Review PERGI TANPA ALASAN-Hani Fazuha








PERGI TANPA ALASAN
Penulis : Hani Fazuha
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-11925-1-1
TAHUN : 2013
Harga: RM 23.00 / 26.00

SINOPSIS

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.

“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim

“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.

Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.

Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.

Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?

“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana

“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim

Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.

Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?

~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim

AN says...

Jujur sejujur dari hati AN... Tiada kata yang dapat terluah, tiada rasa yang dapat menggambarkan betapa sweet, pahit, romantik, comel, geram yang terdapat didalam novel PTA ini.. Satu yang saya dapat ucapkan, BEST!!!! capital letter okay. So maknanya, memang dabumm best cite kak Hani ni. Sehingga tak sampai setengah hari, aku dah katam Kisah Hakim n Rihana ni. Heheheh

Kisah ini mengajar kita untuk think before you acting. Sungguh , apa sahaja yang kita pilih sekarang akan melakar history yang tak mungkin terpadam walau dengan pemadam semahal harga. Tapi bagi yang telah menempa kisah silam yang kelam, belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan dan bertaubat. Bukan salah orang tua dalam hal mendidik, tapi salah diri sendiri yang memilih jalan.

"Allah SWT menguji kita untuk kenalkan diriNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan diriNya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar. Jadi, harus banyak bersabar menempuh ujianNya. Orang yang tidak tahu bersabar adalah orang yang gagal dalam hidup."

“Rin.. Itulah satu-satunya permintaan you yang tak mampu I tunaikan. Sebab… I tak pernah mampu nak lupakan you.” Hakim

“I know I was wrong but I never meant to hurt you. Knowing you is the best thing that happened to me but it’s also hurting me so badly.” Rihana

“Even you benci I sebanyak buih di lautan sekalipun, I tetap nak you nikah dengan I. Mana tahu, benih I akan bercambah di Rahim you daripada apa yang berlaku malam tadi?” Hakim

HAKIM, yang dia fikir, hanya ingin memiliki Rihana dan menghalalkan hubungannya dengan Hana walaupun status tunang orang itu telah ia sandang. Tanpa memikir risiko, Hakim nekad mengahwini Hana.

“Walau you bayar I dengan seluruh harta you sekalipun, syaratnya tetap sama. Tanpa restu orang tua, I tak mahu kahwin dengan you dan I tak mahu kahwin secara sembunyi,” Rihana

“I wish… walau I mati sekalipun, biar Tuhan cipta seorang Rihana itu hanya untuk I, dunia dan akhirat.” Hakim

Ishh.. Cer tengok. Hakim ni memang sweeeeetttt, silap hari bulan 'termanis kencing' AN dibuatnya. Hahaha... 

“Tapi I nak you tahu, bila I kata I pilih you, maknanya I pilih you walau sejuta pilihan dihadapkan di depan I. Bila I kata I sanggup mati untuk you, maknanya I serius dengan apa yang I buat.” Hakim

“I tidaklah sempurna seperti Nabi tetapi I akan cuba menyempurnakan diri I untuk jadi suami yang tidak akan menyusahkan isteri sendiri seperti yang Rasulullah SAW lakukan. I tak akan minta you layan I seperti Aisyah melayan Rasulullah SAW. I juga tak akan minta you layan I di ranjang jika you tak bersedia. Yang I nak minta cuma, untuk berada di sisi you buat selamanya.” Hakim.

Alam rumahtangga mereka cukup bahagia kerna ternyata kasih yang hakim hulur bukan hanya kerana nafsu semata, tapi kerna cinta yang hadir dalam diri. Laut mana yang tak dilanda badai, rumahtangga mana yang tak goyah walau perkara kecil. Kisah mereka dihidu mama dan papa Hakim. Orang tua hakim tak dapat terima yang menantu mereka adalah bekas GRO, akhirnya Hakim dan Rihana menjadi pelarian di Pulau Perhentian. Berita tentang sakit yang menimpa mama Hakim, membawa mereka untuk kembali ke pangkuan irangtua hakim. Bermula dari saat itu, hati Hana terluka. Hakim terpaksa memilih antara Hana atau mama. Adakah Hana atau Hakim yang pergi tanpa alasan? 

Cukup sudah, sila baca sendiri..hahahaha...

“Cinta??? Pergi mati dengan cinta! Kamu ingat dengan cinta tu boleh bagi kamu duit? Kamu ingat cinta boleh bagi kamu kekayaan??” Datuk Adam

“Kalau kamu anggap mama ni mama kamu, ceraikan perempuan tu, Hakim. Mama tak akan terima dia sebagai menantu dalam keluarga kita. Apa pun yang terjadi, mama nak kamu kahwin juga dengan Nelly, hidup atau mati.” Datin Azura

“Kalau I ni sudah menjadi beban dalam hubungan you dengan Nelly, berterus teranglah Hakim. Jangan layan I macam makhluk bernyawa yang tak ada jiwa.” Rihana

“Rin… you’re all I need beside me and all I need inside my heart. Jadi, tak ada istilah utuk tinggalkan you walau apa pun yang terjadi.” Hakim

“Untuk ayah, Hakim tu lelaki terbaik yang Tuhan hadiahkan buat Hana. Pandang dengan mata hati, jangan pandang dengan rasa hati. Kata orang, kita sering tak Nampak apa yang ada depan kita sehinggalah kita kehilangannya.” Haji Rahim

“Dunia ni bulat, Rin. Kalau tiba-tiba pusingannya mengharuskan kita berada di bawah bulatan, I juga tak akan lepaskan tangan you. Macam mana susah sekali pun, I akan tetap pimpin you, melangkah bersama I.” Hakim.

Berbintang saya bagi untuk kisah mereka... Kisah yang sweeeeeeet *********

Macam biasa. Baca dengan hati, Merasai dengan Jiwa, Jangan lupa dimulakan dengan Bissmillah... Diakhiri dengan Alhamdulillah, *ni nak makan ke? Hihihi..
Banyak pengajaran yang dapat di ambil. Korang! baca tu baca jugak, and..baca dengan hati. Amik pengajaran yang boleh di jadikan tauladan...

Tataaaa....

--- Alolo... Semua karya yang berkualiti dari mereka, IKP aka Idea Kreatif Publication... Biru yang tenang... 








yang menaip..


No comments: