Review novel BUKAN ISTERI SEMPURNA





SEMENANJUNG:- RM21.00 AHLI KN: RM17.00SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
TERBITAN: KAKI NOVEL 
KARYA : TULIP UNGU 

SINOPSIS

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”

Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”

AN says..

Finally.. Penantian terjawab sudah. Lama sungguh AN tunggu kisah ELNINA ni cetak. Tersangatlah suka, cerita ini best. Sedih ada, romantik ada, babak 'keringkan gigi' pon ada. Haha.. Kelakar la nyah. :p

Kisah ini bermula bila Nayli Imanina (Nina) yang terjumpa kembali dengan suaminya, Daniel Arman(El) yang telah menjadi bos dia. Perpisahan selama 5 tahun dengan status isteri 'digantung tak bertali' oleh Bapak mertua Nina, membuatkan Nina dilanda kesedihan yang membawa diri keluar dari keluarga Datuk Zainudin. 

“Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? Kenapa sekarang nak minta cerai pulak? Kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ia sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau.” Datuk Zainudin.

"Sedap ke peluk saya?" EL

Bekerja sebumbung dengan Nina membuat El dilanda kasih. Dan akhirnya dia akui, dia telah terjatuh cinta dengan isteri sendiri. Kerapatan Nina dengan Zachary selaku kawan El, and boss Nina yang terdahulu menggugat hati El. 

“What past is past. I really don’t care about what Dan did to you long ago. I accepted you for who you are. Abang percaya Allah pilih Nina untuk abang,” - El

Kehadiran Azzura si menantu pilihan Datuk Zainuddin menjadi orang ketiga dalam hubungan El Nina yang sudah mula membaik.

"You ni memang perempuan tak sedar diri! Dah tahu Daniel Arman tu kekasih I, you madih kagi nak rampas! Dah tak cukup lagi lelaki lain you nak goda sampai boyfriend orang pun you nak kebas!" Azzura

“Abang balik la. Azzura lebih sesuai untuk abang. Nina tak layak untuk abang. Nina bukan isteri sempurna untuk abang.” Nina

"I want her!" Danish Arham

Si kembar yang ingin merebut kembali Nina dari El, menambahkan lagi huru-hara kisah hidup El Nina . 

“Tinggalkan El, I akan kahwin dengan you. I akan tebus balik apa yang I dah buat dulu,” Danish Arham

“Dan yang buat silap, biar dia yang betulkan. Ini bukan perkara main-main. Kahwin perkara yang nak dibawa sampai ke hujung nyawa. Takkan El nak jadi pak sanggup untuk selamatkan malu diorang sekeluarga?” EL 

"Nakal betul labah-labah ni. Boleh pulak dia masuk dalam baju awak," EL

Haha... Yang part ni memang tak leyh skip. Ohhoii... Haha

“If you step out the door, I’ll rip off your clothes! I’ll force you to make love with me, right here, right now!” El

“Saya akan pastikan suatu hari nanti, awak hanya akan nampak Daniel Arman dalam diri saya dan bukannya Danish Arham,” EL

“Nina sayangkan abang, sayang sangat-sangat. Abang jangan tinggalkan Nina,” Nina

"Siapa kata Nina rampas abang dari dia? Abang jahwin dulu dengan Nina, kan? Dan kenapa pula Nina kena jauhkan diri dari abang? Nina, ksn isteri abang. Bukankah tempat seorang isteri itu disisi suami." EL

Novel ni ada improvement dari novel pertama yang kak Tulip Ungu garap... Sungguh terhibur dari awal cerita sampai ke akhir.

Novel ni agak serius. Tapi tulisan yang mudah dan tidak meleret-leret buat membuat dis story sedikit ringan.

"Nina mungkin bukan pilihan abang tapi Nina pilihan Allah untuk abang. Dan untuk itu, abang bersyukur sangat-sangat. Jodoh kita sudah tertulis dan abang tak nak jadi orang yang kufur, yang tak tahu menghargai nikmat yang Allah kurniakan. Nina kurniaan terhebat yang pernah abang terima. Nina sudah cukup sempurna bagi abang, pelengkap hidup abang,” EL

Laut mana yang tak di serang badai kan. Like kisah ElNina. Baru nak merasa bahagia, ujian datang. Hish.. Ni memang dah jadi trademark novel. Hihihi.. 

Si kembar yang jahat, Danish Arman, walaupun jahat sebab menodai maruah Nina tapi AN rasa suka bila dia mula berubah.Rasa memikat hati bila Danish muncul jadi hero dalam perbincangan Daniel Arman dan papa Azzura. Rasa 'gentleman' , hehehe...

JODOH. lari lah ke hujung dunia sekalipun, kalau TUHAN dah tuliskan itu jodoh kita, maka itulah dia. tak kira bagaimana kita bertemu dengan jodoh itu. Baik ke buruk, tetap jodoh namanya. berpisahlah puluh tahun pun... kalau TUHAN dan tulis dia milik kita, tetap milik kita. 

BAHAGIA bukan mudah nak di kecam, nak diraih... bukan macam pusingkan tapak tangan. bukan macam beli Fries kat Mc.D atau beli kentucky kat 'kedai atok' KFC. Kena ada. usaha. doa. Dan keyakinan.

Cerita ini memang best. Banyak pengajaran yang dapat di ambil. Kirang! baca tu baca jugak, and..baca dengan hati. Amik pengajaran yang boleh di jadikan tauladan...


Berbintang-bintang-bintang ******* saya bagi untuk novel BUKAN ISTERI SEMPURNAnya kak TULIP UNGU.

Awak-Awak semua.. Tunggu apa lagi? Cepatlah 'grab' nivel ni, grab bukan sebaramg grab, kena bayar cik kak oii.. Hahaha. Tataaaa.....






3 comments:

eizzara eizzaty said...

review yang menarik .....

Ann.Awa said...

Thankz sis @eizzara eizzaty

aydayanie said...

Novel yang hebat..jalan cerita yg menarik...dah mula baca mmg x bole stop..terbaekkk sis tulip!!!