Review TERUKIR CINTA by Anna Lee






NOVEL  : TERUKIR CINTA - ANNA LEE
HARGA : RM24.00
PUB      : IDEA KREATIF PUBLICATION

SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram. 



“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran 

“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia 



Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.



Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia 

“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’. 


Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif 


Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia 


Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?





   AN says... 

Finally.. Habis sudah baca cerita nadia vs khalif..

Tahniah buat kak Ju aka Anna Lee yg mempersembahkan karya yang sangat memikat hati saya ini. Sekali selak, rasa nak selak selalu. Rasa taknak stop baca, sampai aku khatamkan buku ini dalam masa 12 jam, hehe..rekod tercepat saya kut bila baca novel diatas 500ms, hehe...

Nadia yang polos yang mencari 2k dalam hidupnya. Kerjaya dan kahwin. Kerjaya, dia hanya pekerja biasa. Gaji pun tak sebesar mana. Kahwin, umur dah masuk kepala-3, tapi hidup masih membujang walau dah ada kekasih hati. Imran.

Perbalahan yang terjadi setiap dia bertanya soal kahwin pada imran, tapi si imran pulak boleh saja selalu bagi alasan tak sedia lagi. What the heck la si imran ni, 5 tahun berkasih tapi masih x ready. Aku rasa mcm nak cekik aje dengan sikap imran ni. 

Sabar Nadia ada batas. Dia tercabar dengan setiap alasan yang imran bagi, lebih tercabar bila mendengar perkataan imran "kalau awak gatal nak kahwin, awak pergi cari jantan lain yang boleh kahwin dengan awak bila-bila masa" hah kau! Sedas ayat!  Kalau saya jadi Nadia, memang dah masak si imran saya goreng atas kuali kat kedai mamak tu.

" Awak, nak kahwin dengan saya tak?" Nadia sahut cabaran, dia melamar sesiapa saja lelaki yang lalu di depan dia. 

Khalif Aufa, lelaki yang serabai, yang disangka mat gian oleh Nadia. Lelaki yang di sangka pula pencuri kereta, penyeluk poket. Dialah penyelamat, yang menjadi lelaki 'grab it' oleh nadia untuk menerima cabaran kekasih hati imran.

Takdir mempertemukan mereka, sekali lagi Nadia bertemu dengan khalif. Ketika berjoging di suatu taman. ( lupa nk sebut nama taman tu, haha )

Takdir lagi. Okey.. Ermm, takdir la kut, ke entah plan. Nadia dan Khalif bertemu lagi, lagi, dan lagi. 
Dan sekali lagi Khalif menjadi mat 'grab-it' Nadia. Lelaki yang di akui sebagai teman-lelaki-baru nadia. 
Mengenali Khalif dengan jawatan driver boss Emas Holding. Membawa Nadia untuk tidak mengingati kisah 'break-up' kisah cinta dia dengan imran yang dengan adanya orang ke-3 . Maisara. 

Yeah, munculnya Maisara ni, i smell something fishy sebenarnya. Tapi, aku tak mau buat andaian dulu. So, dengan sabar aku selak helaian seterusnya. Sampai lah kat part yang Nadia dah bercinta dengan Khalif Aufa dan terbongkarnya siapa sebenrnya Khalif Aufa aka Mr.K. CEO Emas holding nok! Hehe..

Nadia ternampak Khalif mengendeng Maisara masuk ke satu hotel tu. huih, bau ikan tu semakin menusuk hidung aku! Curiga, curiga. Tak akan si khalif ni sesuka hati aje peluk wanita bukan mahram. Apa lagi, sedih la si Nadia, and next day dia minta putus. lagi satu, putus dr khalif tu, dia buat alasan dia nak kahwin dengan imran. huih... tak suak, tak suka.

Khalif sedih tak? Kecewa tak? Ofcoz... Ermmm. Ada la. Kecewa sungguh rasanya. Haih, nak lbih jelas, sila beli dan baca sendiri buku ini. Gila rugi bila tak baca. Betul, tak tipu! Hehe..

Part yang paling buat aku nak tergolek. Tika nadia tersalah masuk kereta, ketika dia ada temu janji dengan Khalif si 'driver' . Hha..sumpah tak menahan. 

Yang sweet pulak, bila khalif selalu bagi bunga ros pada Nadia every monday, huih.. Siap ada kata2 'you're the one' dan lain lagi, memang sweet. Haih Mr.K

" Saya akan makan sampai habis supaya hati awak tak berbelah bahagi untuk terima saya."  

Cerita ini memang best, kalau makanan, menjilat jari la katakan. Hehe...
Saya suka part last ending tu. ahha, lain dari yang lain, 

" okey, kalau sayang sebut car boleh?"

Terdengar bunyi dia termintah aku dah tahu jawabannya.

" Sayang,!" Marah dia.

" Oh My GOD! Abang!" Aku menutup mulut mengira hari tempoh perkahwinan kami.

" Apa?" Dia menoleh, memandang lesu.

" You're pregnant!"

" What?"

" I mean... abang alahan teruk. So i'm pregnant!" Aku menjerit gembira.

Hahahah... See, memang sengih je la baca. Nangis pun iya jugak bila part golekkan hati. Ahha....


So, cepat2 'grab-it' buku ini tau. Rugi you all tak punya. Haha...

Psstt pstt.. Ekcely kan, aku dapat buku ini pon, dapat hadiah dari bestprend aku. Hehe...
Tangyu so much dak beso.. Hahaha, luv you so much tau. Banyak-banyak.
Lagi yang buat aku nak gelak. Apa yang kau tulis dekat ms depan tu. wkakaka... Sekeh kang.
" Tak dapat cop mohor penulis, tapi oke la dapat cop mohor dari pemberi kan?" Haha... Cett


















3 comments:

kjue kembar anna lee :p said...

Oh my lalingg.. U punya review buat akak nk tgelak.mcm boleh dgr n tgk gaya awak bcerita(wlp kita xp pernah jumpa)anyway.. 10q so much sbb sudi review nvl akak.maaf byk2 tuk ksilapan yg ada dlm nvl tu yer.may god bless u,dear!

kak jue kembar anna lee said...

Opss kirim salam kat cik pemberi novel tu.may god bless her too :)

Ann.Awa said...

Kak @kak jue kembar anna lee laling...
Yeaaa, tq untuk cerita yg super owsem ini, sayang akak ketat2 hahha...