...

Sis ayu salina tq sudi baca, sorry bila entry ni pndek heee,

Waisya Carissa said...

Owh Fir ni abg fazi ke... ingtkn boyfriend... tertanya-tanya ape punca hubungan fazi ngn mak ayah dia mcm ade masalah...

Unknown said...

best.