Review KULI RUMAH UNTUK DIA-AIREEN ARYANA







 Sinopsis belakang novel: 

“Ini mata ikan, dan ini hidungnya!” –Minn

“Ini hidung?” –Syak

Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila!

Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri!

Kadang-kadang tingkah Minn Alia membuat Syakirul bersyak wasangka…

“Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat?” –Syak

“Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur?” –Minn

Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka?

Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya?

“I was so wrong, I’m sorry. Minn Alia say sorry, is it okay?” soal Minn Alia sebak.

Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.

“Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia?” – Syuhada

“For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia



“Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip cinta-cinta yang tersulam….”





AN says...

Finally... Saya berjaya habiskan novel ini dalam masa takdak satu hari, err... *bulan lepas ekceli. :p

Lawak! Yeps, ini bukan cerita komedi, tapi.. Lawak romantik yang sememangnya kesukaan saya. Haha..

Cerita ini memang terserlah keSengalan dia. Haha... Banyak part demi part yang membuat saya gelak memalam buta. Minah tepung, ikan paus jantan nak menopaus, ikan pari dikatakan ikan bawal, ikan dudu ,ni yang memang tak leyh blah, ikan dudu? Hahahaha, sengal betul si Minn ni. Ada ke anma ikan dudu? hantu cina… hahaha, si Minn la tu. Hantu cina bertepek tepung. !!


Minn Alia ni anak orang kaya, Tan Sri wehh.  2 tahun enjoy menanam anggur. Satu hari tu Minn minta si syuh kawan dia tu untuk carikan kerja. And syuh ofer kerja, Kuli Rumah. Minn terima saja kerja itu, dia ingat kerja Kuli rumah tu mudah n 'kacang' aje. Tapi, toinkk! Semua benda tang Kuli rumah pon dia ta reti buat. Masak ta reti, mop lantai tatau.. Alahai Minn.

Di tempat kerja, Minn Alia menyamar sebagai Syaminah Kadir, identiti pembantu di rumah keluarga Minn Alia. Kehadiran anak bujang Tengku Arshad, Syakirul Hafiz di rumah besar itu menyebabkan kehidupan Minn Alia menjadi kelam-kelibut. Asyik nak gaduh aje dua ekor tu.

Semakin hari, Syak semakin mencurigai Minn Alia yang kelihatan kekok membuat kerja-kerja rumah. Tapi semuanya dia tolak tepi, Kerana rasa kasih sudah melanda hati Syak. Syak jatuh cintun pada Minn Alia aka Minah si kuli rumah.

“Do you love me? Ni first time saya tanya seorang gadis sama ada dia suka saya ataupun tak. Out of control. Dengan awak, saya tak boleh kawal diri sendiri. Saya bukan lelaki yang boleh ngan dengan mana-mana perempuan yang tak ada kaitan dengan saya. Tapi, awak lain. I am out of my mind. Kenapa?” – m/s 240

Di sisi lain, Minn pun sudah merasa perasaan yang sama dengan Syak. Ketika kasih mula bercambah, watak Apez si 'kenangan lama' menerjah kembali dalam hati Seorang Minn Alia. Siapa Apez?

Penyamaran Minn Alia akhirnya kantoi. Syak sangat terkilan. Tindakan Minn Alia yang mendiamkan diri bila Syak melamarnya sekali lagi membuatkan mereka semakin menjauh. 

“Awak memang anggap saya ni tak penting dalam hidup awak sampai awak sanggup tipu status dan identiti awak, kan?” 

Yang menarik...

"Marah-marah aje dari tadi. Encik ni dah kena andropaus ke?" Minn Alia.

"Andropaus tu sejenis penyakit yang mana spesies paus jantan tak mampu lagi nak mengawan. Okey, bye!" Minn Alia.

"Olaaa.. Sir gobang gosir-sir! Gulak-gulak jawa-wa! Sirr abang naksir-sir!Bila abang suka!...cewah!" 

Part palinggg xleyh blahh, minn Alia nyanyi sambil berjoget. Aisehh.

Sesungguhnya hidup manusia itu amat singkat. Hanya pinjaman, dan beruntunglah insan-insan yang mengingati dan menjaga hubungan mereka terhadap ALLAH dan Rasulullah.

"Manis kan bertemu pasangan hati di dalam rumah Allah ini?...

"Kita ni yang pegang hati kita. Allah beri arah, beri panduan... Kita yang tentukan segalanya jika kita nak. Dengan izin Allah... " Syuh

Eiippp... Cerita ini memang best. Tak banyak konflik. Tapi banyak buat aku gelak, and some part tu memang buat aku meleleh airmata. Part Minn kehilangan Ayah dia, sodehh.. Huhuhu. Banyak pengajaran juga, baca tu baca jugak, and..baca dengan hati. Amik pengajaran yang boleh di jadikan tauladan...

So, grab it cepat-cepat novel ni... Before bukak novel tu, baca bissmilah.. Eiii, bukan pasal seram. Tapi, pasal, sapa tahu kang awak tergelak sorang, orang nampak duk ingat ang gila. Hahahahha.... 

Rating... Berbintang saya bagi untuk KRUD. :p

Saya menanti CCC (tajuk lama dari penulis), BIY, JC, and semua cerita cik Penulis cite ni bercetak..hahaha... Tataaaa...








2 comments:

RinsyaRyc said...

Cute Cute Cute Cute <--- seribu kali.

Suka dengan Aryssa punya review. tkasih daun keladi ya.. hihihi~

oh segan tengok ada gambar sendiri kat belakang muka novel iteww.. ;)


#blog super comel mcm tuannya jugak~

Ann.Awa said...

Hehehe, mekseh kak RinsyaRyc
Cute macam pict kat back novel tu jugak..hehe..
^_*