Review Novel Meh Sandar Pada Aku : Aifa Batrisya





" Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku.
    Tapi kenapa kita tak sedar semua itu? "



Tajuk: Meh, Sandar Pada Aku!
Penulis: Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-39-0
Harga: RM22 (Semenanjung) // RM25 (Sabah & Sarawak)


SINOPSIS BELAKANG NOVEL:

Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak. 

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama? 





AN says....

AFNAN TASNEEM, 23. Seorang gadis bendul yang terlalu lurus. Nasib yang dianggap malang apabila dia berada dibawah pengawasan penyelia yang antikan kaum perempuan. Pelbagai herdikan, tapi atas sikapnya yang kental lagi waja. Maka dia biarkan saja herdikan dan cacian yang keluar dari mulut penyelianya itu ibarat angin lalu. Al-maklumlah pada awalnya Tasneem juga ada hati dengan Doktor Muda tu.

SYED NADZHAN, 31. Lelaki yang kepantangan utamanya adalah WANITA. Tapi tidaklah bermaksud Doktor muda ini minat kaum sejenis. Cuma akibat terlalu berdendam dengan Mamanya yang membuatkan Syed Nazdhan terlalu alergik dengan manusia yang namanya PEREMPUAN. Dia beranggapan, semuaPEREMPUAN menyusahkan.


This story is all about Syed Nadzhan & Afnan Tasneem. Orang ketiga tak jahat sangat, tapi of course la annoying jugak si Sharifah Aleesya tuh. Dia terlalu obses sangat dengan Syed Nadzhan, bak kata pepatah. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. since kecil lagi dia duk  mengejar cinta Syed Nadzhan. Tapi SN ni tak pernah bagi respon dengan cinta Aleesya. Jangankan Aleesya, dengan semua makhluk bergelar perempuan pun dia tak pandang.

Disingkat cerita, SN ni trauma dengan perempuan bila time kecik2 dulu tu dia ditinggalkan Mama dia demi ikut lelaki lain. Hoho..sian SN.

“Saya tahu Doktor Syed tak suka pada perempuan, kan? Tengok kami yang perempuan ni langsung tak rasa apa-apa. Tapi saya ni perempuan normal, Doktor Syed. Saya suka pada lelaki. Mestilah saya segan kalau nampak lelaki berdiri depan saya tak pakai baju. Okeylah, saya keluar dulu. Kalau lapar, jomlah turun sarapan sama”

Perkahwinan antara bapa ibu Syed & Tasneem membuatkan mereka duduk dalam satu bumbung, jiran bilik. Hoho.. Walaupun satu bumbung. Sikap Syed tak pernah berubah pada si bendul Tasneem. Asyik nak gaduh aje. Tapi, dalam pada itu tumbuhlah juga bibit2 cinta dihati syeduntuk Tasneem, tapi biasa la lelaki, ego melangit. Dia cuba usir rasa cinta itu dengan membenci si adik tiri. Tasneem.

Syed Emir. Adam. Hah.. Jangan terkejut. Durang ni orang ketiga, tapi tak la sarat dengan taktik jahat. Syed Emir ni suka kat Tasneem. Tapi Tasneem agap dia tu abang aje. Dan si Adam pulak, kawan praktikal Tasneem. Adam cakap suka kat Tasneem, tapi... Ada motif tersendiri di sebalik ungkapan 'cinta' Adam pada Tasnem.. ( nak tahu, musti baca. Hehe )

Part paling lawak, Bila Salwa, sahabat Tasneem bercakap  bahasa rahsia iaitu ‘Bahasa F’ dengan Tasneem. Waktu tu, diorang keluar dinner bertiga. Salwa, Tasneem dan Doktor Syed. Disebakan ketidak selesaan, jadi Salwapun konfiden je bercakap ‘Bahasa F’ tu. Yelah, nak cakap terang-terang tak boleh, sebab Doktor Syed ada depan diorang.  Dan spontan itu, Syed Nadzhan balas apa yang Salwa tu cakap dalam bahasa rahsia tu. Apalagi, meloponglah mulut salwa. Dia sendiri terkejut bila tahu Doktor Syed boleh faham dan tutur dalam‘Bahasa F’ tu. Hahaha. Memang serius gila. 

“Okay, fine. Kalau Doktor Syed tak berminat pada saya, tapi saya memang minat pada lelaki handsome. Lebih-lebih lagi kalau berpakaian macam ni. Seluar panjang loose, pakai singlet aje. Badan ketak-ketak. Senang cerita, lelaki macam Doktor Syed la. Saya suka tau! Itu pun kalau tak ambil kira perangai Doktor Syed la, Kan? Haa…apa kata kalau saya cadangkan Doktor Syed pun kunci pintu bilik Doktor Syed, tolak almari baju, tutup pintu bilik Doktor Syed. Mana tahu, kot-kot saya pula yang datang serbu bilik sebelah nanti sebab tergoda dengan bisikan pihak ketiga tu”

Satu tradegi yang melanda keluarga mereka, Syed Nadzhan membuat keputusan untuk menikahi Afnan Tasneem sesegera mungkin. Haa..sampai sini jelah aku cerita eh, sebab aku macam rasa dah panjang  sangat dah entry ni. Serius, cerita ni best. Lawak sengal Tasneem memang sengal. Kadang-kadang sampai rasa nak sekeh-sekeh je.

Haih.. Nak cakap ape lagi ek. Otak dah jem. Haha... 

Terpenting, cite ini tak begitu sarat dengan konflik, rilex dan menenangkan minda. Jadi tak la buat otak jem dan serabut dengan banyaknya konflik. Tak juga buat jantung dan hati macam kena pali... Dum dum dum. Ahakz.

As a conclusion, cerita nie relax la. Dari first baca smpai habis, aku tak habis-habis keringkan gigi n gusi. Ahha... Gelak smbil guling2 atas tilam. *okay, aku ober sikit, haha!* 
but seriously, cerita ini best. Best la, pasal aku ni memang jenis pembaca yang tak terlalu suka novel heavy dan boleh merundumkan hati.. Sometimes je baca yang heavy, yang melelehkan airmata. Hekhek..





Ps/ ohaiyo... This is my first time wat review. Selalunya tu review dalam itak sendiri jek. Kahkah...So, mian hamnida bila review saya ni ada menyinggung ke menunggingkan perasaan awok yg baca. Hhe...
Next review... 


  • Insya ALLAH... 








2 comments:

Anonymous said...

Tq dear for the kind reviiew.

Lot of luv,
Aifa :-)

Ann.Awa said...

Most welcome kak Anonymous
Haha,,, best 4u... Ur novel mmg buat saya teruja. Hehe